Siapa yang tak teruja dengan kehebatan yang ditawarkan oleh telefon pintar HUAWEI P10 / P10 Plus kan. Memandangkan kelebihan yang ada pada Telefon pintar ini sangat memenui kriteria kehendak dan keperluan kerja saya, maka tak rugi kalau saya sendiri memilikinya.
Hapir 4 bulan saya memiliki telefon pintar HUAWEI P10 dan setakat ni tiada masalah besar yang saya hadapi melainkan ianya cepat panas kerana bodynya adalah steel. Tapi itu tidak menjadi masalah kerana ianya juga dilengkapi teknologi yang cekap (cepat sejuk).
Saya terlalu selesa dengan storage dan aplikasi kamera yang dimiliki oleh telefon pintar ni sehinggakan hanya menfokuskan pada prestasi aplikasi tu sahaja. Lama-kelamaan setelah saya mula explore satu persatu, saya mula perasan akan satu masalah yang boleh buat saya stress selagi ia tidak dapat di selesaikan.
MASALAH AUTO FORCE HUAWEI P10 / P10 PLUS
Masalah AUTO FORCE HUAWEI P10 ini berlaku apabila saya memasuki sesuatu aplikasi seperti Facebook contohnya, dan stay pada masa melebihi beberapa minit membuatkan ianya auto closed serta-merta. Perkara yang saya biasa hadapi adalah ketika menonton video di halaman page facebook, belum sempat beberapa minit dia sudah auto keluar ke home telefon.
Masalah ini juga berlaku apabila saya buat Facebook live atau Instagram Live. Pendek kata, kalau saya stay lama di mana-mana halaman aplikasi masalah ini pasti akan berlaku.
SOLUSI AUTO FORCE HUAWEI P10 / P10 PLUS
Setelah mencari jalan penyelesaian bagi masalah AUTO FORCE HUAWEI P10 ni, saya telah menemui solusi tebaik untuknya. Hanya dengan 4 step ringkas, masalah auto forced pada aplikasi telefon pintar korang akan selesai. Antara langkah-langkah untuk solusi itu adalah seperti berikut:
- Langkah 1: Klik pada ikon SETTING yang berada pada bahagian atas sebelah kanan telefon
- Langkah 2: Klik pada Battery
- Langkah 3: Klik pada ikon SETTING pada bahagian atas sebelah kanan.
- Langkah terakhir, korang hanya perlu tick pada ruangan "Close excessively power-intensive apps" yang bertanda biru. Selepas itu, masalah ini tidak lagi akan berlaku.
Semoga perkongsian ini dapat membantu menyelesaikan masalah yang telah korang hadapi tentang AUTO FORCE HUAWEI P10. Selamat mencuba kepada semua.
4 Comments
ooohh ini yang awak cakap hari tu. okay dah setting. thanks :D
ReplyDeleteLisa pernah kena time online kat android note 3 . bencik auto force closed. rasa nak tampo2 je
ReplyDelete...
Tq awak
ReplyDeleteGood info
Good info. Tq so much.
ReplyDeleteBtw, sy ada masalah ngan camera focus. Camera sy blurr even dh focus. Any solution?