Sedar tak sedar kita sudah hampir sampai ke penghujung tahun 2017. Ini bermaksud Hari Natal juga sudah bakal menjelma tidak lama lagi. Sempena hari natal yang bakal tiba, pihak Hotel Aloft KL Sentral akan mengadakan bufet makan malam bermula 1 Disember sehingga 30 Disember bertempat di Restoran Nook.
Menu yang bakal disajikan pada buffet makan malam tersebut cukup istimewa dengan sajian makanan tradisional yang signifikan dengan sambutan hari Natal. Untuk hidangan bufet pada kali ini, Restoran Nook akan menyajikan Herbed Crumbed Roasted Lamb Leg, Beef Stroganoff, Braised Hickory Smoked Short Rib, Peri-Peri Roasted Whole Chicken, Beef Goulash, Steamed Sea Bass dan banyak lagi.
Hidangan sampingan untuk melengkapi hidangan yang sedia ada adalah Apple & Chestnut Stuffing, Brussel Sprout with Bacon, Herbed Potato Wedges, Creamy Garlic Mashed Potatoes, Smokey Gratinated Mushroom Ham Mac ‘n’ Cheese dan Steamed Crushed Potato yang akan menjadikan hidangan sempurna dengan hidangan Barat dan juga tradisi negara kita sendiri.
Nook’s Oven-Roasted Garlic Rosemary Whole Turkey
Menu Ayam Belanda Panggang juga tidak ketinggalan kerana ianya merupakan makanan signature bagi sambutan Natal. Untuk pengetahuan korang, Nook’s Oven-Roasted Garlic Rosemary Whole Turkey ini juga disajikan dengan pelbagai hidangan sampingan yang lain antaranya Prunes and Chestnut Stuffing, Giblet Gravy, Cranberry Sauce, Natural Chicken Jus, Mustard Potato Dauphin Oise, Grilled Pumpkin, Buttered Broccoli Polonaise, Braised Carrot in Orange Reduction termasuk juga Sauteed Brussel Sprout .
Sauteed Brussel Sprout
Selain makanan di atas, mereka juga turut menyajikan beberapa menu hidangan Asia yang lain seperti Stewed beef in Turmeric & Coconut, Prawns with Chilli Paste dan Stink Beans, Spicy Deep-Fried Fermented Bean Curd bersama Potato, French Bean bersama Dhall, Bhendi Kurma, Ghee Rice bersama Chick Pea, Buttered Prawn bersama Oats, Stir-Fried Beef bersama Chinese Barbeque Sauce, Fried Bamboo Shoot bersama Olive Leaves dan banyak lagi.
Di sudut pencuci mulut pula, tradisi manisan untuk sambutan natal seperti Apple Pie tidak dilupakan. Selain itu banyak lagi pilihan pie seperti Pumpkin, Pecan dan Lemon Meringue Pie. Anda juga boleh rasa pelbagai jenis kek yang sangat comel dan sedap seperti Chocolate Log Cake, Cappuccino Cheesecake, Butterscotch Trifle, Mixed Berry Pavlova, Sticky Toffee Pudding with Caramel Sauce, Strawberry Cheese Cake, Chocolate Mint Brownies, Citrus Profiterole, Black Forest Push Pops dan banyak lagi.
Nook’s Christmas Bufet akan mula disajikan pada 1 Disember 2017 sehingga 30 Disember 2017 dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Harga biasa RM118 nett per dewasa, manakala harga bufet di ambang Hari Natal pula adalah RM128 nett per dewasa.
Lokasi:
NOOK, Aras 1, Aloft KL Sentral,
No 5 Jalan Stesen Sentral,
50470 Kuala Lumpur, Malaysia.
Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut korang boleh terus hubungi +(60) 3 2723 1188 atau ke laman sesawang mereka di www.aloftkualalumpursentral.com.
8 Comments
Menarik ni. Mungkin boleh datang sini nanti.
ReplyDeleteadoihai..mengundang nya mknn dia.. nk mkn ke nk tgok.. syg nya cantik2
ReplyDeletemenariknya.. boleh la nanti cuba datang sana
ReplyDeleteNampak menarik dan sedap.... Betul² lari diet ni.. Hehehe..
ReplyDeletemenarik....
ReplyDeleteayam roasted dia..mengamcam
ReplyDeleteYa Allah... terus rasa lapar balik ni ha. Sedapnya. Gambar2 pun mengancam bang!
ReplyDeleteterliurnya tengok Turkey tuh! dapat satu ekor memang kenyang sampai raya puasa tahun depan..haha
ReplyDelete