BELI KUIH RAYA DI MY DELICACIES BUSANA MENARA MARA SEPANJANG TAHUN

Puasa dah makin hampir, jadi bermulalah episod membuat persiapan raya kerana tempoh sebulan sebelum raya sudah semestinya sibuk dengan hal-hal lain lagi. Nak-nak hal tempahan kuih raya dan sebagainya. Kalau bercerita berkenaan kuih raya ni, bagi mereka yang pandai masak dan ada banyak masa mestilah tidak menjadi masalah kan.

Bagi mereka yang bekerjaya hanya mampu beli jelah kan, termasuklah saya sendiri. Tapi kalau nak beli kuih raya ni kena hati-hati, make sure sedap dan berkualiti. Silap beli tabur belakang rumah pun ayam tak makan.


Kalau korang pernah ke menara mara / Busana Menara MARA, mesti korang perasan ada satu booth yang jual pelbagai jenis biskut dan kuih raya berdekatan dengan lift kan. Saya sendiri pun perasan, kalau pergi sana je, nak naik lift mesti akan terdetik kat fikiran "sepanjang tahun ke dia jual kuih raya ni". 

MY DELICACIES

Kalau korang nak tahu, booth tersebut merupakan booth MY DELICACIES dari Suriniaga. MY DELICACIES ada menjual lebih kurang 100 produk makanan kering termasuk serunding, kuih muih raya, kudap kudapan seperti kerepek/maruku, sambal hitam dan lain lain lagi.


MY DELICACIES mula ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Puan Suhaily Hamzah bagi membantu usahawan usahawan kecil diluar sana untuk memasarkan produk mereka. Untuk pengetahuan korang, pengasas MY DELICACIES iaitu Puan Suhaily adalah seorang yang sangat teliti dalam pemilihan produk produk yang bakal dipasarkan di kedai beliau. 


Ini adalah untuk memastikan pelanggan yang membeli produk makanan di MY DELICACIES berpuas hati dengan kualiti yang ditawarkan oleh mereka. Tidak hairanlah sejak MY DELICACIES dibuka, mereka telah memiliki ramai pelanggan tetap dari seluruh malaysia termasuk dari negara Brunei.

1.0 MAJLIS PELANCARAN "SHOPLOT"

Pada hari sabtu yang lepas iaitu bertarikh 12 Mei 2018, mereka telah mengadakan majlis pelancaran sempena pembukaan 'shoplot' baru mereka di Busana @ Mara. Ini merupakan outlet ke dua (2) mereka yang terletak di Busana Menara MARA.


Membuka cawangan baru di Busana menara MARA menunjukkan bahawa perniagaan mereka kini sedang berkembang pesat dan makin berjaya. Untuk pengetahuan korang, cawangan pertama MY DELICACIES  terletak di Jakel Mall. Mereka juga membuka booth di kedua dua tempat ini untuk memudahkan pelanggan membeli produk produk mereka.



Dengan memegang tagline "Hari Hari Rasa Raya" mereka menjanjikan jualan kuih raya pada sepanjang tahun untuk pelanggan-pelanggan mereka. Konsep yang cukup menarik kerana pelanggan mereka boleh menikmati biskut atau kuih rasa sepanjang tahun tanpa perlu menunggu musim perayaan tiba.

Jadi, sekiranya korang ingin mendapatkan produk produk makanan yang pelbagai dan sedap ini bolehlah berkunjung ke MY DELICACIES di cawangan Jakel Mall dan Busana menara Mara. Rujuk info info dibawah untuk maklumat lanjut berkaitan MY DELICACIES.


My Delicacies Busana menara Mara
Lot No. 01-03 Aras 1,
Busana@Menara MARA,
232 Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur

My Delicacies Jakel Mall
Lot G04 (Ground Floor),
Signature A&B Lot 159,
Jakel Square Persiaran Capsquare,
Off Jalan Munshi Abdullah,
50100 Kuala Lumpur


Facebook
Instagram

Post a Comment

20 Comments

  1. Haha betul tu.. Silap beli, membazir je la. Bukan semua tempat yang bagi sample untuk cuba kan. Klau beli dengan kawan2 ok lagi. Hebat lah My Delicacies ni. Macam2 jenis kuih yang ada. Tak perlu cari lain2 tempat untuk dapatkan kuih kegemaran. Haa tart nenas dengan kuih sempret ada tak tuuuu?

