28 Disember 2017 yang lepas, saya dan beberapa rakan telah memenuhi jemputan KFC Malaysia di KFC CHIZZA CHICKEN X PIZZA FANS PARTY. Majlis ini adalah sempena mempromosikan produk terbaru mereka iaitu KFC Chizza. Produk terbaru ini telah menampilkan adunan citarasa ayam goreng bersama pizza yang unik dan menyelerakan. Majlis tersebut telah berlansung di GSC NU Sentral.
1.0 KFC CHIZZA CHICKEN X PIZZA FANS PARTY
Berbeza seperti sebelum-sebelum nya, untuk kali ni KFC Malaysia telah menganjurkan KFC Bloggers Party dengan kerjasama GSC dengan menonton filem Pitch Perfect 3. Untuk kali ni, jemputan adalah bersama plus 2. *jadi total jemputan adalah 3 orang.
Seawal jam 6.30 petang lagi pendaftaran telah dibuka, terdapat juga photbooth untuk bergambar sementara menunggu masuk ke pawagam. Kami juga telah dibekalkan dengan KFC Chizza, wedges popcorn dan air mineral sebelum masuk ke pawagam.
Sebelum tayangan filem Pitch Perfect 3 bermula pada jam 8.00pm, kami telah dihiburkan dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti teka lagu dan persembahan koir. Pemenang pertandingan teka lagu menerima hadiah berupa voucer dari KFC.
KFC Chizza Chicken Pizza Party merupakan acara eksklusif meraikan KFC Fans dengan hidangan terkini KFC Chizza.
1.1 KFC CHIZZA
KFC Chizza - “Piza Sedap Hingga Menjilat Jari”, kombinasi sempurna filet ayam Hot & Spicy bersama isi pizza dengan ramuan seperti ketulan nanas, bawang, herba, keju mozarela dan sos pizza tomato.
KFC Chizza |
KFC Chizza masih mengekalkan ayam goreng sebagai ciri utama hidangan tetapi disuntik dengan sedikit kelainan yang harus dicuba oleh semua penggemar KFC dan pizza. Gabungan terbaik 2 hidangan kegemaran ramai. Isi piza ditampilkan bersama filet ayam Hot & Spicy sebagai pelengkap kerak piza.
KFC Chizza boleh didapati secara a la carte bermula hanya RM7.90. Ia juga boleh didapati di dalam kombo yang didatangkan bersama KFC Crispier Fries dan minuman ringan berkarbonat. Anda juga boleh menikmati Chizza Box untuk pilihan yang lebih mengenyangkan, bersama seketul ayam goreng KFC Original atau Hot & Spicy, Crispier Fries dan air minuman ringan berkarbonat. Ia kini boleh didapati di semua restoran KFC seluruh negara sementara stok masih ada.
Layari maklumat lanjut KFC Malaysia korang boleh rujuk di laman sesawang mereka di www.kfc.com.my.
18 Comments
Kfc chizza memang best.
ReplyDeleteBaru makan semalam. Sedap juga!!
ReplyDeleteDah pernah makan Chizza. Prefer makan time pepanas....memang sedap!
ReplyDeletedah try makan, ok la tapi saya agak kurang hihihihi.. ibu mentua suka dia kata sedap...
ReplyDeleteKena makan pepanas baru sedap. Nak lagi sedap, bila dapat free, hehehe
ReplyDeleteTonglerrr tengok movie tak hajak
Belum sempat nak mencuba KFC Chizza Chicken Pizza. Cheese tu menggiurkan lah.
ReplyDeletedah rasa dah. sedapnyaaaaa... lagi best kalau dapat makan sambil tonton wayang. apalagi kena cerita komedi macam pitch perfect pulak kan. dengan member2 sekepala mesti happening!
ReplyDeleteTak cuba lagi chizza ni. Sebab orang duk komplen saiz kecil gila dari kotak. Nanti nak cuba jugak la tengok betul ke cinonet sangat
ReplyDeletetoo bad different outlet different quality. the one i tried the other day not so nice.
ReplyDeletebest yer makan chizza sambil tengok wayang free
ReplyDeleteThat's fun! Finally we are allowed to eat inside the cinema, tried the chizza but not really a fan, still prefer the good old fried chicken.
ReplyDeleteBg sy mmg sedap tp sikit sgt die bubuh atas ayam tu. Bila sy mkn xrasa chizza sgt. Better mkn aym goreng je.. xsama mcm dlm gmbar.
ReplyDeletekenapa KFC missed kita dari blogger list kalau tak mesti dapat makan chizza ni sedapnya !
ReplyDeletetak makan lagi..hahaha
ReplyDeleteramai cakap indah khabar dari rupa..betul ke
ReplyDeletenice event. I wish to go too haha
ReplyDeleteWhoa, they came up with new menu. KFC Chizza? Nice. Nampak sedap. Terliur tengok. Ya Allahhhhhhhh! KFC kat sini kurang sedap. Nothing beats Malaysia punya. Uwaaa :(
ReplyDeleteKFC Chizza memang sedap sudah makan banyak kali hehe
ReplyDeletePost baru saya 8 tempat makan menarik di melaka