SERTAI PENCARIAN IKON WANITA MELAYU 2018 | Buat tahun kelima penganjuran PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM (PWM2018) kembali membuka peluang buat semua gadis Melayu di luar sana untuk bergelar Ikon Wanita 2018. Apa yang lebih istimewa kali ini, pihak Plaza Shah Alam sebagai penganjur utama membuka peluang buat gadis “Curvy” untuk turut serta mencuba nasib bergelar Ikon Wanita Melayu.
1.0# TENTANG PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM
Mula dianjurkan pada tahun 2014, Pencarian Wanita Melayu diwujudkan bagi mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup Melayu dalam dunia serba moden hari ini. Peserta yang diangkat sebagai pemenang utama akan diberikan gelaran Ikon Wanita yang melengkapi ciri-ciri seperti personaliti menarik, beretika dan memiliki pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia moden hari ini. Sepanjang penganjuran acara ini, empat Ikon Wanita telah diangkat iaitu Ashira Kaseh, Ayu Harris, Hazwani Zaini dan Nurul Ain Basiron.
1.1# PENDAFTARAN ATAS TALIAN PWM2018
Untuk memudahkan lagi proses pendaftaran, penyertaan secara atas talian dibuka untuk peserta mendaftar sejak akhir Januari 2018 lalu di laman web rasmi www.plazashahalam.com dengan syarat lengkap penyertaan. Peserta dikehendaki mengisi setiap butiran tersedia dan mengepilkan gambar terbaik mereka sebagai rujukan pihak penganjur dan kordinator. Tarikh tutup penyertaan : 5 APRIL 2018
Untuk pengetahuan korang, sesi uji bakat bakal diadakan pada 31 Mac 2018 (Sabtu) bertempat di Plaza Shah Alam bermula jam 11 pagi bagi sesi pertama dan jam 2 petang bagi sesi kedua. Bagi sesi uji bakat ini pemarkahan para peserta akan dinilai daripada sudut personaliti, skil komunikasi dan bakat yang untuk ditonjolkan.
Tagline Pencarian Ikon Wanita Melayu Bagi Tahun 2018 : Seiring dengan kempen global woman empowerment yang semakin hangat diperkatakan, pihak Plaza Shah Alam mengambil peluang serupa dangan menggunakan tag line “MALAY GIRLS RULE TOO!” yang akan menjadi tag line rasmi yang akan digunakan sepanjang tempoh penganjuran Pencarian Wanita Melayu 2018 tahun ini.
1.2# MENTORING SESSION
Buat pertama kalinya sesi mentoring akan diadakan pada tahun ini buat 12 finalis yang terpilih. Empat mentor terpilih adalah pemenang Pencarian Wanita Melayu yang terdahulu terdiri daripada Ashira Kaseh (Pemenang 2014), Ayu Harris (2015), Hazwani Zaini (2016) dan Nurul Ain pemenang Pencarian Wanita Melayu tahun lalu.
Setiap mentor akan mengendalikan 3 finalis yang akan dibentuk personaliti, keyakinan serta imej mereka sebagai wanita Melayu dalam beberapa aktiviti yang telah disusun. Kelas solekan, etika, pertandingan memasak dan aktiviti luar sebagai riadah telah disusun sepanjang tempoh seminggu sebelum mereka melangkah ke sesi final PWM2018.
1.3# HABIB JEWELS SELAKU PENAJA UTAMA
Seperti tahun sebelumnya, HABIB JEWELS sekali lagi menjadi penaja utama bagi program Pencarian Wanita Melayu 2018 kali ini. Antara penaja lain yang turut memberi sokongan terhadap penganjuran PWM2018 adalah Ice-Watch, Elianto, ARCO.MY dan D’Qapas.
