Baru-baru ini saya telah menulis satu artikal berkenaan dengan PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM (PWM2018). Untuk pengetahuan korang semua, pertandingan ini telahpun bermula pada 7 April 2018 yang lepas.
1.0 PENCARIAN WANITA MELAYU 2018
Untuk pengetahuan korang, tahun 2018 merupakan tahun kelima penganjuran PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM (PWM2018) kembali membuka peluang buat semua gadis Melayu di luar sana untuk merebut gelaran Ikon Wanita 2018. Apa yang lebih istimewa kali ini, pihak Plaza Shah Alam sebagai penganjur utama membuka peluang buat gadis “Curvy” untuk turut serta mencuba nasib bergelar Ikon Wanita Melayu.
Penyertaan secara dalam talian telah dibuka untuk peserta mendaftar sejak akhir Januari 2018 lalu menerusi laman web rasmi www.plazashahalam.com dengan syarat lengkap penyertaan.
Sesi uji bakat bakal diadakan pada 7 April 2017 (Sabtu) bertempat di Plaza Shah Alam bermula jam 11 pagi bagi sesi pertama dan jam 2 petang bagi sesi kedua. Bagi sesi uji bakat ini pemarkahan para peserta akan dinilai daripada sudut personaliti, skil komunikasi dan bakat yang untuk ditonjolkan. Beberapa soalan akan diajukan oleh juri terpilih bagi melihat keupayaan serta kebolehan para peserta dalam menjawab soalan secara spontan dalam masa yang ditetapkan.
1.1 “MALAY GIRLS RULE!”
Seiring dengan kempen global woman empowerment yang semakin hangat diperkatakan, pihak Plaza Shah Alam mengambil peluang serupa dangan menggunakan tag line “MALAY GIRLS RULE!” yang akan menjadi tag line rasmi yang akan digunakan sepanjang tempoh penganjuran Pencarian Wanita Melayu 2018 tahun ini.
1.2 MENTORING SESSION
Buat pertama kalinya sesi mentoring akan diadakan pada tahun ini
buat 12 finalis yang terpilih. Empat mentor terpilih adalah pemenang Pencarian
Wanita Melayu yang terdahulu terdiri daripada Ashira Kaseh (Pemenang 2014), Ayu
Harris (2015), Hazwani Zaini (2016) dan Nurul Ain pemenang Pencarian Wanita
Melayu tahun lalu.
Setiap mentor akan mengendalikan 3 finalis yang akan dibentuk
personaliti, keyakinan serta imej mereka sebagai wanita Melayu dalam beberapa
aktiviti yang telah disusun. Kelas solekan, etika, pertandingan memasak dan aktiviti
luar sebagai riadah telah disusun sepanjang tempoh seminggu sebelum mereka melangkah
ke sesi final PWM2018.
1.3 HABIB JEWELS SELAKU PENAJA UTAMA PENCARIAN WANITA MELAYU 2018 (PWM2018)
Seperti tahun sebelumnya, HABIB JEWELS menjadi penaja utama program Pencarian Wanita Melayu 2018 kali ini bersama ICE-WATCH. Antara penaja lain yang turut memberi sokongan terhadap penganjuran PWM2018 adalah Elianto Makeup, ARCO.MY, D’Qapas, Original Classic (OC), NRCosmetics (NRC), Shaiful Azley Affaley dan Ani Catering & Wedding Planner.
- 5 April 2018 : Press Conference Pencarian Wanita Melayu 2018
- 7 April 2018 : Sesi Uji Bakat
- 21 April 2018 : Semi-final Pencarian Wanita Melayu 2018
- 22 April 2018 : Mentoring Session, Rock Climbing, Kelas Etika, Perundingan Imej & Sesi Fitting Acara Final, Sesi Fotografi
- 23 April 2018 : Kelas & Demo Solekan Bersama ELIANTO Lokasi: Elianto HQ, Mid Valley
- 25 April 2018 : Lawatan ke HQ Habib Jewels selaku penaja utama Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018)
- 26 April 2018 : Pertandingan Memasak Bersama Chef Liza Lokasi: Plaza Shah Alam
- 28 April 2018 : Acara Kemuncak Pencarian Wanita Melayu 2018 Lokasi: Plaza Shah Alam Masa: 2 – 5 Petang
Untuk memberi kelainan, buat pertama kalinya Pencarian Wanita Melayu memperkenalkan pengacara lelaki bagi acara separuh akhir dan acara kemuncak final PWM2018. Karl Shafek diberi kepercayaan mengemudi acara ini sebagai pengacara dan bakat baru meningkat naik, Ismail Izzani akan membuat persembahan di acara kemuncak Pencarian Wanita Melayu 2018 yang abakal berlangsung pada 28 April ini.
