Tahun ini, THE KL JOURNAL HOTEL telah memilih tema "Selera Malaya" dengan hidangan menu Malaysia yang sangat klasik dan terkini untuk hidangan bufet berbuka puasa di Kedai Kopi Journal. Mereka menawarkan pelbagai jenis hidangan yang menarik untuk para tetamu termasuklah masakan signature mereka yang menjadi kegemaran ramai iaitu Kari Kepala Ikan dan Rendang Daging.
Kedai Kopi Journal juga menyajikan hidangan lain yang tidak kurang sedapnya juga seperti ikan pari asam pedas, ayam kapitan, ayam percik dan juga kambing masak kurma untuk dimakan bersama nasi putih dan nasi tomato.
Tak mungkin akan lengkap hidangan "Selera Malaya" mereka tanpa hidangan ulam ulaman, sambal belacan, budu, cencalok . Mereka juga menyajikan beberapa jenis keropok yang bakal menambahkan lagi selera malaya korang ketika menikmati hidangan lauk pauk beserta nasi di Kedai Kopi Journal.
Untuk memberikan pilihan yang pelbagai, korang juga boleh mencuba soto ayam, rojak buah, pasembor.
MENU LOK LOK (yong tau fu)
Apa yang paling menarik perhatian saya tentang bufet ramadan disini adalah lok lok ( yong tau fu) station. Dikatakan ada lebih kurang 30 jenis lok lok khas untuk korang. Jadi memang sangat berbaloi untuk mereka yang gemar akan hidangan ini.
Sebagai penutup hidangan mereka juga ada menyediakan pelbagai jenis pencuci mulut dan minuman. Antaranya adalah aneka kuih melayu, aiskrim, chocolate fountaindan pilihan minuman pula mereka menyediakan air soya, cincau, bandung, kurma dan lain lain lagi.
Selera Malaya di Kedai Kopi Journal
The Kuala Lumpur Journal Hotel
No.30 Jalan Beremi,
Off Jalan Sultan Ismail,
50200 Kuala Lumpur
Harga :
RM118nett Dewasa
50% OFF Kanak kanak berumur 11 tahun kebawah
Percuma Kanak kanak berumur 5 tahun kebawah
Untuk Tempahan :
Email : [email protected]
Telefon : 0321102211
Facebook :
Instagram :
1 Comments
wah ade yong tau fu..menarik
ReplyDelete