BOAT NOODLES PERKENALKAN EMPAT MENU BAHARU


Sudah lama rasanya tak lepak makan kat Boat Noodles, dah hampir setahun rasanya! Tempoh hari sempat jugak lepak di Boat Noodles di Empire Damansara pekena menu baharu mereka. Untuk pengetahuan korang, 4 menu baharu yang mereka perkenalkan ini bukanlah kekal dan sentiasa ada seperti menu-menu lain mereka sebelum ini kerana ianya terhad sehingga hujung bulan februari (2018) ini sahaja.

Bersama rakan blogger

1.0 MENU BAHARU BOAT NOODLES

Empat (4) menu baharu yang dimaksudkan itu meragkumi dua (2) jenis minuman iaitu Blue Butterfly, Mango Smoothie, dan dua (2) jenis makanan iaitu Prosperity Yum (Beef/Chicken) dan Thai Fried Chicken.

1.1 BLUE BUTTERFLY

Blue Butterfly
Blue Butterfly
Minuman yang cukup unik berperisa soda dan lemon. Apa yang menariknya, saya difahamkan bahawa air ini diperbuat daripada pewarna bunga telang. Keunikannya, apabila jus lemon dicampurkan kedalam ke dalam gelas, air yang berwarna biru terang bertukar menjadi warna unggu dengan sekelip mata.


1.2 MANGO SMOOTIES

Mango Smooties
Sekarang ni cukup popular dengan kehadiran jus mangga / mangga susu. Memandangkan ianya merupakan salah satu minuman yang cukup popular di Thailand, Boat Noodles juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan Mangga Smooties versi mereka. Dengan menggunakan buah mangga yang fresh ianya dikisar halus menjadi minuman jus yang cukp enak.

1.3 PROSPERITY YUM

Prosperity Yum
Kali ini Boat Noodles memperkenalkan hidangan mee berperisa tomyam. Korang boleh membuat 2 pilihan mee iaitu  Thai Rice Noodles dan juga Springy Noodles. Saya lebih suka perisa tomyam ni berbanding dengan perisa lain yang boat noodles ada sebelum ni. Rasa tomyamnya yang bersantan tu memang sangat menyelerakan.


1.4 THAI FRIES CHICKEN

Thai Fried Chicken
Antara kesemua menu baharu ni Ayam goreng ini paling saya suka. Kami sendiri makan berpinggan-pinggan masa ke sini tempoh hari. Rasa rempah dia tu memang sebati, kalau tak cicah sos pun dah okay. Kalau tanya saya, sepinggan ni memang cukup saya makan sorang je kot. hehe


Tak rugi kalau nak cuba semua menu baharu dari Boat Noodles ni. Kalau nak cuba kena cepat-cepat sebab menu ni hanya terhad sampai hujung Februari 2018 ni sahaja.

Apapun, untuk anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Boat Noodle ini, korang boleh terus layari medium social media mereka di:

Post a Comment

25 Comments

  1. Boleh tahan juga boot noodles ini, nampak menarik boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  2. Semua makanan tu nampak sedap dan menyelerakan.Tak sabar nak rasa juga.Terima kasih berkongsi info.

    ReplyDelete
  3. Dah gi try thai fried chicken and prosperity yum. Sedap 👍👍👍

    ReplyDelete
  4. Bila la, nak merasa makan menu ini. Siapa sudi akak terbang terus dari Sabah ni. Terliur juga tapi belum berkesempatan.

    ReplyDelete
  5. Kena serbu Boat Noodle gaya ni , perisa Tomyam , yummy. Ayam tu waduh mgoda betul.

    ReplyDelete
  6. Laaa ingatkan menu baru ni menu kekal. Rupanya sampai hujung february je ke? belum sempat nak ke boat noodle. Rasanya lepas cuti hari raya cina baru ke sana kot. Sbb skrg busy dengan persiapan kenduri kat rumah time cny nanti.

    ReplyDelete
  7. Ana dah berkali2 terjah boat noodle semata nak makan thai fried chicken tu sejak diperkenalkan. Sorang sepinggan baru puas hati. Blue butterfly pun sedap sgt.

    ReplyDelete
  8. wahhhh... terus nak p terjah sana. sedap betul ni

    ReplyDelete
  9. Thai Fried Chicken tu akak suka..sedapnya...baru makan tempohari ngan anak dara akak..eh..banyak lagi yang tak cuba..nak pi cuba lagi la..

    ReplyDelete
  10. Aduhhh terliur ni bang. Bila nak bawak belanja sekali ni. Hahaha. Maknanya memang kena datang lagilah ni untuk rasa sendiri keenakan menu baru! Woohoo!

    ReplyDelete
  11. amboi kemain menyelerakan betul semua menu terbaru di boat noodles, nampaknya nak kena try dia punya air kale blue dengan mee ada daging tu nyum nyum nyum ! :)

    ReplyDelete
  12. Memang suka dengan boat noodles ni sebab harga dia murah and sedap pulak tu. Now ada menu baru pulak.

    ReplyDelete
  13. hujung minggu ni memang kena terus terjah,tak tertahan dah selera nak try semua menu baru tu

    ReplyDelete
  14. TB tak pernah sekalipun makan di boat noodle.. asik dengar orang bercerita dan tayang gambar je.. hahaha.. bilalah dapat merasa makan kat situ.. gambar last tu buat TB meleleh liurrr

    ReplyDelete
  15. Nak makan.. boat noodle memang best dan yummy!

    ReplyDelete
  16. Bunga telang tu yg orang buat nasi kerabu kan..pewarna semulajadi tu. Unik!

    ReplyDelete
  17. Thai Fried Chickennya mempersonakan wak. memang sedap dan rangup. bertambah gitu. :D

    ReplyDelete
  18. Bestnya ada menu baru yaya dah lama tak pergi boat noodles memang nak pergilah nanti geram baca review mawardi hahaha

    ReplyDelete
  19. Wah banyak gak menu baru dari Boat Noodle..tapi kan..tapi kan..tak pernah lagi singgah merasa menu di Boat Noodle ni..grrr..bila nak nak try makanan kat sini..sadis..

    ReplyDelete
  20. Menarik jugak menu baru. Tapi boat noodle ni makanan die mostly pedas2kan ?

    ReplyDelete
  21. nampak gambar pun dah menarik kena jugak la layan menu baru nie nanti.nak gak rasa air bunga telang tu, hari tu ada rasa tapi sikit sgt kat spa di johor.

    ReplyDelete
  22. Lama x makan dekat Boat Noodle... Kena ada geng baru best makan bermangkuk-mangkuk... Now semua dah kahwin, ada anak..

    Kalau nak makan, kena cari port yang x crowded...

    ReplyDelete
  23. Memang best! I like to eat there also, thanks for the inform.

    ReplyDelete