Siapa tak teruja kalau dapat lihat pelbagai jenis coklat yang bertimbun-timbun di depan mata. Dan itulah yang saya dapat lihat di Lavand & Day Dreamer Cafe. Baru-baru ini, saya sendiri telah berkesempatan untuk ke Lavand & Day Dreamer Cafe yang berlokasi di Bukit Damansara untuk sesi pengenalan produk keluaran mereka.
LAVAND & DAY DREAMER CAFE
Untuk pengetahuan korang, Lavand telah mula beroperasi sejak tahun 2004 lagi. ini bermaksud, sudah 14 tahun Lavand telah berpengalaman dalam menyediakan coklat yang berkualiti tinggi. Sehingga kini Lavand mempunyai 3 cawangan yang dibuka sekitar Malaysia iaitu Lavand & Day Dreamer Cafe yang terletak di Bukit Damansara sebagai main central office, kedua di BIG Damansara City Mall dan yang ketiga di Jason Food Hall di BSC. Khabarnya, tidak lama lagi, Lavand akan membuka cawangan keempatnya di Four Season Hotel Kuala Lumpur.
Selain dari pelbagai jenis coklat yang sangat enak, Lavand juga ada menawarkan baklava yang segar dari dapurnya sendiri.Untuk pengetahuan anda juga, Lavand merupakan yang pertama menjual baklava premium dan masih kekal sehingga kini.
BAKLAVA PREMIUM
Bila tengok pada rupa dan teksturnya, saya dapat teka bahawa manisan baklava ini mesti berasal dari Timur Tengah. Apa yang saya suka mengenai manisan ini ianya bukanlah manisan biasa yang kita pernah makan kerana ianya merupakan manisan yang mempunyai 40 lapisan.
Saya sendiri berpeluang untuk melihat bagaimana rumitnya cara pembuatannya kerana, dohnya digiling sehingga nipis senipisnya mengikut standart tertentu dan dilapis sebanyak 40 lapisan sebelum di potong dan dibentuk menjadi kecil.
Intinya pula menggunakan pelbagai jenis kekacang berkualiti tinggi dan di bakar di dalam ketuhar. Baklava yang dikeluarkan daripada oven mampu bertahan selama 6 bulan jadi memang sesuai la kalau nak dijadikan hadiah atau sebagai hamper untuk rumah terbuka atau sebagainya.
Sepertimana yang saya dah cerita tadi, baklava yang dihasilkan di Lavand & Day Dreamer Cafe ini memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Tidak hairanlah jika is digelar sebagai Baklava Premium. Kalau dulu Pn. Sheerin selaku pemilik dan pengasas Lavand mengimport baklava dari Lebanon tetapi atas permintaan yang tinggi, beliau mengambil keputusan untuk membawa chef yang pakar membuat baklava ke Malaysia.
Jadi boleh la chef menghasilkan baklava yang lebih bermutu dan "fresh from oven". Lebih menarik, pelbagai inovasi telah dibuat terhadap baklava yang dihasilkan di Lavand untuk menarik selera pelanggan.
COKLAT
Kalau dah kat Lavand & Day Dreamer Cafe ni tak sahlah kan kalau tak cuba coklat dia. Saya sendiri tak lepaskan peluang untuk mencuba beberapa jenis coklat yang ada disini.
Kalau korang ni merupakan penggemar coklat, mesti dah terbiasa dan tahu akan percentage kandungan dalam setiap coklat yang korang makan kan? Untuk pengetahuan korang coklat yang digunakan di Lavand & Day Dreamer Cafe ni merupakan coklat pure dengan kandungan 60 hingga 75 percent kandungan coklat.
Semuanya sedap-sedap, dalam bahasa mudah coklat disini memang layak di label sebagai coklat dari kategori PREMIUM.
HAMPER COKLAT DAN BAKLAVA
Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba ni, Lavand & Day Dreamer Cafe ada buat senarai hamper khusus kepada pelanggannya yang ingin menjadikan baklava dan pelbagai jenis handmade chocolate sebagai souvenir atau hadiah. [KLIK]
Jadi bagi korang yang berminat untuk rasa coklat dan baklava dari Lavand & Day Dreamer Cafe, korang boleh terus ke mana-mana outlet diorang atau rujuk di website dan akaun social media mereka.
Lavand & Day Dreamer Cafe
No. 46, Medan Setia 2
Plaza Damansara
Buit Damansara
40490 Kuala Lumpur
Telefon:
03-2095 5154
012-3181922
Website :
Facebook :
Instagram
0 Comments