Watsons, Pocotee & Friends, dan juga Ecotourism and Conservation Society Malaysia (ECOMY) telah bekerjasama dalam menjayakan kempen ‘We Hug Tapir’. Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kelestarian alam agar TAPIR mampu hidup dan bertahan dengan lebih lama lagi di muka bumi ini.
Tahukah anda, tanggal 27 April setiap tahun merupakan tarikh bagi menyambut Hari Tapir Sedunia (Tapir World Day). Ini adalah kerana untuk menyedarkan bahawa TAPIR merupakan salah satu dari spesis haiwan yang makin terancam.
Untuk pengetahuan korang semua, Malayan Tapir yang menghuni tanah Nusantara ini merupakan antara spesis yang diancam kepupusan dan perlu diselamatkan. Atas kesedaran tentang hal ini, Watsons bersama produk Naturals yang merupakan jenama keluaran mereka telah menganjurkan program ‘Sehari Bersama Tapir dan Alam Semulajadi” yang telah diadakan di River Dusun Wildlife Reserve di Selangor.
Sungai Dusun Wildlife Reserve
Sedikit info berkenaan Sungai Dusun Wildlife Reserve ini, ia merupakan sebuah tempat dimana berlakunya kebanyakan aspek pemuliharaan haiwan-haiwan terancam di Malaysia khususnya.
Sungai Dusun Wildlife Reserve ada menyediakan kemudahan platform pemerhatian untuk memudahkan penyelidik untuk menjalankan kajian tingkah laku haiwan tanpa mengganggu haiwan tersebut. Tambahan pula, di Sungai Dusun Wildlife Reserve ada terdapat dua habitat semula jadi berpagar, di mana kandang ini digunakan untuk kajian ekologi tingkah laku di bawah keadaan separa semula jadi seolah habitat haiwan asal.
Sungai Dusun Wildlife Reserve juga merupakan salah satu tempat di mana berlakunya aktiviti pemuliharaan haiwan yang hampir pupus iaitu TAPIR. *korang tau tak bahawa TAPIR ni merupakan ikon kepada Hulu Selangor. Ada beberapa ekor TAPIR telah di tempatkan disini, dimana ianya datang dari beberapa tempat berlainan di sekitar negara kita Malaysia. Ada juga diantara anak TAPIR dari tragedi kematian ibu dari hutan negeri Pahang. Kami difahamkan bahawa, apabila usia tapir ini mencapai dewasa atau mampu berdikari, mereka akan dilepaskan ke hutan untuk mereka menjalani kehidupan sepertimana haiwan liar yang lain.
Pusat Pemuliharaan Tapir ini diwujudkan untuk menyediakan perlindungan bagi TAPIR pelarian khususnya, penjagaan Tapir baka, menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan mengenai tapir dan untuk menjadikan sebagai pusat rujukan bagi TAPIR di negeri Selangor. Apapon Pusat Pemuliharaan Tapir ini tidak dibuka kepada tontonan umum kerana atas sebab-sebab tertentu.
WE HUG TAPIR
WE HUG TAPIR
Watsons, Pocotee & Friends, dan juga Ecotourism and Conservation Society Malaysia (ECOMY) telah bekerjasama dalam menjayakan kempen ‘We Hug Tapir’. Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kelestarian alam agar TAPIR mampu hidup dan bertahan dengan lebih lama lagi di muka bumi ini.
Melalui kempen pembelian produk dari jenama Watsons, sebahagian didermakan untuk projek ini. Sebanyak RM1 disumbangkan dari setiap produk yang dibeli oleh pengguna. Derma ini akan digunakan untuk program kesedaran untuk anak-anak sekolah yang tinggal berdekatan dengan Taman Negara National Park iaitu tempat tinggal tapir ini.
Sepanjang kempen ini berlangsung, sebanyak RM30,524 telah berjaya dikutip. Ianya diharapkan agar mampu menyokong usaha program kesedaran dalam kalangan anak-anak kita supaya sentiasa menjaga kelestarian hidupan liar di muka bumi ini.
0 Comments