    ReplyDelete
  2. banyak nya jenis kuih muih.. puas beli untuk raya.. haha~ Boleh makan banyak

    ReplyDelete
  3. yeah almost Raya soon time to stock up. So many cookies to choose from, shall find a day to visit here.

    ReplyDelete
  4. Haruslah menjadi port akan dapatkan biskut raya kat sini hehehe. Semua nampak sedap dan menarik. Harga dia mampu milik tu yg penting

    ReplyDelete
  5. Eh eh....dah jual kuih raya dah erk..for sure tak leh beli awal2 ni..kalau beli lambat pun x boleh nanti kuih kita suka habis kan...macam mana ni erk..banyak yang menarik tu ha..beli awal kang habis awal..hehehe

    ReplyDelete
  6. Wahhh best best..kebetulan sis pun sibuk mencari kuih raya ni. Nak tempah dh lambat katanya. Nanti bolehlah sis survey kat tempat ni..thanks ya for sharing

    ReplyDelete
  7. Banyaknya kuih boleh dipilih ni. Pasti rambang mata ni. Kena stock up kuih 'tunjuk' ni buat mereka yang tak buat kuih sendiri untuk dijamu kepada tetamu.

    ReplyDelete
  8. omg! macam tau-tau je tengah cari kuih raya. nampak macam banyak pilihan, agak-agak ada diskaun tak weh sempena raya ni

    ReplyDelete
  9. Kuih raya ni tahan setahun ker hehehehe tapi banyak pilihan ni tengok semua pun harga berpatutan dan juga mesti sedap boleh lah beli untuk raya nanti...

    ReplyDelete
  10. Banyaknya pilihan kuih raya kat sini. Kalau belu kuih raya kena sembunyi satu tempat dan satu syawal baru buka. Selalu time ramadan dah habis sebalang. Kunyah-kunyah tak sedar!

    ReplyDelete
  11. Best dekat sini. macam macam ada. aritu pergi rambang mata tengok produk2 makanan yang ada..taktau nak beli yang mana.

    ReplyDelete
  12. hemm.. TB pun nampaknya beli je kot.. nak buat kuih kang ada pulak yang nak membantu.. hahaha.. siapa lagi.. sikecik.. tapi memang rindu nak buat kuih sendiri kot.. eh.. biskut raya .. bukan kuih.. haha.. sebelum kahwin memang biskut raya semua TB buat sendiri.. tapi dah kahwin ni.. belum pernah buat lagi.. hihihi.. main beli aje.. bukan malas tapi masa je takde..

    ReplyDelete
  13. Emi tahu kedai ni. Selalu je duk singgah sini teman kakak senior ofis beli biskut. Dia memang selalubeli biskut kat sini. Memang banyak choice punkat situ. Ni dah nak dekat raya rasanya lagi la banyak variasi kuih raya yg dijual kat situ.

    ReplyDelete
  14. Yeay !! Terima kasih di atas saranan ini. Tambah2 dekat nak raya nie. Mmg tgh mencari stok kuih raya.

    ReplyDelete
  15. Ok dah tau dekat mana nak beli kuih raya bila ke KL nanti. Banyak pilihan tu.

    ReplyDelete
  16. Banyaknya kuih kan... Ingat lagi 2016 meniaga dekat medan mara ni. mmg happening dengan jualan kuih dan baju raya. seronok sangat tauu... So dh ada tempat nk tuju beli kuih raya. thanks mawardi.

    ReplyDelete
  17. tudia!! so much of choices. if i were you for sure don't know which to choose and definitely sapu each bottle home.. lolz

    ReplyDelete
  18. Menarik tagline-nya. Kalau yg gini, x perlu bimbang biskut raya x sedap.

    ReplyDelete
  19. Annur sejak anak dara lagi kalaubraya biskut mesti buat sendiri. Leni dah anak 3, pun masih buat sendiri, tapi tak dapat buat banyak la. Boleh buay 2 jenis biskut wajib (semperit dan tart nenas) pun, mujur. Haha..memang nak dekat2 raya Annur terpaksa beli kuih raua lagi buay topup topup.

    ReplyDelete
  20. Nasib baik dekat dengan opis. Boleh la singgah beli kuih raya nanti. Nak cari bisukut favorite, kuih makmur dengan tart nanas.

    Bagusy delicacies. Tak payah tunggu raya baru boleh makan kuih raya, sepanjang tahun ada jual. Terbaikkk

    ReplyDelete