Untuk memperingati Hari Tidur Sedunia 2018 di tengah kancah peningkatan kadar insomnia dan gangguan tidur yang membimbangkan di Asia Pasifik, pakar kesihatan tidur Am Life International Sdn Bhd memperlihatkan pameran penjagaan tidurnya kepada wakil media Malaysia di One World Hotel pada 16 April yang lepas.
1.0 AMLIFE
Menyokong tindakan global menekankan pentingnya tidur yang sihat dengan tema ‘Join the Sleep World, Preserve Your Rhythms to Enjoy Life”, Amlife membincangkan dan menghuraikan insomnia/ gangguan tidur dan kesannya dengan penjelasan daripada pakar-pakar tidur & kesihatan antarabangsa dan penerbitan hasil tinjau selidik tidur seluruh negara yang dijalankan buat pertama kali di Malaysia.
1.1 Insomnia
Gangguan tidur menjejaskan 45% penduduk dunia. Laporan media menunjukkan bahawa kira-kira 35% penduduk Malaysia amnya mengalami gejala-gejala insomnia dan 12.2% menghidap insomnia kronik. Encik Lew Mun Yee, Presiden dan Pengasas Amlife berkata bahawa syarikatnya telah bekerjasama dengan Persatuan Tidur Sedunia dan beberapa organisasi berwibawa dan berprestij dalam industri teknologi tidur untuk memperjuangkan inisiatif penjagaan tidur.
Pada tahun lepas, kongres bersama Persatuan Perubatan Tidur Sedunia (WASM) dan Persekutuan Tidur Sedunia telah menyampaikan Anugerah Kehormat Hari Tidur Sedunia kepada Amlife – menjadikan Malaysia satu-satunya negara di Asia yang menerima anugerah berprestij ini.
Pada tahun ini, Amlife telah melancarkan pameran bergerak serantaunya yang menyasarkan golongan strategik termasuk khalayak umum dengan menganjurkan ceramah kesihatan, bengkel, memberikan petua & penyelesaian di negara-negara utama Asia Pasifik – khususnya Taiwan, Singapura, Indonesia dan sekarang Malaysia.
Encik Lew berkata bahawa “krisis tidur” yang melanda membawa "ekonomi tidur" yang kukuh. Hasil perolehan industri teknologi tidur yang mencecah 11.3 bilion dollar AS pada 2013, telah meningkat kepada 35.2 bilion dollar AS pada 2015, dan diunjurkan mencapai 76.7 bilion dollar AS pada 2019.
“Orang ramai sudah mula memberi perhatian yang sangat serius kepada kualiti tidur. Hubung kait kesihatan seseorang dengan tidur yang baik sudah terpahat dalam minda mereka. Pasaran akan terus membesar dengan momentum yang baik dan industri “pasaran kualiti tidur” akan menjadi satu trend penting pada masa hadapan,” kata Encik Lew.
Hasil kajian menunjukkan bahawa kita menghabiskan sehingga 1/3 hayat kita dengan tidur. Tidur adalah satu keperluan asas manusia dan penting kepada kesihatan dan kesejahteraan kita secara keseluruhan. Insomnia sudah pun menjadi satu gangguan tidur yang umum dalam masyarakat moden, disebabkan gaya hidup yang sangat sibuk dan tekanan. Penularan produk elektronik menyebabkan kekurangan tidur dan memburukkan lagi keadaan.
Terdapat hampir 100 gangguan tidur, dengan insomnia sebagai gangguan tidur paling umum dalam masyarakat moden. Kebanyakan gangguan tidur boleh diuruskan dengan bantuan pakar tidur. Bagaimanapun, hanya 1/3 daripada penghidapnya meminta bantuan dan perkhidmatan profesional.
1.1.1 Profesor Dr. Laura Palagini
Amlife telah menjemput Profesor Dr. Laura Palagini, seorang pakar psikiatri dan pakar tidur dari Itali untuk menerangkan peranan tidur yang berkualiti. Beliau menyentuh tentang gangguan tidur yang dikaitkan dengan kesihatan mental, pelbagai penyakit kardiovaskular dan juga penyakit Alzheimer.
Dengan pengalaman lebih dua dekad dalam penyelidikan biologi dan psikologi klinikal serta kepakaran dalam gangguan tidur, Dr. Laura menjelaskan bahawa ritma harian waktu tidur bukan sahaja dikawal atur oleh faktor-faktor dalam badan tetapi juga faktor-faktor luar badan, dan juga faktor-faktor alam sekitar seperti sinar matahari dan gaya hidup.
“Gangguan kepada ritma harian waktu tidur merosakkan mesin tidur yang mengawal atur tidur. Tidur nyenyak adalah satu daripada tiga tunggak kesihatan yang baik selain diet yang seimbang dan senaman secara tetap. Gangguan tidur menjejaskan kualiti kesihatan dan menimbulkan masalah seperti obesiti dan diabetes, melemahkan sistem imun, menyebabkan pelbagai keadaan psikologi seperti kemurungan, keresahan dan psikosis. Akhirnya, ia menjejaskan kesejahteraan & kualiti hidup, produktiviti sosial & kerja kita,” jelas Dr. Laura.
