unifi, sebuah jenama perkhidmatan komunikasi internet yang cukup popular di kalangan rakyat Malaysia. Sempena tahun baru 2018, mereka telah menawarkan sesuatu yang baru kepada semua pelanggan-peanggannya.
1.0 PELANCARAN PENJENAMAAN BAHARU UNIFI
1.0 PELANCARAN PENJENAMAAN BAHARU UNIFI
Saya sendiri telah memenuhi jemputan ke majlis Pelancaran Penjenamaan Baharu Unifi yang telah dilangsungkan pada 24 Januari 2018 lepas di TM Convention Centre, Bangsar.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Mohammed Shazali Ramli, selaku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM dan Datuk Bazlan Osman, Pengarah Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, bersama Imri Mokhtar, Naib Presiden Eksekutif Unifi, Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif Unifi TV, Moharmustaqeem Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif Unifi Mobile serta barisan pengurusan kanan TM.
Tahun 2018 ini menyaksikan penawaran terbaru kemudahan Unifi yang merangkumi keperluan kediaman, mudah alih, TV dan Wifi, seterusnya menjadikan Unifi satu-satunya jenama dalam industri telekomunikasi di Malaysia yang menawarkan sambungan internet menyeluruh sebenar dengan pelbagai kandungan bertaraf dunia dibawah satu bumbung.
Inisiatif baharu yang ditawarkan adalah Unifi Home - ‘Perfect Squad’, pembebasan perkhidmatan mudah alih pertama Unifi Mobile - #BEBAS dan program gameshow interaktif secara langsung ‘Teka Tekan’ yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM20,000 kepada para penonton. Selain itu, pelbagai lagi inisiatif telah dirancang bagi memenuhi keperluan pelanggan sepanjang tahun 2018.
2.0 PENJENAMAAN BAHARU unifi 2018
Sempena pelancaran baru-baru ini, unifi telah memperkenalkan penawaran perkhidmatan konvergens yang mampan. Ia selaras visi TM iaitu - ‘Menjadikan Hidup Lebih Mudah’, dan berperanan sebagai satu-satunya platform komunikasi gaya hidup digital yang menyeluruh untuk rakyat Malaysia.
2.1 unifi Home
unifi memperkenalkan ‘The unifi Perfect Squad’ - #pasangsekarang (#installnow), merupakan lanjutan kempen Promosi Akhir Tahun yang telah memperluaskan jangkauan ke kawasan yang masih mempunyai banyak port Unifi sedia ada seluruh negara. Turut menawarkan pakej istimewa seperti Unifi Advance dari hanya RM139 sebulan.
The unifi Perfect Squad juga akan datang ke kawasan kediaman berpotensi untuk mendaftarkan pelanggan baharu dan melengkapkan proses pengaktifan. Pakej turut hadir dengan beberapa pilihan pek Unifi TV, peranti dan pelan panggilan.
2.2 unifi Mobile
unifi Mobile (dahulu webe) mencipta satu lagi catatan industri telekomunikasi negara dengan pengenalan unifi Mobile - #BEBAS. Produk pertama yang memberi kebebasan memilih kepada pelanggan bagi memenuhi keperluan produk mudah alih tanpa sebarang kontrak dan komitmen. Unifi Mobile #BEBAS menampilkan #pilihapasaja #bayarbilabila #kredittakmati; mobile@unifi memecahkan norma mudah alih konvensional dan sepenuhnya pada digital.
Bersempena pelancaran, unifi akan memberikan 1 juta kad SIM 20GB secara percuma kepada rakyat Malaysia! Korang hanya perlu memuat turun aplikasi mobile@unifi di AppStore atau PlayStore dan membuat daftar. Pelanggan boleh mendapatkan SIM di mana-mana cawangan TMpoint seluruh negara atau dihantar ke rumah dengan bayaran RM10.60 *termasuk GST.
2.3 unifi TV / PlayTV unifi
unifiTV (dahulu HyppTV) telah melancarkan permainan interaktif secara langsung pertama di Malaysia iaitu Teka Tekan. Ia membolehkan penonton beraksi secara interaktif di rumah dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 setiap hari.
Bersempena siaran program Teka Tekan, HyppSensasi HD turut menawarkan tontonan secara percuma bagi membolehkan para penonton mengambil bahagian dalam program ini, dan berpeluang menikmati program-program hiburan tempatan yang tersedia secara eksklusif di saluran tersebut.
Selain penjenamaan semula unifiTV, HyppTV Everywhere juga dikenali sebagai Unifi PlayTV untuk hiburan bertaraf antarabangsa dengan pakej-pakej berbaloi dalam bentuk HD samaada Live TV, Video on Demand atau penawaran saluran interaktif sambil menikmati perkhidmatan tanpa gangguan cuaca.
Sejajar dengan penampilan wajah baru unifi untuk tahun 2018 ini, TM akan terus menawarkan kepada para pelanggannya mengenai penawaran Konvergens yang relevan menerusi 5 teras iaitu Kehidupan Pintar, Perniagaan Pintar, Bandar Pintar, Komuniti Pintar dan Negara Pintar. Jadi, hopefully lepas ni tiada lagi sebarang sekatan terhadap keperluan internet dan menjadikan Hidup Lebih Mudah.
