Sebelum ni saya pernah membuat satu artikel berkenaan SET TRAVEL PRODUK HIMALAYA MEMUDAHKAN untuk dibawa ke luar negara, sempena percutian saya di Laos. Untuk artikel kali ini, saya nak berkongsi pula produk Himalaya yang saya gunakan di rumah dan semasa bercuti bersama keluarga dan kawan-kawan sekitar Malaysia.
Kenapa saya memilih produk Himalaya? Banyak sangat kes masalah kulit muka atau lain-lain yang melibatkan salah pilih produk kosmetik atau produk penjagaan kulit wajah dapat kita dengar bukan saja di negara kita, malah ia juga menjadi isu global. Banyak di antaranya adalah kerana salah memilih produk yang tidak selamat dan megandungi barang kimia terlarang dan berlebihan.
Produk Himalaya merupakan produk yang telah diasaskan dari negara India, dan menggunakan 100% barangan semulajadi dan Bebas dari bahan kimia. Himalaya bukan sahaja mempunyai produk penjagaan muka, malah mereka juga ada mengeluarkan beberapa produk lain seperti untuk Penjagaan Badan, Penjagaan Tangan dan Kaki , Penjagaan Rambut, Penjagaan Bayi, Penjagaan Kesihatan dan Penjagaan Mulut. Senang cerita Himalaya Herbals ni boleh menjaga diri kita bermula dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Bercuti di dalam negara dengan hanya menaiki transpot sendiri sangat memudahkan. Tak perlu fikirkan pasal saiz bag, barangan liquid lebih saiz atau sebagainya yang biasa kita hadapi bila ingin travel menaiki pesawat. *bawa botol shampoo bersaiz 1000ml sekali pun tak akan ada yang nak halang korang kan.
Memandangkan saya dan kawan-kawan yang lain telah plan untuk bercuti di Lost World Of Tambun beramai-ramai, dan hampir semua dari mereka juga adalah pengguna produk Himalaya, saya telah megambil keputusan untuk bawa produk Himalaya yang bersaiz besar seperti Purifying Neem Face Wash 100ml, Protein Shampoo 200ml, Complete Care Herbal Toothpaste 100g dan sebagainya. *boleh kongsi guna beramai-ramai.
Tak salahkan kalau kita berkongsi benda yang bagus. Kawan-kawan saya yang tak pernah guna produk Himalaya ni pun dah mula jatuh hati dengan produk ni. Korang pun patut cuba produk dari Himalaya ni. Tak rugipun kalau korang nak tukar produk sekarang ke produk Himalaya ni.
2 Comments
Aku suka pakai semua produk himalaya ni sebab dia diformulasikan daripada 100% bahan semulajadi
ReplyDeletebetul tu tok. berbaloi guna produk ni
Delete