Upin Ipin merupakan karektor animasi yang cukup popular di kalangan kanak-kanak di Malaysia khususnya. Selain dari negara kita Malaysia, Upin Ipin juga turut popular dan menjadi perhatian masyarakat di negara jiran iaitu Indonesia.
Untuk menghargai peminat-peminatnya, Karnival Upin Ipin 2017 telah dilansungkan selama tiga hari bermula 24 sehingga 26 November 2017 dari jam 10 pagi hingga 10 malam bertempat di MAEPS Serdang. Saya dan beberapa orang rakan blogger lain turut tidak melepaskan peluang keemasan ni untuk merasai sendiri kemeriahan Karnival Upin Ipin 2017 ni. Jom kita tengok apa aktiviti yang ada dan kami sempat buat di Karnival Upin Ipin 2017 ni.
1. MELAWAT RUANG KERJA DAN SEBALIK TABIR PEMBIKINAN ANIMASI UPIN IPIN
Pengembaraan kami bermula di Dewan C, dimana ada menempatkan semua pencapaian Les' Copaque Production dalam membangunkan harta intelek animasi dibawahnya, antaranya seperti Upin dan Ipin, Pada Zaman Dahulu, Puteri dan lain-lain .
Pengunjung diberi peluang untuk melihat dan mendekati ruang kerja/ studio seperti department modelling VFX simulasi, animasi, audio & muzik serta render & kompositor. Disini pengunjung dapat melihat sendiri bagaimana proses keseluruhan yang mereka buat dalam menjayakan sesuatu animasi mereka.
Sebagai contoh proses menulis papan cerita, mereka karektor, dialog, sistem audio dalam animasi, dan sebagainya dikongsi dengan pengunjung yang hadir ke karnival ini. Apa yang lebih menarik, kanak-kanak yang hadir juga berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman dalam Studio Rakaman Suara Animasi.
2. MEZIARAHI RUMAH OPAH UPIN IPIN
Saya yakin, jika korang kesini tanpa masuk ke rumah Opah Upin Ipin ni mesti akan menyesal. Model Rumah Opah ni merupakan tarikan utama di Dewan C ni dan ianya dibuat dan dihias seakan rumah sebenar di dalam filem animasi Upin Ipin.
Inilah peluang korang nak tengok secara lansung bagaimana rumah sebenar Upin Ipin kan. Bermula dari ruang tamu tempat Upin Ipin tengok televisyen, bilik tidur Upin Ipin dan Opah, dapur dimana Opah dan Kak Ros masak dan juga keadaan sekitar rumah mereka. Anak-anak pasti teruja dengan persekitaran kampung sebenar yang cuba mereka pamerkan.
3. MENEROKA DUNIA SERAM "MAGIC PIN PIN POM"
Nenek-nenek si bongkok tiga
Siang mengantuk malam berjaga
Mencari cucu di mana ada
Nenekku kahwin dengan anak raja
Cucu-cucu tak dapat lari
Nenek tua banyak sakti
Sekarang juga nenek mencari
Siapa kena dia yang menjadi
AWAS!! pada mereka yang melihat kedalam cermin tua ni, nenek pasti muncul mencari. hehe
Kanak-kanak juga ada dunia misteri mereka, kita sendiri membesar dengan lagu misteri Nenek Si Bongkok Tiga ni dan setiap yang misteri itu ada kisahnya. Apa yang boleh saya kongsikan, ruangan MAGIC PIN PIN POM ni merupakan ruangan yang paling saya suka. *nak pula dengan cermin makeup kat atas ni. hehe
Cara persembahan yang cukup kretif dengan penyampaian dalam bentuk interaktif dan interaksi. Saya yakin anak-anak anda pun akan suka walaupun ada sedikit rasa mistik dan seram.
4. BERGAMBAR DI TADIKA MESRA
Mesti ramai yang dah tahukan bahawa Upin Ipin dan kawan-kawanya belajar di Tadika Mesra. Ruangan ni merupakan ruangan edukasi seprti di tadika diorang, selain mempunyai meja dan kerusi tempat beraktiviti, pengunjung juga boleh bergambar dengan mural seperti dalam gambar di bawah ni.
5. MENGEMBARA DI ALAM DINO
Bagi mereka yang sukakan dunia yang penuh pengembaraan, jangan lupa untuk ke ruangan Alam Dino. Pelbagai replika dinosaur berwarna warni pasti menjadi tarikan anak-anak korang.
Haiwan ganas dan besar pada asalnya menjadi cukup comel di Alam Dino. *saya sendiri rasa geram nak cubit-cubit je sekor-sekor sebab comelnya ya ampun. Alami sendiri pengalaman bergambar bersama beberapa karekter dinosaur yang cukup comel dan ianya bergerak dan mempunyai suara.
6. MENONTON WAYANG KULIT UPIN IPIN
Kebiasaannya kita pernah dengar dan tahu mengenai wayang kulit dari Kelantan sahaja kan. Untuk karnival Upin Ipin kali ni, kanak-kanak dapat melihat sendiri bagaimana persembahan wayang kulit yang diolah kepada penceritaan kanak-kanak Upin Ipin. *musik asal wayang kulit digunakan .
