SEMAK DAN BANDING HARGA BARANG HARIAN DENGAN APLIKASI PRICE CATCHER


Salah satu dari langkah jimat belanja yang boleh diamalkan oleh suri rumah tangga khususnya dalam menguruskan bajet pembelian barang dapur khususnya adalah dengan perancangan awal dan melakukan senarai semak barang yang hendak dibeli sebelum keluar ke pasaraya atau market. Hal ini memang saya sendiri amalkan untuk mengelak dari berlakunya pembaziran ketika membeli belah barangan dapur khususnya. Selain daripada itu, ia dapat mengelakkan dari kita tercicir dari membeli barangan yang patut.


Memandangkan teknologi sudah semakin maju, semuanya boleh dikatakan mampu diselesaikan hanya di hujung jari. Demi memudahkan lagi pengguna di Malaysia ni untuk merancang perbelanjaan mereka, KPDNKK telah megambil inisiatif dengan mencipta satu aplikasi baru yang diberi nama PRICE CATCHER dimana ia dikatakan boleh membantu pengguna untuk mendapatkan maklumat dan membuat perbandingan harga bagi 6 kategori yang merangkumi 446 barangan keperluan harian di premis-premis terpilih.




SEBAB APLIKASI "PRICE CATCHER" DIWUJUDKAN

"Barang-barang keperluan negara ditawarkan oleh pelbagai pihak, harga ditentukan oleh permintaan pasaran, apabila barang berlebihan di pasaran maka harga akan jatuh. Manakala jika barangan kurang, maka sebaliknya akan berlaku. Oleh sebab itu, premis yang berbeza akan menawarkan harga yang berbeza, jadi sebagai pengguna yang bijak, pilihan dan keputusan yang tepat harus di buat. Dengan bantuan aplikasi ni, pengguna dapat membuat perbandingan harga dan mengetahui lokasi premis yang berhampiran dengan cepat dan mudah."

KELEBIHAN PRICE CATCHER


Antara KELEBIHAN yang korang boleh dapat jika memuat turun aplikasi PRICE CATCHER ni adalah seperti berikut :

  1. Maklumat terkini perubahan harga minyak.
  2. Carian harga barang mengikut kategori dan lokasi
  3. **Perbandingan harga (paparan harga disusun mengikut harga terendah ke harga tertinggi)
  4. Maklumat tunjuk arah ke lokasi premis (sycn ke waze atau google maps).
  5. Kongsi carian ke media sosial.

6 KATEGORI KEPERLUAN ASAS


Bukan semua barangan boleh diakses di menggunakan aplikasi PRICE CATCHER ini. Hanya 6 kategori utama keperluan asas sahaja yang mereka utamakan. Antara 6 kategori utama keperluan asas yang di maksudkan adalah seperti berikut:


  1. "Barang Segar" seperti ayam, daging, buah-buahan, makanan laut, syur-sayuran, telur dan mee kuning dan lain-lain.
  2. "Barangan Kering" seperti barangan kering ( agar-agar, asam jawa, bihun kering, garam halus, ikan bilis, sotong kering, udang kering), rempah ratus, cili, bawang, beras, ubi, kacang dan lain-lain
  3. "Barang Berbungkus / Tin / Kotak / Botol" seperti esen dan ragi, gula, ikan dalam tin, jem, kicap dan sos, minyak masak dan minyak sapi, roti, tisu, susu, tepung, santan kotak, jem, marjerin dan mentega, dan lain-lain
  4. "Barangan Kebersihan" seperti berus gigi, sabun, dan ubat gigi.
  5. "Barangan Susu dan Barangan Bayi" seperti susu bayi, makanan bayi dan lampin pakai buang.
  6. "Minuman" seperti bahan-bahan minuman ( horlicks, kordial, milo, nescafe quacker oats instant, teh dan lain-lain) dan minuman ( ali cafe tin, coca cola botol, soya kotak,  dan  lain-lain).

Tonton video dibawah untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan aplikasi ini.


Jadi apa tunggu lagi!!!! Jadilah PENGGUNA yang BIJAK dan berbelanja secara BERHEMAH dengan aplikasi PRICE CATCHER . Muat turun aplikasi ini secara PERCUMA di google play dan app store sekarang.

Post a Comment

8 Comments

  1. Uish.. Menarik apps ni.. Leh bandingkan harga tanpa perlu ke pasaraya ke pasaraya. Check je apps. Bolehlah jimat masa, duit dan tenaga

    ReplyDelete
  2. laaa.. baru tahu laa wehh.. kalau begini boleh banding hargalaa lepas ni kan.

    ReplyDelete
  3. Waaa mudahnya kalau ada apps ni. Senang nak banding harga.

    ReplyDelete
  4. menarik baru tahu mengenai aplikasi ini..lepas ni boleh banding harga

    ReplyDelete
  5. wah senang la kalau gini ... boleh bandingkan

    ReplyDelete
  6. Interesting! Betul, setuju sangat. Antara salah satu langkah nak jimat ialah kita check harga awal-awal supaya boleh buat perbandingan. Sekarang ni semua boleh buat di hujung jari - senang, jimat masa, jimat duit.

    Thanks for recommending this. Nampaknya wajib ada dalam telefon pintar setiap orang. Woot!

    ReplyDelete
  7. Bagus juga. Teliti dulu sebelum membeli. Teknologi yang bermanafaat.

    ReplyDelete