Pada hujung minggu yang lepas, saya berkesempatan menghadiri sebuah program Kembara Ilmu 2018 yang dianjurkan oleh kumpulan Kota Seriemas di Taman Laman Ilmu. Untuk pengetahuan korang, Kembara Ilmu 2018 ini adalah sebuah inisiatif pihak PNB Development dan Perbandaran Kota Seriemas dengan kerjasama Majlis Perbandaran Nilai bagi merialisasikan Pelan Pembagunan Mampan Agenda 21 dimana program seperti ini dapat meningkatkan pembangunan mampan disesebuah tempat.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato Haji Hasim Rusdi, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan.
1.0 KOTA SERIEMAS
Kota Seriemas merupakan sebuah perbandaran bertaraf resort 2400 ekar di Nilai, Negeri Sembilan. Ia menggalakkan suasana semulajadi yang disokong oleh kemudahan moden dan menyediakan pengalaman kesejahteraan, penyembuhan semulajadi dan kesinambungan untuk penduduknya.
2.0 PROGRAM KEMBARA ILMU 2018
Program yang dihadiri lebih dari 300 orang peserta ini telah dirasmikan oleh YB Dato Haji Hasim Rusdi, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan.
Banyak program yang telah dilakukan termasuklah demonstrasi masakan makanan sihat, gotong royong disekitar Taman Laman Ilmu serta penenaman pokok herba oleh masyarakat setempat Kota Seriemas ini.
Banyak program yang telah dilakukan termasuklah demonstrasi masakan makanan sihat, gotong royong disekitar Taman Laman Ilmu serta penenaman pokok herba oleh masyarakat setempat Kota Seriemas ini.
Demosntrasi masakan makanan sihat pada hari tersebut telah dijayakan oleh Chef Wan dari PNB Group ini sendiri. Beliau telah berkongsi beberapa menu sihat yang boleh dijadikan amalan oleh semua orang yang hadir. Selain itu beberapa gerai jualan turut mengadakan jualan produk mereka sesuai dengan program ini.
Dari jauh kelihatan kemeriahan di satu lokasi dimana aktiviti wall mural diadakan. Aktiviti ini merupakan aktiviti kreatif dimana beberapa dinding yang tersedia diberikan kebebasan kepada semua penduduk Kota Seriemas untuk membuat cetakan tangan pada dinding tersebut dengan pelbagai warna cat.
Bersebelahan wall mural ini ada section untuk tanaman herba. Pelbagai tanaman herba ditanam pada program ini seperti daun kari, daun kunyit, halia, lenguas dan sebagainya.
Selain aktiviti untuk golongan dewasa, aktiviti untuk golongan kanak-kanak turut disediakan. Aktiviti yang saya maksudkan itu adalah seperti Walk Hunt khas untuk penyertaan anak-anak penduduk Kota Seriemas. Jadi, program kali ni bukan untuk orang dewasa sahaja, tapi turut meliputi semua lapisan umur.
Apa pun tahniah kepada seluruh tenaga kerja program Kembara Ilmu 2018 dan seluruh penduduk Kota Seriemas diatas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini. Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan dan memperkenalkan konsep kehidupan sihat serta menjaga alamn sekitar dengan beberapa aktiviti sihat ini.
Dengan penganjuran program seperti ini sekaligus menyokong Local Agenda 21 bagi mencapai pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan yang mengimbangi pembangunan ekonomi dan juga keperluan sosial dan alam sekitar.
Bagi korang yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang apa yang dilakukan oleh Kota Seriemas ini, korang boleh dapatkan informasi seperti dibawah.
0 Comments