Persembahan wayang kulit ini dilakukan secara lansung disebalik tirai putih oleh tok dalang dan ahli musik yang bertanggungjawab. *kanak-kanak mesti suka !!
8. MELUKIS DAN MEWARNA DI DINDING UPIN IPIN
Aktiviti melukis dan mewarna merupakan salah satu aktiviti yang cukup digemari oleh kanak-kanak, nak pula kalau tempatnya di dinding kan! Disini juga mereka ada menyediakan satu sekyen khas untuk anak-anak meyumbangkan idea kretif mereka dalam menconteng dan mewarna. Jika anak-anak korang suka menconteng, inilah tempatnya!!!
9. MENONTON PERSEMBAHAN UPIN IPIN DAN KAWAN-KAWAN
Semua persembahan Upin Ipin berlansung di pentas utama yang berada di Dewan A. Dalam persembahan yang diorang buat juga ada melibatkan kanak-kanak yang dipilih secara rawak dari kalangan penonton yang hadir.
Selepas buat sketsa, kanak-kanak yang terlibat akan dapat cenderahati dari mereka. *memang terbaiklah. Selain dari persembahan Upin Ipin, persembahan Ultramen Ribut dan Puteri juga turut diadakan khas untuk pengunjung.
10. BERGAMBAR BERSAMA MASKOT UPIN IPIN
Selain dari menonton persembahan dari mereka, pengunjung juga berpeluang untuk bergambar dengan maskot Upin Ipin dan kawan-kawannya. Dan jika bernasib baik, pengunjung juga boleh bergambar dengan Ultraman Ribut dan Puteri.
Anak-anak pasti teruja dengan mereka. *jaga-jaga dengan telatah anak anda, jangan sampai seluar Upin Ipin terlondeh disebabkan mereka!! hahahahaha.
11. MILIKI CENDERAHATI UPIN IPIN
Bila dah selesai, mesti nak cari sesuatu untuk dibawa balik dan jadikan sebagai kenangan kan? Di penghujung Dewan A, mereka ada sediakan tempat untuk kita shopping cenderahati Upin Ipin.
Macam-macam ada seperti tabung Upin Ipin, Shampoo mandian Upin Ipin, anak patung Upin Ipin, t-shirt Upin Ipin dan banyak lagi. Apa yang saya lihat, cetakan design t-shirt mereka dibuat secara lansung selepas mendapat tempahan. Kalau nak cerita pasal kualiti tu memang tip top lah. Sehelai t-shirt dewasa hanya dijual RM15 sahaja manakala untuk t-shirt kanak-kanak pula RM 10 sehelai. memang laku habis.
Selain dari aktiviti-aktiviti di atas, sebenarnya masih banyak lagi aktiviti menarik lain yang saya tak sempat kongsikan dalam atrikel kali ni. Kalau nak bercerita tentang crowd yang hadir, ianya cukup lumayan. Ada diantara mereka sanggup beratur lama semata-mata untuk dapatkan tiket dan hiburkan anak-anak mereka. Apa yang saya boleh katakan ianya merupakan pengalaman yang sangat best. Walaupun seharian di Karnival Upin Ipin 2017 ni rasanya tidak puas dan ianya cukup berbaloi. Insyaallah kalau Karnival Upin Ipin dibuat lagi pada 2018 akan datang, saya dan rakan-rakan pasti akan kembali. *hope kita dapat bertemu lagi ya Nenek. hehehe!
HARGA TIKET MASUK KE KARNIVAL UPIN IPIN 2017
Untuk tidak membuang masa, anda dinasihatkan untuk membeli tiket masuk secara online di upinIpinstore.com . Walaubagaimana pun, tiket masih boleh dibeli secara manual di pintu masuk Dewan C ketika hari karnival.
Untuk pengetahuan korang, kanak-kanak berumur bawah 6 tahun, warga emas dan orang kelainan upaya dapat masuk ke Dewan A & C secara PERCUMA . Bagi mereka yang mampu, boleh beli pas VIP untuk mendapat privilege, seperti short cut ke Rumah Opah, Green Boom (sesi potografi), tabung Upin Ipin dan peluang sesi temu mesra bersama maskot Upin Ipin / Ultraman Ribut / Puteri.
Nak tengok gambar sepanjang karnival yang dikongsikan oleh pengunjung boleh cari di hashtag #KarnivalUpinIpin .
Jangan lupa follow Upin Ipin di social media akaun mereka :
Facebook : www.facebook.com/upinipinofficial
Instagram : www.instagram.com/upinipinofficial
6 Comments
Madi dh tanya ke bila upin ipin nak masuk darjah 1? Lama betul diorang tadika..hahahha
ReplyDeletexsempat nak tanya. hahahaha
Deletebest giler..tapi tak sempat pergi
ReplyDeletetakpe tunggu next year hehehe
DeleteWahhh menarik betul! Rugilah tak pergi!
ReplyDeleteTak boleh nak pergi tahun ni sebab ibunya sarat pregnant, tunggu tahun depan pulak lah anak-anak nih
ReplyDelete