1.4# AKTIVITI FINALIS PWM2018
Di sini saya kongsikan kepada korang aktiviti-aktiviti yang telah disusun untuk 12 Finalis Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018):
31 Mac 2018 : Sesi Ujibakat di ruang legar Plaza Shah Alam
5 April 2018 : Press Conference Pencarian Wanita Melayu 2018
21 April 2018 : Semi-final Pencarian Wanita Melayu 2018
22 April 2018 : Mentoring Session : Rock Climbing, Kelas Etika, Perundingan Imej & Sesi Fitting Acara Final
23 April 2018 : Kelas & Demo Solekan Bersama ELIANTO di Elianto HQ, Mid Valley
25 April 2018 : Lawatan ke HQ Habib Jewels selaku penaja utama Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018)
26 April 2018 : Pertandingan Memasak di Plaza Shah Alam
28 April 2018 : Acara Kemuncak Pencarian Wanita Melayu 2018 di Plaza Shah Alam pada 2 - 5 Petang
2.0# TENTANG PLAZA SHAH ALAM
Plaza Shah Alam berlokasi di tengah kesibukan Bandaraya Shah Alam yang terletak di Seksyen 9. Lebih sepuluh tahun memberikan keterujaan serta pengalaman beli-belah buat kejiranan Shah Alam, Plaza Shah Alam hari ini sinonim sebagai sebuah hub sehenti yang menawarkan keperluan gaya hidup seharian.
Tawaran gaya hidup tidak hanya terikat pada idea seperti F&B, Fesyen dan Kecantikan. Plaza Shah Alam juga menjadi pusat tumpuan servis dengan adanya badan kerajaan yang berpusat di sini seperti Jabatan Pendaftaran Negara, FAMA dan lain-lain. Sehingga hari ini kami menawarkan segala bentuk pengalaman beli-belah untuk semua pengunjung daripada kelas pertengahan ke atas. Plaza Shah Alam dimiliki oleh syarikat Evergreen Venues Sdn.Bhd.
Untuk syarat-syarat dan update mereka, korang boleh rujuk di laman web Plaza Shah Alam:
18 Comments
Wahh... Ikon Wanita Melayu tu! Bukan calang-calang gelaran tu! Siapalah bakal galasnya kan!
ReplyDeletebaca tajuk rasa macam nak join tahun depan, pi perenggan pertama terbaca perkataan curvy, ok confirm boleh join. tapi bila tengok pemenang-pemenang lepas, ok mak giveup. redha je. mak sedar diri. huhuhu.
ReplyDeleteWah awak nak masuk juga ke?
ReplyDeleteNo wonder makin cantik sekarang.
Seriously, Aida x pernah tgk program ni.
ReplyDeleteTak sempat kot ha ha...
Yg Aida tahu, one of them kawin dgn dato v asia tu kot.
bagus program ni tapi kalau dapat icon wanita yg menutup aurat lebih manis gituh.. ikon wanita muslimah.. wow gituh..
ReplyDeleteWah..bestnya..siap tajaan Habib Jewels lagi..lepas ni boleh buat icon muslimah pulak kan
ReplyDeleteBestjya kalo la Boleh suruh kawan sy daftar.... Dia mmg powrr bab bab kecantikan ni. Berkaliber.
ReplyDeleteTak sabarnya nak tunggu waktu kemuncak pencarian wanita melayu tahun nie. Cantik2 pulak peserta-pesertanya.
ReplyDeleteSiapalah yang akan menang eh utk tahun 2018. Ruby ada follow Instagram program ni. Semua cantik - cantik dan Bijak. Tak sabar nak tunggu 28 April. Siapalah pemenangnya.
ReplyDeleteKalau sis muda lagi sure sis join ni..mesti sis menang sb muka pure melayu and bijak lagi..hahaha. Sesekali nak berangan tak salah..:D
ReplyDeleteTak sabar nak tahu siapa yamg menang, cecantik semuanya
Wow semua cantik dan bijak... mmg itu yg kita cari utk ikon yg mewakili wanita melayu. Tunggu keputusan nanti..
ReplyDeleteni ke event awak gi balik awal tu hahaah. keunggulan wanita sekali!
ReplyDeleteAla, kenapa ikon nak yang tinggi-tinggi. Ikon rendah takleh ke. Haha.
ReplyDeleteWow the search for a nice candidate is not easy. All of this women are talented. I have covered the event once in 2015 and all the participant are smart.
ReplyDeleteAlaaa lambat. Kalau tak boleh try test luck and power😂
ReplyDeleteKita bagi sokongan jela ramai yang cantik2 ni tak tahu nak sokong mana satu
ReplyDeleteIngatkan sis ada masuk. Eh.hahahahaha... lawanya semua model model tu... Mesti single kan? Hehe boleh la dijadikan calon
ReplyDeleteWow! I am eager to know who will be crowned as Ikon Wanita Melayu 2018, all the best to the participants.
ReplyDelete