BUFFET RAMADAN 2018 : RIVERSIDE RESTORAN PWTC 

Bagaimana hari ke-tiga (3) puasa korang? Agak-agak, hari ni dimana lokasi berbuka korang? Untuk artikel kali ni, saya nak berkongsi tentang pakej buffet berbuka yang ada di tawarkan di PWTC. Riverside Restoran PWTC ada menawarkan buffet berbuka berkonsepkan pasar malam khas untuk pengunjung-pengunjung yang bakal berkunjung ke restoran mereka.

BERKONSEPKAN GERAI PASAR MALAM

Tahun ini, Riverside Restoran PWTC akan menghidangkan lebih 300 juadah makanan termasuk 24 gerai makanan berkonsepkan pasar malam. Bagi saya sendiri, konsep ni cukup bagus kerana, pasar malam atau bazar ramadan ni sudah sinonim dengan bulan puasa. Jadi bagi mereka yang tak nak bersesak di luar dengan keadaan cuaca yang tak menentu masih boleh merasai suasananya jika berbuka di sini.


PWTC membawakan ‘pasar malam’ ATAU 'bazar ramadan' selesa dalam tempat bertutup dan berhawa dingin yang akan turut dihiburkan dengan persembahan alunan muzik dan nyanyian Kumpulan Picha-Picha featuring Linda Eva sepanjang bulan Ramadan nanti.

MENU BERBUKA

Paling menarik adalah makanan tradisi kita orang Melayu turun temurun seperti Gulai Siput Sedut,  Patin Masak Tempoyak, Ayam Goreng Kunyit, Rendang Daging.

Siput Sedut

Patin Masak Tempoyak

Ayam Goreng Kunyit

Masak Lemak Udang

Pucuk Paku

Ulam ulaman

Tidak lengkap buffet ramadan sekiranya tanpa menu Kambing Panggang, selain Kambing Panggang korang juga wajib cuba menu signature mereka iaitu *Kambing Goreng Beempah.

Kambing Panggang

Kambing Goreng Berempah

Terdapat pelbagai menu lain lagi yang ditawarkan. Antara menu-menu yang bakal korang jumpa di 24 gerai makanan Selera Ramadan di PWTC ni sudah semestinya menu yang biasanya memang ada di pasar malam / bazar ramadan. 


Antaranya seperti apam balik, char kuey teow, putu piring, nasi kerabu, nasi dagang, burger, roti john, aneka jenis kuih Melayu, roti canai dan murtabak, pisang goreng, cempedak goreng, keropok lekor, cucur udang, cucur pisang, sate, yong taufu, cakoi, tauhu bakar, rojak dan rojak buah serta air tebu dan air mata kucing.

HARGA BUFFE ‘Selera Ramadan’

Dewasa : RM88.00 nett
Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM75.00 nett
Kanak-kanak (7-12 tahun) : RM45.00 nett
Early Bird : RM75 nett bagi pelanggan yang membeli sebelum 16 Mei 2018

PAKEJ BANKUASI / KORPORAT BERBUKA PUASA

Selain daripada buffet Selera Ramadan berkonsepkan pasar malam di Legar Putra, PWTC turut menawarkan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat di Dewan ankuasi dengan harga RM98.00 bersih seorang dengan tempahan 100 orang ke atas manakala harga bagi tempahan minima 50 orang pula ialah RM115.00 bersih seorang.

Pakej persendirian dan korporat ini termasuk hidangan buffet, dewan khas untuk berbuka puasa, system audio, ruang khas solat serta kadar bayaran parkir tetap RM5.00 sekali masuk (bermula jam 6.00 petang)

Untuk membuat tempahan atau pembelian baucer buffet Selera Ramadan @ PWTC, boleh terus ke kaunter tempahan di Aras 2, PWTC yang dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau boleh menghubungi Restoran Riverside :

Tel : 03-26146701/6702 atau 03-26146262
Website : www.pwtc.com.my

Post a Comment

1 Comments

  1. Pergi mana-mana buffet, yang tak boleh tahan, tang menu kambing tu jee..lain-lain bagi Sis biasa hahaha tapi nampak kambing, memang tu yang serbu dulu he he he

    ReplyDelete