Majlis perkahwinan secara beramai-ramai? *wow bunyi gah kan? Siapa disini pernah menghadiri majlis perkahwinan seperti ini, atau mengalaminya sendiri sebagai pasangan yang dirai? Mesti meriah bukan?
Baru-baru ini saya sendiri telah berpeluang menghadiri jemputan kenduri di Mega Wedding Malaysia 3.0 dimana Majlis Perkahwin ini telah meraikan seramai 10 Pasangan Secara Eksklusif Di Malaysia di Marina Putrajaya.
Untuk pengetahuan korang semua, Malaysia Wedding Festival (MEFA) telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan acara Mega Wedding Malaysia, 10 pasangan pengantin buat kali kedua (pertama kali dibuat pada tahun 2017) yang gemilang mengikut lunas Islam. Apa yang menariknya, majlis anjuran Mega Wedding Malaysia ini dapat membantu pasangan mempelai untuk melalui saat-saat yang indah lagi meriah dengan bajet yang rendah dan sekaligus menjimatkan kos perkahwinan mereka. Pakej yang ditawarkan oleh Mega Wedding Malaysia sudah semestinya serba lengkap dari sesi persolekan di Cruise Putrajaya, majlis pernikahan di Masjid Putrajaya hingga ke makan beradab dan majlis resepsi yang meriah di Marina Putrajaya.
Tujuan utama Mega Wedding Malaysia adalah untuk membantu pasangan pengantin meringankan bebanan belanja perkahwinan tetapi masih dapat melalui pengalaman yang indah dan tidak mudah dilupakan. Majlis perkahwinan yang bertemakan 'Perkahwinan Taman Di Tepi Tasik' ini hanya berharga RM7,000.00 untuk setiap pasangan yang diraikan.
Dengan harga RM7000, pasangan pengantin akan mendapat pakej yang sangat berbaloi seperti :
- 200 pax jemputan untuk setiap pasangan
- Menu Katering istimewa
- Live show daripada band terpilih
- Deejay Jemputan dan PA System
- “Door Gift” untuk setiap tetamu
- Videografi dan Fotografi merangkumi seluruh perjalanan acara
- Liputan khas daripada media
- Hadiah misteri daripada pelbagai penaja istimewa
- Cruise istimewa sepanjang Tasik Putrajaya untuk setiap pasangan
- Pelamin Eksklusif istimewa
- Pelamin Nikah di dalam Cruise
- Pengurusan majlis nikah di Masjid Putra, Putrajaya
- Percuma Kad Kahwin untuk setiap jemputan para pasangan
- Kek Kahwin untuk semua pasangan
- Penginapan Hotel (untuk satu malam) di Shangri-La Putrajaya (5 Bintang)
Jika majlis ini dilakukan secara persendirian, ianya pasti akan memakan belanja mencecah angka yang lebih tinggi.
Majlis ini telah disempurnakan oleh beberapa penganjur bersama iaitu Qistina Avenue Events Management Sdn Bhd dan Mahligai Catering Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI Putrajaya. Antara penaja yang terlibat untuk Mega Wedding 3.0 ini ialah Ampire Events, Eddie Photo Video, Yann Rifft Team (Makeup), Coffee Corner Faizal Azzuuri, Fynaz Wedding Favors, Butik Norjuma, Masjid Putra, Putrajaya, Shangri-La Putrajaya, Marina Putrajaya dan Cruise Tasik Putrajaya.
Untuk maklumat lanjut mengenai Mega Wedding Malaysia 3.0 korang boleh terus berhubung dengan penganjur di :
0 Comments