BUFFET RAMADAN 2018 : PHILEA MINES RESORT

Alhamdulillah, berapa hari sudah kita di bulan yang mulia ni, minggu lepas saya berkesempatan berbuka puasa di Philea Mines Beach Resort yang berada berdekatan dengan Mines Shopping Mall dan bersebelahan MIEC (Mines International Exibitionist Center). Ianya merupakan sebuah hotel yang baru beberapa tahun beroperasi dan ini merupakan bufet ramadan kali kedua mereka.


Dengan bertemakan Rasa-Rasa Ramadan Bufet, Philea Mines Beach Resort menawarkan harga bufet ramadan dibawah RM100 dan menjanjikan lebih 300 jenis menu-menu tradisi masyarakat tempatan dan juga diselitkan menu-menu kegemaran Asia dari ulam-ulaman, pelbagai jenis makanan berasaskan sup, live action stall dan menu pencuci mulut yang cukup menyelerakan.

"Bufet ramadan di Philea Mines Beach Resort ini telah bermula pada 21 Mei 2018 lepas dan akan berlansung sehingga 13 Jun 2018 bertempat di Restoran Abdul & Charlie"

Antara menu-menu yang di hidangkan dalam bufet di Philea Mines Beach Resort adalah seperti Ikan Patin Masak Tempoyak, Kari Kepala Ikan Merah, Gulai Kawah Daging, Sup Tulang Rusuk Lembu, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Satay, Kambing Golek bersama Nasi Arab Mandy dan banyak lagi.









Selain dari itu mereka juga turut menyediakan menu masakan panas yang ada ditempatkan di beberapa gerai antaranya Gerai Mee Rebus, Gerai Keropok Lekor dan Pisang Goreng, Gerai Spaghetti dan Carbonara, Gerai Roti John, Murtabak dan Roti Canai dan pelbagai lagi juadah yang lain.



Sebagai pelengkap hidangan, pelanggan boleh menikmati pencuci mulut dengan serawa durian, ais kacang, kuih muih tradisi melayu, ais krim Malaysia dan banyak lagi. Selain daripada itu mereka juga menyediakan pelbagai jenis air sama ada yang sejuk dan panas.




Kemudahan yang ada disini sangat ok. Mereka ada menyediakan parkir percuma, kemudahan surau lelaki dan perempuan untuk solat yang cukup selesa dan macam-macam lagi.


Harga bufet yang ditawarkan hanya RM85 nett untuk dewasa dan RM45 nett untuk kanak-kanak dari 5 hingga 12 tahun dan juga warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas. Untuk maklumat lanjut berkenaan Philea Mines Beach Resort atau tempahan Buffet Ramadhan mereka, korang boleh la rujuk maklumat yang tertera di bawah :

Rasa-Rasa Ramadhan Bufet
Jalan Dulang, Mines Resort City
Seri Kembangan

Waktu operasi bufet dari 
6.30pm - 10.30pm setiap hari

Tarikh Operasi bufet dari
 21 May 2018 - 13 June 2018

Untuk Tempahan, call 
+6019 600 1529 or +6019 600 1455

Post a Comment

1 Comments

  1. Waaa sedap-sedapnya menu dia..Lagi-lagi kambing itu...terliurr tengok...

    ReplyDelete