Info lanjut mengenai Unifi, korang boleh layari laman sesawang mereka di www.unify.com.my.
23 Comments
semoga servis pun makin bagus.. hehe
ReplyDeleteGood to hear this. Now dah makin banyak option untuk dipilih and hope with this, servis (kelajuan Internet) pun dah naik taraf la hehe :)
ReplyDeleteHarap-Harap servis ini semakin bagus dan maju.Thank you for this info
ReplyDeleteHarap-Harap servis ini semakin bagus dan maju.Thank you for this info
ReplyDeleteOh ini yang ramai dok post dapat simcard Unifi ye. Wah , nak try la layan servis dari derang. Bebas tu.
ReplyDeleteUnifi ni buat penjenamaan baharu ni sebab nak bersaing juga dengan syarikat telekomunikasi yang lain. Saya juga pengguna Unifi. Memang laju tapi ada masa-masanya down jugak. Masa down ni rasa agak down gak la sebab nak blog walking dan surf the net tu lambat ya amat. Tapi bila laju memang puas hati.
ReplyDeleteTahun 2018 ni nampaknya unifi mmg betul2 komited nak menerajui pasaran digital di Malaysia ni. Pakej2 yg ditawarkan ni mmg berbaloi sgt.. harap line internet makin bertambah2 laju lagi. Mmg menarik!
ReplyDeletearea aida ni, unifi lom ada coverage.
ReplyDeleteada la juga tgk tgk offer unifi ni.
agak mahal jugak pakej nyer hi hi hi...
tapi kalau laju, ok la.
now streamyx dah tak brape la :( mengecewakan!
wow ada contest..menang setiap hari RM20K mak aii..nti boleh lah usha2 contest tu..tp unifi skrg dah helok hihi
ReplyDeleteunifi ni kadang kadang laju kadang kadang slow eh boleh bikin stress tau ! tapi kenapa gamabr menari dalam bentuk gif tu buat I rasa nak joget juga pula hehehehe
ReplyDeleteUnifi semakin berkembang maju. Bagus unifi buat oenjenamaan baru.area rumah saya nasib baik unifi laju.puas hati jugak la intwrnwt laju kan. Sekarang ada unifi mobile pulak ya.yang ni fak apply pun sbb malas nak serabut otak fikir byk sgt nombkr..heheheh
ReplyDeleteSaya dah terminate unifi ganti dengan times. Dulu geram dengan unifi sebab asyik down. terus tukar times. Senang hati huihuhu
ReplyDeleteAi selalu bergaduh dengan moderm unifi kat rumah tu. Hopefully lepas ni makin baik service nya.
ReplyDeletePernah langgan unifi..skali dgn tv tu kan. Lepas tu dah terminate sbb tak guna sgt. Byk keluar guna hp je. Since dah ada mobile unifi ni boleh la try. Ada lagi x yg 1 juta tu agak2 ye. Hehe. Jgn AR gi kd org yg ke sejuta 1 dah la. Haha
ReplyDeleteRasanya setiap rumah wajib pakai unifi. Dah macam standard disetiap rumah. Dengan penjenamaan semula macam ni harap kualiti dan speed internetnya pun dipertingkatkan.
ReplyDeleteApa-apa pun saya pengemar Hypptv yang sekrang dah panggil UnifiTV Kan? Saya memang pengguna setia Unifi
unifi ni bebas sebab dia tak ikat dengan komitmen....sbb kadang2 letih juga bila ada komitmen...kena 2 tahun la..adoi..sampai berjmabang la menunggu abis kontrak...huhu
ReplyDeleteSaya penguna Unifi sama ada untuk telephone dan juga wifi dirumah, Moga unifi terus maju dan upgade sistem bg memudahkan pengguna dan pelbagai pakej lagi bolehlah pengguna membuat pilihan.
ReplyDeleteTM sekarang jenamakan produk mereka dengan Unifi tv kepada sim card semua nak bagi senang orang ingat wifi pun nama unifi kalau korang search melalui i-foundit.
ReplyDeleteMommy ada satu simkad #bebas tu..dah guna 2GB.. Unifi Mobile #BEBAS #bayarbilabila #kredittakmati terbaik
ReplyDeleteSekarang lia pengguna unifi di rumah. Tapi sejak kebelakangan ni line tak berapa stabil. Harap Unifi dapat membaiki lagi dan meningkatkan kestabilan setela buat pembaharuan ni.
ReplyDeletewww.liahasty.com
Most household guna Unifi nowaday. Mine still tak de lagi. Last time belum ada lagi kat my area. I think last month baru ada. Kena ar gi upgrade ni.
ReplyDeletesaya memang pengguna unifi skg pun guna webe unlimited
ReplyDeleteI'm unifi user.. it's really great to use unifi..
ReplyDelete