1.1.2 Dr. Koyabu Miki
Dr. Koyabu Miki, pakar / profesional perubatan Barat dari Jepun yang juga telah mengumpul pengalaman luas dalam perubatan tradisional Cina, menjelaskan tentang gangguan tidur dan kesan buruknya ke atas badan kita, dengan tumpuan kepada sistem imun kita dan kesihatan wanita. Beliau juga menjelaskan tentang banyak penyakit gaya hidup yang mengakibatkan pesakit tidak dapat bergerak atau terlantar di atas katil. Terdapat cara-cara untuk merawat mereka sambil mereka berehat dan tidur menerusi keberkesanan teknologi serba maju, dinamakan terapi keupayaan elektrik yang diperlihatkan kepada media.
Amlife juga mengumumkan penerbitan hasil tinjau selidik pertamanya yang dijalankan oleh Nielsen Malaysia tentang kefahaman, corak tidur dan tabiat tidur rakyat Malaysia. Antara hasil penting tinjau selidik itu termasuk:
- 9 dalam 10 rakyat Malaysia mengalami masalah tidur.
- Purata rakyat Malaysia hanya dapat tidur kira-kira enam jam (berbanding tujuh hingga sembilan jam yang disyorkan) setiap malam.
- Punca utama masalah tidur dalam kalangan rakyat Malaysia ialah tekanan, keresahan dan kemurungan.
- Kesan-kesan gangguan tidur termasuk sakit kepala, kelesuan, sukar untuk berfikir atau memberi tumpuan, dan sakit bahu dan leher.
- Rakyat Malaysia bersetuju bahawa adalah penting untuk mencari penyelesaian apabila menghadapi gangguan tidur. Bagaimanapun, 40% daripada mereka tidak mengetahui caranya.
- Rakyat Malaysia lebih suka penyelesaian cara semula jadi dalam soal mendapatkan tidur yang lebih baik (43%).
1.2 Tilam Rawatan Keupayaan Elektrik Amlife
Di majlis pelancaran untuk media hari ini, Amlife telah memperkenalkan kelengkapan tempat tidur penjagaan kesihatan tidur yang bertujuan untuk “menjana kesihatan daripada tidur" secara semula jadi (terapi semula jadi tanpa ubat, tanpa suntikan, tidak invasif) untuk merangsang proses penyembuhan semula jadi tubuh badan.
Produk penjagaan kesihatan tidur Amlife telah diiktiraf sebagai kelengkapan tempat tidur kesihatan perubatan yang pertama sepertinya di negara ini, yang dapat menangani penjagaan kesihatan yang sewajarnya dan memberikan terapi pemulihan untuk pelanggan senmasa mereka tidur atau berehat. Untuk pengetahuan korang, tilam rawatan keupayaan elektrik Amlife ini 100% diimport dari Jepun.
1.2.1 Terapi Haba
1.2.1 Terapi Haba
Amlife telah mengilham dan membangunkan bersama pakar-pakar teknologi Jepun tilam rawatan tidur yang menggunakan Terapi Keupayaan Elektrik dan Terapi Haba yang terbukti secara saintifik dapat menjaga kesihatan secara holistik. Pada asasnya, terapi keupayaan elektrik mengecas semula badan dengan ion positif dan memulihkan fungsi sel ke tahap optimum. Fungsi terapi haba adalah untuk menyelimuti pelanggan dengan kehangatan yang memberi kelegaan dan keselesaan hingga memasuki mod tidur nyenyak bagi membolehkan badan mula pulih dan sembuh sendiri.
Berasal dari Jepun seawal tahun 1928 dengan sokongan kajian klinikal selama 40 tahun, terapi keupayaan elektrik telah diiktiraf dan disahkan oleh Kementerian Kesihatan Jepun sebagai satu teknologi perubatan yang dapat menambah baik 8 gejala berikut: Sakit Kepala, Insomnia Teruk, Sakit Bahu / Tengkuk, Sembelit, Tidak Hadam, Kaki & Tangan Sejuk, Sakit Saraf / Otot, dan Kelesuan Kronik.
1.2.2 Produk Yang Diiktiraf
1.2.2 Produk Yang Diiktiraf
Kini, tilam terapi haba keupayaan elektrik Amlife telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Jepun, Malaysia dan Taiwan sebagai peralatan perubatan dan Amlife diiktiraf sebagai pusat elektroterapi terbesar di Malaysia oleh Buku Rekod Malaysia. Ia juga telah melepasi beberapa ujian pemeriksaan ketat termasuk pensijilan Pengurusan Kualiti Antarabagsa ISO 9001:2008.
Beberapa pesakit yang berdepan dengan isu insomnia juga menceritakan tentang cabaran tidur mereka dan kesannya ke atas kesihatan/kehidupan mereka sehinggalah mereka menemui cara untuk memulihkan kesihatan dan meneruskan kehidupan.
Amlife telah mengembangkan sayapnya ke Brunei, Singapura, Hong Kong, Indonesia dan Taiwan. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman www.amlife.my
1 Comments
macam best je rawatan ni
ReplyDelete