AKTIVITI HUJUNG MINGGU SIXTH MILES TUNNEL DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK


Lost World of Tambun cukup sinonim dengan lokasi percutian berkonsepkan taman tema. Tapi korang perlu tahu bahawa, selain tarikan taman tema dan kehidupan suasana malam hot spring nya, mereka ada menawarkan tarikan lain seperti kemudahan aktiviti team building.

TRAVEL RECOMMENDS : SEWA POCKET WIFI


Apa yang lebih menarik, korang boleh isi hujung minggu korang dengan aktiviti meneroka Sixth Miles Tunnel (6th Miles Tunnel) yang sangat mencabar dan menyeronokkan. Nama Sixth Miles Tunnel ini diambil sempena jarak perjalanan di dalam terowong sepanjang 6 batu. Perjalanan 3 batu pergi dan 3 batu balik ini sudah semestinya cukup menyeronokkan jika dilakukan bersama-sama kawan-kawan yang sporting. Kali ni saya bersama 10 lagi rakan blogger lain bersama-sama menyahut cabaran Sixth Miles Tunnel ni.


SEJARAH SIXTH MILES TUNNEL

Terowong yang kami lalui sepanjang 6 batu ini terletak di bawah bukit batu kapur yang mana pada asalnya telah dijadikan sebagai terowong jalan pintas untuk pelombong bijih timah pada masa dahulu ke seberang bukit. Selepas itu, ia dikatakan telah dijadikan sebagai tempat persembunyian tentera komunis dan tempat strategik untuk menyerang hendap askar Melayu mahupun masyarakat setempat.


Sebelum cabaran dimulakan, kami telah diberi taklimat tentang keselamatan oleh marshal yang bertugas. Selain daripada itu, kami juga telah dibekalkan dengan beberapa peralatan keselamatan seperti topi keselamatan, lampu kepala, vest keselamatan, sebotol air mineral dan chocolate bar. Untuk pengetahuan korang perjalanan pergi dan balik kami akan mengambil masa selama 4 jam.  Maka, air mineral dan chocolate bar sangat penting untuk mengisi perut jika lapar.


Perjalanan kami dimulakan dengan merentasi Tasik Boga sehingga tiba di sebuah kawasan perumahan. Dari sana kami akan menuju (jalan kaki) ke tapak aktiviti Xtreme yang mana terletaknya Sixth Miles Tunnel tersebut. Jarak dari tasik tempat dimana kami mendarat ke tapak aktiviti Xtreme tersebut dianggarkan dalam 300 meter je. *tak jauh sangat pun. Memandangkan lokasi kami di kawasan perumahan orang, kami dinasihatkan supaya tidak membuat bising.


Untuk pengetahuan korang  tapak aktiviti Xtreme tersebut ada menyediakan kemudahan chalet khas untuk para pengunjungnya. Selain dari itu, mereka juga ada menyediakan kemudahan bilik air yang cukup besar, tapak aktiviti untuk wall climbing dan macam-macam lagi.


AKTIVITI SIXTH MILES TUNNEL

Cabaran pertama sebelum kami merentasi Sixth Miles Tunnel adalah kami perlu melintasi paya berair kurang dari 100 meter. Nampak senang, tapi kami perlu apungkan diri di dalam paya tersebut kerana dasarnya adalah berlumpur.


Apa yang dikhuatiri, jika tersalah langkah kaki kami akan tersangkut dan sukar untuk bergerak. *jadi cara selamat untuk kami melintasi paya tersebut adalah adalah dengan cara mengapungkan diri. Ia tidak terlalu susah kerana sepanjang paya itu kami akan berenang berpandukan tali yang telah disediakan.


Memandangkan aktiviti ni melibatkan air dan sebagainya, saya sendiri nak nasihatkan korang yang nak cuba aktiviti ni nanti untuk memakai pakaian yang bersesuaian, kasut getah, tidak membawa telefon bimbit, dan peralatan-peralatan lain yang tidak kalis air.


Kami dikhabarkan bahawa sepanjang perjalanan kami akan bakal menempuh laluan berair. Dari awal perjalanan kami hanya melalui air yang cetek dan rata. Kemudian, jalan yang kami tempuhi mula sukar berbatu-batu dan air mula meningkat hingga ke paras perut. Marshal juga telah menasihatkan kami agar tidak sesekali menyentuh sesetengah bahagian dinding gua kerana dikhuatiri akan merosakkan pertumbuhan dan perkembangan kristal.


Korang juga boleh melihat dinding gua yang berkaca yang dipanggil stalagtite dan stalagmite. Di sepanjang terowong tersebut ada ketikanya korang akan melihat batu-batu disusun cantik tersusun pada dinding gua. Ia adalah hasil kerja pelombong-pelombong bijih timah lama sewaktu menggali terowong berkenaan dan memastikannya lebih kukuh dan kuat dari dalam. Selain dari menjaga kepala dan tangan supaya tidak terhantuk dan terpegang kristal yang dimaksudkan, kami jugak perlu jaga setiap langkah kami kerana jalan berbatu yang kami lalui cukup mencabar. *hati-hati kalau tidak boleh terseliuh.


Setelah berjalan merentasi terowong sejauh 3 batu, maka akhirnya kami sampai ke hujung terowong.  Sambil berehat untuk minum dan makan bekalan yang kami bawa, kami dikhabarkan bahawa tidak jauh dari situ ada air terjun. Disini juga kami dapat melihat sendiri beberapa bukti barang peninggalan dan barang-barang lama seperti pasu dan tembikar di sekitarnya.


Setelah berehat dan mengambil gambar permandangan sekitar, kami bergerak pulang mengikuti jalan yang sama kami lalui pada awalnya tadi. 


Alhamdulillah, walaupun pada awalnya pelbagai alasan diberikan kerana tidak mahu melakukan aktiviti ni. Akhirnya, dengan bantuan semangat dari kawan-kawan lain dan dengan bimbingan marshal yang cukup professional, saya, Rafzan Tomomi dan rakan-rakan lain berjaya meyelesaikan aktiviti ini dengan jayanya.


Jadi kepada sesiapaberminat dan ingin cuba sendiri meneroka Sixth Miles Tunnel, boleh lah rujuk atau layari maklumat yang tertera di bawah :

Post a Comment

4 Comments

  1. menariknyaaa aktiviti,rindu nak beroutdoor aktiviti cam ni,tunggu anaak besar dulu la hehehhee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti dah besar keluar satu lagi pulak, eh hehehe

      Delete
  2. Best aktiviti tuk buat kt LWOT

    ReplyDelete