Untuk memiliki kulit wajah yang cantik dan sihat, kita memerlukan produk penjagaan yang bagus terutama dari kandungan bahannya. Selain dari itu, produk tersebut mestilah sesuai dengan jenis kulit yang kita miliki. Untuk pengetahuan korang, produk terbaru skincare Malaysia iaitu Flora by N’Adore adalah satu produk skincare yang sesuai untuk semua jenis kulit wajah.
1.0 FLORA by N’ADORE
Flora Skincare by N' Adore ini terdiri daripada pencuci muka, pelembab, serum, toner dan krim siang dan malam. Persembahan bungkusan produk ini cukup menarik dengan tema putih dengan penggunaan bunga peony yang menunjukkan ianya adalah bahan utama di dalam produk ini.
Produk Flora Skincare by N' Adore ini diformulasi sesuai dengan kulit wanita Asia dimana, produk ini sesuai pada semua jenis kulit dari sesuai hinggalah sensitif. Jadi, pada yang memiliki kulit muka yang sensitif. Inilah penyelesaiannya kerana ianya mampu merawat dan sekaligus membantu mencantikkan kulit wajah anda. Selain dari wanita, lelaki pun boleh guna produk Flora Skincare by N' Adore ni.
Harga: RM149 / set produk
Mendapat kelulusan daripada KKM
1.1 KANDUNGAN FLORA by N’ADORE
Antara kandungan yang ada pada Flora Skincare ini adalah:
- Minyak Argan
- Ekstrak Kigelia
- Ekstrak Teh Hijau
- Aloe Vera
- Sumber vitamin yang baik
Vitamin yang baik juga adalah satu kelebihan untuk menjaga kulit di mana ia dapat merawat parut jerawat. *kalau korang mempunyai parut jerawat di kulit wajah, maka inilah jawapannya. Selain itu, ianya juga sesuai untuk mereka yang mempunyai tona kulit yang tidak sekata, melindungi kulit dari oxidation serta dapat menghasilkan kulit yang sihat.
Produk Flora Skincare by N' Adore ini mempunyai bauan yang sangat menyenangkan dan mampu memberi kepuasan kepada si pemakai. Apa yang paling penting Produk Flora Skincare by N' Adore ini bebas dari bahan merbahaya dan terlarang seperti merkuri dan sebagainya.
1.2 KELEBIHAN BUNGA PEONY DALAM RANGKAIAN PRODUK FLORA by N’ADORE
Kelebihan Flora Skincare by N' Adore adalah kerana ianya terkandung bunga Peony. BUNGA peony adalah simbol kecantikan dalam legenda masyarakat di negara-negara Mediterranean. Ia juga terkenal sebagai bunga kekayaan dan kehormatan dengan seribu kelopak yang menceriakan wanita dengan warna-warna terang dan bau yang harum semerbak.
Bunga Peony; @the-source.net |
Kalau korang nak tahu, bunga peony ni juga mempunyai banyak kelebihannya dan antaranya adalah dapat mengurangkan hyper pigmentasi pada kulit, dapat mengurangkan jalur penuaan dan juga menjadikan kulit cerah dan berseri.
2.0 MAJLIS PELANCARAN PRODUK FLORA by N’ADORE
Beberapa hari lepas saya sendiri telah memenuhi jemputan ke Majlis Pelancaran Produk Flora Skincare by N' Adore di The Vilej, Damansara Perdana. Majlis pelancaran produk yang bertemakan serba putih ini cukup meriah dengan kehadiran para bloggers, influencer dan insta famous Malaysia.
Sekitar Majlis Pelancaran Produk Flora Skincare by N' Adore |
Bersama Faiz Dickie, insta famous dan selaku pemilik Vilej Damansara. |
Tahniah saya ucapkan kepada pemilik Flora Skincare by N' Adore yang diuruskan oleh Pn. Nadia Zulkifli sekeluarga kerana telah berjaya memasuki pasaran Malaysia.
2.1 KISAH DISEBALIK KEWUJUDAN PRODUK FLORA by N’ADORE
Semasa pelancaran produk berlangsung, kami telah didedahkan dengan kisah benar yang benar-benar menyentuh perasaan berkenaan latar belakang mengenai pengasas yang sangat memberi inspirasi. Kisah bagaimana beliau bangkit dari kesakitan dan mencari solusi kepada masalah yang beliau hadapi selepas kulit mukanya rosak dan terbakar akibat menjalani rawatan radioterapi sebanyak 30 sesi.
Pn. Nadia Zulkifli selaku Pengasas produk |
Pn. Nadia Zulkifli (gambar di atas) merupakan anak bongsu kepada lima adik beradik yang juga seorang isteri dan ibu kepada duacahaya mata. Beliau merupakan seorang "cancer survivor" yang pernah menghidap penyakit ketumbuhan otak dan telah menjalani dua kali pembedahan besar dan lebih daripada sepuluh kali pembedahan kecil. Apapun, Pn. Nadia Zulkifli kini telah kembali sihat dan sangat bahagia bersama keluarga tercinta. Saya doakan semoga Pn. Nadia Zulkifli sekeluarga terus diberikan kesihatan yang baik dan berjaya dalam dunia perniagaan.
Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada Pn. Nadia Zulkifli sekeluarga atas pelancaran produk Flora Skincare by N' Adore.
17 Comments
wow lepas ni mawardi nampak flawlesss, cantik dan anggun la, omg tak sangka produk ni orang lelaki pun boleh pakai ni semua gara-gara lelaki nowadays pun sangat metroseksual....
ReplyDeleteBunga peony ni memang cantik. Whoa bagus la pengasas tu buat produk dari bunga ni.
ReplyDeleteWarna bunga ni alehaiiii sangat la sweet. Sejuk mata memandang. Packaging pun cantik.
ReplyDeleteKandungan dia nampak menarik...botol pun cantik..
ReplyDeleteOo yang ni ka bunga peony !! Cantiimm! Tak taw bunga ni wujud hehehhee
ReplyDeletecomel packaging produk Flora Skincare ni.
ReplyDeletealaa kita nak jumpa Faiz Dickie juga
Lepas ni mady jadi duta la nampaknya..kulit dah ploles dah tu ha
ReplyDeletepackaging cantik dan TB suka kandungan dia yang ada bahan-bahan semulajadi tu.. antaranya Minyak Argan dan Aloe Vera tu.. mesti bagus sangat produk ni kan ..
ReplyDeleteSuka tgok pckaging dia. Berbunga2. Kalau lelaki boleh guna, baguslah. Skrg nie lelaki pon nak cantik jugak kan. X gitue ?
ReplyDeleteGeram tgk packaging tu. Cantik sgt.. lepasni flawless la muka awk.hehe..
ReplyDeleteWow patutlah Mawardi nampak berseri seri n flawless skrg ni, kisahnya pakai Flora skincare rupanya ya.
ReplyDeletecantiknya kotak dia..penuh bunga peony. banyak juga khasiat bunga peony ni ye
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
amboi wakkk... lepas ni ploless laaa... tapi khasiat bunga peony ni memang bagus. kotak pun cantik.. hehe
ReplyDeleteMenariknya kisah pengasas produk ni. Wanita yg sangat hebat!
ReplyDeleteRM149 per set is really affordable for a set of skincare.
ReplyDeleteTahniah Puan Nadia di atas kelahiran produk ini dan juga di atas kecekalan dan kegigihan mengharungi hidup.
ReplyDeletepackging cantik.. klu ianya bagus.. harga mahal pon org x kisah kan?
ReplyDelete