BRUNCH BERKONSEPKAN MAKANAN ITALI ASLI DI SHERATON IMPERIAL KL


LUNCH BERKONSEPKAN MAKANAN ITALI ASLI DI SHERATON IMPERIAL KL | Baru-baru ni berpeluang untuk merasai sendiri keunikan menu makan tengahari berkonsepkan Itali di Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur. Apa yang boleh dibanggakan disini, menu yang dihidangkan adalah betul-betul asli Itali dan tidak sama sekali diolah mengikut selera setempat (Malaysia).


DEKORASI VILLA DANIELI BERKONSEPKAN ITALI | Hidangan Itali ini dihidangkan di sebuah restoran Itali yang pernah mendapat anugerah dinamakan Villa Danieli. Susunan dekorasi luar dan dalam termasuk keseluruhan suasana Villa Danieli cukup membawa hati setiap pelanggan mereka terbang jauh ke Negara Itali.


Phone : +603 2717 9922 , +6032717 9900 

MAMMA MIA ITALIAN BRUNCH | Memandangkan ini merupakan kali pertama saya makan makanan selera Itali, jadi banyak hal yang kena belajar khususnya dari segi selera dan makanan rutin mereka.


Dari jauh lagi sudah kelihatan kegebuan hidangan pizza seolah-olah sedang menunggu kehadiran kami. Orang kata Pizza ni cukup sinonim dengan orang itali. Jadi memang sah lah menu brunch kami untuk kali ni menu Itali. *wow memang excited lah.


Untuk pengetahuan korang semua MAMMA MIA ITALIAN BRUNCH merupakan hidangan berkonsepkan buffet. Tapi apa yang menariknya, untuk hidangan main utama mereka pelanggan perlu oder dan akan dihidangkan seakan hidangan ala-cart. Ini adalah semata-mata untuk menjaga kualiti hidangan tersebut supaya setiap pelanggan dapat menikmati setiap hidangan seperti yang sepatutnya.


Tapi korang tak perlu risau kerana, jumlah oder tiada terhad dan anda boleh oder berulang kali dari jam 12 tengahari sehingga jam 3 petang. *macamana best kan, memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan iaitu RM148 nett/dewasa dan RM74 nett/kanak-kanak (9-12 tahun).

Grilled Octopus with Cherry Tomato Basil Salad

Whole Sea Bass Mediterranean Style

Banyak lagi hidangan Itali menarik yang boleh korang cuba dari hidangan utama sehingga pencuci mulut mereka. Pelanggan juga turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari artis berbakat yang bersuara hebat dengan lagu-lagu english. 


MAMMA MIA ITALIAN BRUNCH

Harga : RM121 nett/dewasa, RM60.50 nett/kanak-kanak (9-12 tahun) - termasuk coffee dan teh
Masa : Setiap Ahad ~ 11:00am to 3:00pm

Lokasi : Villa Danieli, Sheraton Imperial Hotel KL

Post a Comment

23 Comments

  1. Tertanya-tanya pula saya, sedap ke masakan sesungut Octopus tu? Kanak-kanak bawah 9 tahun free ya? Uish.. .berbaloi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu kena datang rasa sendiri hehehe. haah wak bawah 9 tahun free

      Delete
  2. Menariknya grilled octopus tu, hahah

    ReplyDelete
  3. Class sekarang makan makanan Itali "Come c'è il cibo" tiba boleh cakap Italiano lak wakakaka. Nampak sedap dan menyelerakan pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya wak, yang pernah rasa je tahu. eh hehehe

      Delete
  4. serius nampak mewah sangattt tempat nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya wak. tak perlu pergi italy kat sini dh ada

      Delete
  5. Akak suka grilled octopus tu....

    ReplyDelete
  6. makan tempat gini, kalau sesorang, takde maknanya..lain la kalau bawak awek ke,tunang ke,isteri ke..mana..bro?hehe

    ReplyDelete
  7. alamakkk.. Nak juga laa pergi sini.. rasa teringin lah pula..

    ReplyDelete
  8. nampak mewah dan classy. takde rejeki nak pergi hari tu haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya wak. mungkin rezeki awak di tempat lain Insyaallah

      Delete
  9. bestnya makan. buffet tapi serve a la carte, setiap hidangan mesti puas hati ;) tak la rasa macam nasi "kawah" ye tak?

    #TheRealBloggerMak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis, ni kira rare la. yang penting berbaloi

      Delete
  10. pizza asli itali mesti mantap!

    ReplyDelete