Semoga berjaya kepada semua finalis, untuk maklumat lanjut berkenaan pertandingan ini korang boleh ikuti di www.facebook.com/PencarianWanitaMelayu.
19 Comments
Habib Jewel sebagai penaja utama kali ni, wahhh dapat bayang hadiahnya nanti :)
ReplyDeleteYang berminat bolehlah masukkan, mana tahu rezeki...
Wah mewah lah hadiah nanti ye. Habib tuh. Tapi hopefully pemilihan gadis melayu betul betul ada ciri ciri gadis melayu yang kita nak.tak nak indah khabar dari rupa.
ReplyDeleteaida tau pasal program ni. tapi tak tau apa sumbangan terbesar 4 pemenang tu dlm memartabatkan wanita melayu sebenar-benarnya selepas menang. yg pasti one of them da kawin dgn dato v asia kan? kalau tak silap la :)
ReplyDeletecantinya finalis semua tak sabar tunggu rancangan ni
ReplyDeleteAmboi wanita Melayu terkejut kita ingat awak masuk tadi hehehe.. Tapi wanita Melayu kena bukan sahaja cantik tapi pengetahuan yang tinggi tentang budaya Melayu...
ReplyDeleteSaya rasa pencarian gadis melayu ni macam ala ala miss world / miss universe tapi in a proper way. Takde swimsuit bagai. Maybe Habib Jewels nak cari ambassador koleksi barang kemas kot...Pencarian gadis melayu ni not only cantik tapi 'beauty with brain'.
ReplyDeleteMesti lumayan hadiahnya. Sapa2 rasa diri tu Wanita Melayu yang dicari..boleh la pergi kat situ. Teringin nak pergi tapi tak confident. Hahahaha :P
ReplyDeleteOk, siapa nak nominate akak? Ada chance tak nak pakai crown camtu hihi
ReplyDeletePerniagaan Roti Dan Kek, Bisnes Dari Rumah Yang Menguntungkan
Huntongla sape menang. Yg ala2 model bolehlah hantar borang. Hadiah pasti gempak. Satu kelainan buka peluang pd gadis curvy tahun ni. Nak daftarlahhh
ReplyDeletewah... pasti sengit pertandingan ni kan. Iyalah, nak cari yang terbaik antara yang terbaik bukannya mudah! Semoga yang menang adalah yang benar-benar layak menggalas gelaran. Woohoo!
ReplyDeletepencarian wanita melayu teebaru carilah yg lebih berilmu segalanya twemasuk bab islam yg mendalam. x ramai dikalangan wanita melayu skrg memiliki ciri2 ini.. semoga pencarian ini lebih sukses
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu hari kemuncak nya. Nak tahu juga siapa yg menang. Cantik2 peserta yg bertanding. Bukan calang2 nie
ReplyDeleteGood luck kepada semua peserta. Semoga menjadi ikon wanita melayu dan membawa kesopanan dan manis seorang wanita melayu sampai bila-bila.
ReplyDeleteCantik betul finalis-finalis pencarian wanita ni. Masuk ni kena yang berani dan yakin. Good luck kepada mereka, semoga menjadi wanita yang dapat memeberi inspurasi kepada wanita, lain diluar sana.
ReplyDeleteWowwww....!! Kalau bro pergi, rambang mata dibuatnya... All da best kepada semua calon.. Walaupun anda tak menang, anda tetap wanita melayu di hati bro ciaaa ciaa ciaa
ReplyDeleteSyoknya esok ada Kelas & Demo Solekan Bersama ELIANTO..sebab mommy pakao elianto, teruja sekali..
ReplyDeletetercari-cari makna curvy tu.. hee.. ramai yang join ye? good luck buat semua.. kalau menang dapat hadiah lumayan dari habib jewel la yea.. mengancammm.. teringin nak tengok.. ada siaran kat tv berapa yea
ReplyDeleteInteresting program and good luck to all participants... No matter who your are... You have won just by entering this competition because it need a lot of courage to join
ReplyDeleteHarapnya kontes ini dapat menaikkan balik nama baik 'gadis melayu' yang makin hari makin banyak terpalit cerita-cerita negatif..carilah yang 'beauth with brain' ehehe..bergetar tulang rusuk kl aku jadi juri hahaha
ReplyDelete