BABA'S satu jenama yang cukup popular dengan dunia makanan di Malaysia ni. *tipulah kalau ada yang kata diorang tak pernah dengar ataupun tahu tentang jenama besar ni kan. Walaupun banyak saingannya, jenama BABA'S tetap menjadi pilihan dan teguh dalam pasaran Malaysia ni.
Walaupun sudah popular, BABA'S tetap menghargai peminat dan pelanggan mereka dengan pelbagai kempen berkaitan. Kini sempena ulangtahun ke-40 Baba's, mereka telah menyediakan pelbagai jenis kempen dan juga acara seperti logo Baba's diletakkan di badan kapal terbang AirAsia, 50 tiket ke Gold Coast, Australia juga diberi kepada followers setia facebook Baba's untuk sambutan tahun baru. Untuk pengetahuan korang, BABA'S juga merupakan salah satu dari penaja global untuk siri rancangan realiti TV Bigg Boss musim pertama di VijayTV dan juga penaja untuk program mencari bakat, Million Dollar Feet yang diharapkan akan memberi peluang kepada dua remaja Malaysia untuk meneruskan karier bolasepak di bumi Eropah.
Selain dari tu, BABA'S juga telah mengadakan rancangan pertandingan memasak yang diberi nama Versus 1001 Rasa Baba's yang akan ditayangkan di TV3. Rancangan ini akan di hostkan oleh 2 selebriti chef yang cukup popular di malaysia ni iaitu Chef Dr. Kamarul dan Chef Adu. Pertandingan ni diberi sentuhan dengan sedikit kelainan di mana peserta akan menerima arahan dari Mentor untuk bertanding dengan pihak lawan. Masa yang diberi untuk memasak cuma 30 minit dengan menggunakan bahan yang disediakan sahaja. Paling mencabar bila ada pula Mentor di depan peserta yang akan memberi arahan sahaja tanpa boleh membantu dari segi fizikal. *30 minit dengar bebelan dari mentor la ye. haha.
Untuk pengetahuan korang, pertandingan Versus 1001 Rasa Baba's ni memilih juri dari kalangan editor kulinari dan juga food blogger. Antara salah seorang dari mereka adalah food blogger famous iaitu saudara Mahamahu. *agak-agak telus tak ni? eh gurau je hahahaha. Dengar khabar Top 4 resepi terbaik akan ke peringkat terakhir dan berpeluang untuk memenangi hadiah utama bernilai RM10,000. *wowww bestnya, rugi tak cuba nasib kan. Tapi dengar khabar untuk penonton pun ada juga peluang untuk memenangi hadiah wang tunai dan hadiah lain yang menarik. Cuma perlu follow Facebook Baba's dan ikut arahan serta syarat yang dinyatakan kat situ. *jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang ni. hehe
MAJLIS PELANCARAN RANCANGAN VERSUS 1001 RASA BABA'S
Sebagai memperkenalkan rancangan ini kepada umum, Majlis Pelancaran Rancangan Versus 1001 Rasa Baba's telah berlansung di Empire Hotel Subang baru-baru ni. Dalam majlis tersebut, mereka telah memperkenalkan barisan pengacara dan juri-juri yang terlibat dalam rancangann tersebut.
HIDANGAN DARI BABA'S
Selain dari itu mereka juga turut mengadakan demo pertandingan memasak yang melibatkan para media yang hadir. Kami juga dijamu dengan beberapa hidangan pilihan dari menu yang dipertandingkan di dalam rancangan tersebut iaitu :
Stu Kari Makanan Laut Berempah_Kredit foto: www.dikbee.com
Kek Keju Labu Kesari_Kredit foto: www.dikbee.com
Kepada semua pembaca jangan lupa saksikan Rancangan Versus 1001 Rasa Baba's di TV3 setiap hari Khamis, jam 5:35 petang bermula 26 Oktober 2017 dan siaran ulangan setiap hari Isnin, 5:35 petang bermula 30 Oktober 2017.
17 Comments
Tak sabar nak tengok verrsus 1001 rasa ni.. ada macam hell kitchen tak..??
ReplyDeletetu kita kena tunggu n lihat hehehe
Deletetak sabar la nak tengok sebab ada blogger Maha jadi juri.. hehehhe
ReplyDeleteya betul tu, x sabarnya
Deletemenarik juga konsepnya. cuma nak tanya, adalah Ahmad Fauzi Aryaan juga salah seorang peserta VERSUS 1001 RASA BABA'S. saya fans beliau.
ReplyDeleteoh tidak wak, beliau hanya peserta pentgas sahaja hehehe
DeleteUish... dah 40 tahun rupa-rupanya Baba's ni... terngiang-ngiang lagu komersial Baba's kat telinga kita ni... Siapalah pemenang 10,000 tu nanti kan?
ReplyDeleteha kalau nak tahu kena tengok sampai habis la kan hehe
DeleteWah menarik ni..hadiah dia lumayan betul..memasak bukan senang..okla tu..nak tengok
ReplyDeleteya betul tu, memasak bukan senang
DeleteBabas menjadi pilihan! Dari dulu lagi.. Nak2 kari! Tapi tak sangka dah 40yrs rupanyaaa
ReplyDeletedah lama kan. saya pun x sangka dah 40 tahun
DeleteDari dulu mmg suka tgk rancangan masak memasak ni. Tp sejak dah dewasa ni, jarang sgt tgk tv sbb sibuk kerja. Nak cari apa2 resepi, google je skrg 😁
ReplyDeletetakpe nnti ada masa leh la tgok rancangan ni ya
DeleteProduct Baba's memang best..akak suka tgok rancangan masakan..tp yg ni x pernah tgok lagi
ReplyDeletejom tengok ramai2
DeleteTahniah rakan2 blogger yg terpilih jdi contestant. Enjoy the moment ;)
ReplyDelete