Sempena cuti sekolah yang bakal tiba, Kota Keriangan Genting Highland bakal menjanjikan pelbagai tarikan dan hiburan yang cukup menarik buat setiap pengunjungnya. Pelbagai tarikan yang disajikan antaranya seperti menonton Teater Hikayat Raja Monyet, bergambar dengan patung Snoopy serata dunia, menemui dan beramah mesra dengan karakter Justice League dan banyak lagi.
Justice League DC Cosplay Gathering
Wow, Malaysia kini dilanda demam Justice League. Lima superhero (Justice League) bakal menemui korang di Aras 3, SkyAvenue bermula 10 hingga 26 November 2017. Inilah masanya untuk menemui watak kegemaran korang iaitu Superman, Batman, Wonder Woman, Cyborg dan Aquaman.
Terdapat pelbagai aktiviti diadakan antaranya:
1. Justice League Cosplay Gathering | Para pengunjung boleh menggayakan kostum mengikut watak pilihan yang digemari.
Bermula pada :
10 November hingga 12 November 2017 (Jumaat – Ahad)
17 November hingga 19 November 2017 (Jumaat – Ahad)
24 November hingga 26 November 2017 (Jumaat – Ahad)
2. Justice League Merchandise | Sambil berswafoto bersama adiwira, terdapat juga pelbagai barangan eksklusif Justice League yang terkini dan anda bolehlah memilikinya sebagai satu momento anda di SkyAvenue, Genting.
3. Tayangan Premier Filem Justice League | Pada 16 hingga 26 November 2017, Resorts World Genting akan menayangkan filem Justice League di PictureHouse Cinema di Aras 1, SkyAvenue.
Filem Justice League :
Watak Superman (Henry Cavill) setelah kematiannya ditangan Doomsday membuat Batman (Ben Affleck) mencari method baru dan mulai mengumpulkan team superhero untuk melindungi bumi dari berbagai macam ancaman. Bersama-sama dengan Wonder Woman (Gal Gadot), Cyborg (Ray Fisher), The Flash (Ezra Miller) dan Aquaman (Jason Momoa).
Teater Hikayat Raja Monyet
Teater Hikayat Raja Monyet yang bertajuk Tongkat Emas Sakti merupakan sebuah persembahan teater dari produksi luar negara (Nanjing Acrobatic Troupe)yang menjanjikan pengalaman mendebarkan dengan pertunjukan akrobatik yang menakjubkan dengan gabungan kesan khas 3D.
Raja Monyet adalah kisah mitos penggembaraan ke Barat dan ia merupakan salah satu novel klasik negara China yang paling popular. “Pengembaraan Raja Monyet : Tongkat Emas Sakti” akan bermula dari 11 November 2017 hingga 1 Januari 2018 pada jam 9 malam dan akan dipertontonkan di Genting International Showroom . Teater Hikayat Raja Monyet yang berdurasi 65 minit ini menceritakan kisah antara kuasa baik melawan kuasa kejahatan yang mampu menarik minat penonton. Teater Hikayat Raja Monyet ini juga akan dipertontonkan pada tarikh-tarikh terpilih pada pukul 4 dan 5 petang serta 8 malam.
Harga tiket untuk pertunjukan berharga RM176 (VIP), RM136 (PS1) dan RM96 (PS2). Ahli Kad Ganjaran Genting (GRC) akan menikmati diskaun sebanyak 10%. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-6101 1118 atau layari www.rwgenting.com.
Jelajah Dunia bersama Snoopy
Karakter animasi Charlie Brown dan anjingnya Snoopy merupakan sebuah lagenda bagi sesetengah orang termasuk saya. Walaupun ianya sudah cukup lama, watak dan ceritanya masih releven sehingga kini.
Kalau korang meminati Snoopy, jangan lepaskan peluang korang untuk menemui pelbagai karakternya di Resorts World Genting. Jadilah yang pertama menyaksikan Jelajah Dunia Pertama bersama Snoopy dari 52 buah negara (dengan ciri-ciri khas negara) termasuk Malaysia pada 1 November hingga 1 Januari 2018 termasuk perarakan dan pelbagai aktiviti menarik serta patung belon Snoopy setinggi 6 meter di SkyAvenue. *wow bunyinya seperti menarik bukan? Perarakan ini bakal menggegarkan puncak Resorts World Genting pada 25 November 2017 setiap hari di SkyAvenue dan Genting Grand.
Para pengunjung juga boleh bergambar dan berswafoto bersama patung Snoopy yang yang memperagakan kostum mengikut beberapa negara dan ia di pamerkan di SkyAvenue aras 3 dan First World Rainforest. Bakal memberi impak yang tak dijangka iaitu patung belon Snoopy setinggi enam meter akan dipamerkan di SkyAvenue, Aras 1.
Menikmati Menu Terbaru Di Motorino Pizza
Bagi penggemar makanan barat seperti Pizza, saya cadangkan untuk isi perut anda sebelum melakukan mana-mana aktiviti di atas di Motorino Pizza, SkyAvenue. Untuk pengetahuan korang, Motorino Pizza kini menawarkan menu terbaru mereka iaitu "Egg, Bacon & Chilli", "Lamb Sausage Calzone" dan "Fried Calamari".
Egg, Bacon & Chilli – Mozzarella / Pecorino / Egg / Beef Bacon / Basil / Olive Oil
Makan kenyang-kenyang di Montorino Pizza dan nikmatilah pengembaraan korang di Genting Highland sehingga maximum. Untuk maklumat lanjut mengenai Motorino Pizza ni, korang boleh layari laman sesawang mereka di www.motorinopizza.com atau menerusi update di social media mereka Instagram dan Facebook.
Jadi bagi korang yang tengah plan untuk bercuti tu, jangan lupa untuk masukkan Resort World Genting sebagai salah satu dari lokasi yang bakal korang pergi. Apa yang pasti, bukan hanya setakat ini sahaja hiburan yang mereka tawarkan. Selamat bercuti saya ucapkan.
8 Comments
Ramai orang masa tu tapi best. Yang paling best Acik dapat makan sotong goreng tepung kat Motorino Pizza hahaha
ReplyDeletesedap kan makan kt sana
DeleteYa Ampun ...bukan budak2 ja suka ni. Ty pun boleh teruja sat.
ReplyDeletejom naik genting
Deleteawww so cute Snoopy tu. Memang dah demam Justice League, mana-mana tempat pon haha
ReplyDeleteAlaaa bestnya! Nak pergi semua. Orang besar pun perlukan hiburan macam ni jugakkk
ReplyDeleteTak sempat wei...rasa cuti pendek sangat.
ReplyDeleteSnoopy tu is definitely the strongest reason until datang ke Genting. Alahai, comelnya. Confirm budak-budak suka.
ReplyDeleteOn top of that, Justice League cosplay and Teater Hikayat Raja Monyet pun not bad. At least terisi la percutian budak-budak bila bercuti ke sini. Nice one!