Seperti yang sedia kita tahu bahawa, thailand merupakan salah sebuah negara di asia tenggara yang menjadi jiran paling dekat dengan Malaysia selain negara Indonesia dan Singapura. Memandangkan Malaysia mempunyai pelbagai kaum dengan pelbagai kepercayaan dan agama, ianya menjadikan kita lebih mudah untuk menerima percampuran pengaruh-pengaruh lain ke dalam masyarakat kita.
Makanan dan citarasa menu Thailand bukanlah sesuatu yang asing di dalam masyarakat kita sendiri, malah ada diantara kita telah menjadikannya sebagai sebahagian dari makanan favourite dan harian keluarga.
Makanan Thailand sangat terkenal dengan keseimbangan rasa pedas, masam dan manis. Ini tidak dinafikan dengan menu-menu popular mereka yang sangar digemari oleh rakyat kita di Malaysia seperti, somtam, ikan masak stim dan sebagainya.
KAISAR THAI RESTAURANT | Tidak menjadi masalah bagi korang yang berada di Kuala Lumpur untuk mendapatkan makanan thai. Antara salah satu restoran yang saya syorkan untuk anda dan keluarga pergi adalah di Kaisar Thai Restaurant yang berada di Petaling Jaya. Kenapa saya syorkan anda untuk datang dan menikmati menu thai di sini adalah kerana 5 jenis makanan ini.
1# BUTTER PRAWN | Tengok foto sudah boleh agak macamana rasanya. Butter prawn floss bersarang ini adalah menu wajib cuba di Kaisar Thai Restaurant . Kehalusan dan kesedapan topping floss bersarang bersama butter prawn ini sangat boleh dipuji. *silap hari bulan floss bersarang akan habis sebelum udangnya.
1# BUTTER PRAWN | Tengok foto sudah boleh agak macamana rasanya. Butter prawn floss bersarang ini adalah menu wajib cuba di Kaisar Thai Restaurant . Kehalusan dan kesedapan topping floss bersarang bersama butter prawn ini sangat boleh dipuji. *silap hari bulan floss bersarang akan habis sebelum udangnya.
2# TOMYAM POKTEK | Secara jujurnya, ini merupakan kali pertama saya mencuba menu Tom Yam PokTek ni. Bagi mereka yang gemar makanan thai sudah semestinya cukup biasa dengan menu ini. Tomyam Poktek mempunyai kuah berwarna putih berbanding Tomyam Seafood yang biasa.
3# SOTONG STIM LIMAU | Jarang kita tengok sotong dimasak secara stim seperti ini. Menu ini dihidangkan panas-panas diatas plat besi dimana dibawahnya disokong oleh api. Ianya bukan sekadar Sotong masak stim limau biasa kerana, ianya merupakan sotong besar yang mana di dalamnya disumbat dengan beberapa bahan lain seperti soun dan ayam. *tengoklah sendiri pada kuahnya, pasti korang pun dapat membayangkan rasa kombinasi hebat masam pedasnya.
4# TELUR GORENG KAISAR | Walaupun dari luar ianya kelihatan seperti telur goreng biasa, rasanya sangat sedap kerana badan utamanya dicampur dengan daging lembu. Bagi mereka yang tidak menggemari daging lembu, korang boleh meminta supaya ianya ditukar dengan daging ayam. Sangat enak jika dimakan panas-panas. *sekali masuk mulut mesti tidak boleh berhenti menguyah.
5# SEAFOOD LONGGOK | Bagi korang yang menggemari makanan berkongsepkan "Shell Out", korang harus mencuba menu Seafood Longgok yang mereka tawarkan. Tawaran Seafood Longgok ini hanya pada hujung minggu sahaja iaitu bermula pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Untuk harga promosi cuma RM45 sahaja termasuk Seafood Longgok 2 orang makan, 2 pinggan nasi dan 2 air jus.
Ada banyak lagi menu thai yang menarik dan sedap yang korang boleh dapat di sini seperti daging bakar, siakap dua muka dan pulut mangga sebagai pencuci mulut wajib. *jom kita tonton video kami sedang menjamu selera di bawah ni.
Bagi korang yang ingin mencuba sendiri keenakan menu masakan Thai di sini, bolehlah membuat tempahan ataupun walk in je ke alamat :
Kaisar Thai Restaurant
Lot 22-1 & Lot 23-1
Jalan PJS 2/16A, Taman Maju Jaya
46000 Petaling Jaya, Selangor
FACEBOOK : Kaisar Thai Restaurant PJ
INSTAGRAM : Kaisar Thai Restaurant PJ
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat (2pm - 1am)
Sabtu & Ahad (12pm - 12am)
6 Comments
Tengok udang tu memang sangat mengancam.... Hhmm... merecikkk
ReplyDeleteya betul tu. tu belum rasa lagi kan. hehehe
Deletenampak menyelerakannnnn... ! madi lanje lisa pleasee ehahhaa
ReplyDeletealaaaa. kita pulak kena lanje dia. eh huhuhu
Deleteterimakasih atas informasinya, jangan lupa kunjungi
ReplyDeletehttps://goo.gl/H1aMqm
Seronoknya dapat makan macam-macam! Tom Yam Poktek tu ada bau seafood tak (hanyir)?
ReplyDelete