SAMBUT BIRTHDAY DI VE HOTEL & RESIDENCE BANGSAR


SAMBUTAN HARI LAHIR DI HOTEL MEWAH | VE HOTEL & RESIDENCE | Tahun ni kami plan untuk buat suprise hari jadi berbeza dari tahun-tahun sebelum ni. Kalau tahun sebelum ni kami biasa buat di restoran, pada tahun ni kami telah buat di VE Hotel & Residence yang berada di Bangsar South Kuala Lumpur. *bukan di restoran mereka tau, tapi di unit apartment residence diorang. Sebelum tu jom kita tengok apa yang bestnya dekat VE Hotel & Residence ni.


RUANG TAMU DAN DAPUR | Bahagian ruang tamu lengkap dengan set televisyen termasuk meja dan sofa. Bukan itu sahaja, apartment residence ini juga lengkap dengan ruang dapur dan kelengkapan memasuk termasuk peti sejuk, meja makan dan termasuklah mesin basuh baju. *memang sesuai sangat untuk mereka yang berkeluarga.


BILIK TIDUR DAN BILIK AIR | Apartmen residence di V E Hotel & Residence yang kami sewa ni mempunyai dua bilik berhawa dingin lengkap dengan katil saiz king bersama televisyen di setiap bilik. *memandangkan lelaki hanya 5 orang, memang lebih pada muatlah kan.

Bila stay ramai-ramai ni bilik air pun kenalah banyak kan. Nasib baik unit apartment yang kami stay ni ada 3 bilik air - dalam bilik setiap satu dan diluar bilik. Selain itu, terdapat juga partisyen yang mana dilengkapi pulak dengan alatan macam pengering rambut, set seterika, hanger, meja solek dan peti keselamatan.


KEMUDAHAN GYM DAN KOLAM RENANG | Kami juga berpeluang untuk menikmati kemudahan-kemudahan lain yang disediakan di V E Hotel & Residence ni, antaranya kolam renang infiniti, gimnasium yang dibuka 24 jam sehari dan kemudahan Bilik Sauna.


Untuk pengetahuan korang, kejutan sambutan hari lahir kali ni adalah untuk Penaberkala & Yazid Izzat. *Happy Birthday korang!! Terima kasih untuk persahabatan kita.

SAMBUTAN HARI LAHIR DI HOTEL MEWAH | VE HOTEL & RESIDENCE



HARGA | Bagi korang yang nak stay di apartment di V E Hotel ni, diorang ada 2 jenis unit iaitu One bedroom Executive dan Two bedroom Executive.

Harga Bilik V E Hotel & Residences

One bedroom Executive - RM392+ per/malam 
Two bedroom Executive - RM488+ per/malam

Untuk maklumat lanjut mengenai V E Hotel & Residence, sila layari : 

Laman Web V E Hotel & Residence:
www.vehotel.com

E-mel V E Hotel & Residence:

Facebook Rasmi V E Hotel & Residence :
https://www.facebook.com/VEBangsarSouth/

Instagram Rasmi V E Hotel & Residence :
https://www.instagram.com/vebangsarsouth/

Alamat V E Hotel & Residence:
V E Hotel & Residence,
Bangsar South City,
No. 8, Jalan Kerinchi,
59200 Kuala Lumpur.

Nombor Telefon V E Hotel & Residence:
+603 2246 2888

Post a Comment

4 Comments

  1. Best jugak kan..kira mcm privacy skitlah kan..

    ReplyDelete
  2. Happy birthday utk 2 birthday boys Tu. Mmg happening lah hotel ni mmg mewah. Seronok pergi dgn geng

    ReplyDelete