Homestay cukup popular dikalangan traveller yang travel secara berkumpulan atau dengan keluarga. Ini kerana sudah semestinya kerana ruang dan harga yang jauh lebih murah dari hotel. Kalau nak tempah hotel sudah semestinya terpaksa ambil 2-3 bilik dan harga pula tentu berlipat kali ganda. Agak rugi bagi mereka yang datang untuk jangka masa yang pendek seperti dalam tempoh sehari dua dan menjadikan penginapan tu sebagai tempat tidur dan mandi sahaja.
Damansara, cukup terkenal dengan lokasi orang-orang kaya. *agaknya ada ke homestay yang murah dan mampu sewa kalau ada urusan sehari dua di sana?. Korang tak perlu risau. Untuk pengetahuan korang, korang boleh jumpa homestay murah dan cantik yang berada di Empire Damansara. Sebuah lokasi strategik yang mempunyai banyak kedai makan dan mudah untuk akses ke mana saja.
1.0 ELVARA MALAYSIA
Homestay yang saya maksudkan tu adalah Elvara Malaysia. Kalau korang ke carian google, korang juga boleh dapat info Elvara Malaysia ni di Laman web carian hotel. Mereka ada menawarkan dua (2) jenis unit penginapan iaitu STUDIO untuk tiga (3) pax dan Duplex untuk lima (5) pax.
1.1 PENGALAMAN BERMALAM DI ELVARA MALAYSIA
Saya sendiri berpeluang menginap di unit penginapan Duplex Elvara Malaysia bersama kawan-kawan saya beberapa minggu lepas. Memandangkan ada urusan di Damansara, kami mengambil peluang untuk sewa semalam dan rasai sendiri suasana di sini.
Duplex merupakan jenis penginapan dua (2) tingkat dimana ianya juga biasa dijadikan unit pejabat. Kemudahan bilik air boleh akses di kedua-dua aras. Bahagian bawah dijadikan ruang tamu dan ruang dapur, manakala bahagian atas pula dijadikan kamar tidur.
Unit yang kami stay ni dilengkapi dengan akses internet, dan berhawa dingin. Sebagai tambahan, mereka juga ada sediakan kipas. Kalau waktu tengahari tak perlu bazir electric buka lampu kerana unit ni mempunyai dinding cermin yang boleh supply cahaya yang secukupnya ke dalam bilik.
Bagi Guest House jenis Duplex ini terdapat dua (2) katil jenis Queen di bahagian atas dan satu (1) sofa bed yang di letakkan di ruang tamu. Ruang atas juga dilengkapi dengan meja kerja yang boleh dijadikan ruang makeup, penyidai baju dan almari.
Homestay Elvara Malaysia ni selamat dan dikawal oleh pegawai keselamatan 24 jam. Nak masuk ke penginapan kena guna access card. Di bahagian bawah bangunan pula korang boleh jumpa banyak kedai yang dibuka buka 24 jam seperti restoran mamak dan 7eleven. Korang juga boleh jumpa, boat noodle, klinik, dobi dan banyak lagi kemudahan lain. Parkir disini banyak dan yang penting Caj parkir tak terlalu mahal.
1.2 HARGA HOMESTAY ELVARA MALAYSIA
Berikut merupakan harga Elvara Guest House untuk satu malam :
STUDIO 3 pax
RM120 ( Ahad - Khamis )
RM150 ( Jumaat & Sabtu )
DUPLEX 5 pax
RM150 ( Ahad - Khamis )
RM180 (Jumaat & Sabtu )
*Tarikh lawatan kami ke Elvara Malaysia 20-21 januari 2018
Alamat :
Elvara Malaysia
Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya,
Selangor
Telefon :
0194569155 / 1212
18 Comments
Kalau akak dapat beli rumah duplex begini. Best juga. Ringkas untuk keluarga kecil kami.
ReplyDeleteseronoknya dpt bercuti beramai2 kat sini.. x perlu jauh, janji penginapan selesa. murah pun murah..
ReplyDeleteSusun atur nya sangat kemas. Suka tengok. Tangkap gambar pon cantik ni.
ReplyDeleteWah seronoknya becuti ramai-ramai dekat homestay elvara tu.Harga juga amat berpatutan.Tempat yang cantik dan menarik.Terima kasih atas perkongsian info itu.
ReplyDeleteWah cantiknya homestay tu,sesuai untuk seisi keluarga la.
ReplyDeleteSeronok dapat stay sini kan. Lepas ni boleh la kumpul lagi.
ReplyDeleteSusun atur yang minimalis dan simple sesuai untuk rumah seperti ni..look nice
ReplyDeleteMenarik tempat ni
ReplyDeletehomestay ni sangat minimalist cuma kena ada insurans cover untuk kanak-kanak, i risau pula tengok tangga tu halus benar, naik ni mau tak tergolek anak anak eh nak pula kalau anak jenis banyak akal nak explore sana sini kan hahahaa
ReplyDeletebestnya. sekarang dah macam trend Homestay macam ni kan? yang elvara ni ada kitchen tak?
ReplyDeleteWah bestnyer. Bila kita plan nak pergi lagi ke sini?
ReplyDeleteTak sabar nak duduk di homestay yang mewah dan murah macam ni lagi.
Ni kalau ajak sekampung pun muat ni kan?
Berbaloinya homestay ni kalau sewa bersama family takpun kawan-kawan. Deko dan riasan simple, cozy dan sangat menarik.
ReplyDeletewww.liahasty.com
Suka lah dengan konsep ala-ala studio house ni. Dia macam moden, tapi harga mampu bayar.
ReplyDeleteHomestay moden ni nampak selesa sekali.. Best jugak cuti-cuti tgh bandar.. Ada kolam renang mmg best sekali he he he
ReplyDeleteMenarik la..kalau akak yang lepak sini sure tak nak kuar pi mana- mana dah tu...mendamaikan mata memandang dekorasi nyer...
ReplyDeleteThis homestay really nice and minimalist design. my friend just asked me about the homestay and now i found this to share with her.
ReplyDeleteReally thanks for your sharing
Racheal
Suka konsep dia yang minimalis tapi sangat bergaya! Bilalah nak miliki rumah macam ni. Selesa betul nampaknya!
ReplyDeletememang menarik rumah nie. sesuai sgt untuk family dan kawan untuk stay. lebih2 yg bawa family dan group travel. nampak ekslusif dan menarik.
ReplyDelete