Berita baik buat penggemar makanan laut (seafood) yang berada disekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Nook, salah sebuah restoran di Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral kini ada mempomosikan bufet makan malam hujung minggu Treasures of the Sea khas untuk anda. Bufet Treasures of the Sea ini hanya available pada setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula 7 Julai 2017.
TREASURES OF THE SEA
Untuk pengetahuan korang, Bufet makan malam ini hanya menghidangkan hasil tangkapan terbaik dari laut. Setiap pelanggan boleh menikmati pelbagai jenis makanan laut seperti Udang, Tiram, Kerang, Kerang Buluh, Ikan Kerapu Besar dan banyak lagi. Mereka juga boleh memilih untuk menikmati makanan laut yang dihidangkan di atas ais secara mentah, di gril, dibuat sup ataupun dalam hidangan mi.
Sebagai pembuka selera, pelanggan boleh menikmati makanan laut segar yang diletakkan di atas ais seperti pilihan Udang Harimau, Mussel Hijau, Kerang, Scallop, Sotong, Ketam Bunga dan Kerang Buluh dan lain-lain lagi. *tambahkan kesegaran makanan laut ini dengan sedikit perahan lemon dan sos Tabasco, yummy.
Pada mereka yang tidak sukakan pilihan seafood mentah, korang boleh mencuba makanan laut ini dengan pelbagai menu masakan. Antaranya Kepala Ikan Kerapu dengan sos Halia Kacang Hitam, Sotong Kering Kam Heong, Udang rebus dengan herba dan Wolfberries, Oyster Rockefeller, Ikan Kerapu dengan sos Tamarind Pedas, Mussel stim dengan Vermicelli, Ketam Bunga goreng dengan lada Sarawak, Udang Goreng Wajan dengan sos mentega dan banyak lagi, disajikan secara bergilir-gilir dengan beberapa pilihan yang disediakan setiap hujung minggu.
Selain dari hidangan makanan laut, mereka juga ada menyediakan hidangan lainseperti Laksa Sarawak, Ayam Avongolomelo, Daging Cili Teriyaki, Stew Daging Irish, Palak Paneer, dan hidangan pencuci mulut yang sungguh enak dan sedap.
Promosi Treasures of the Sea ini pada harga RM138 net untuk orang dewasa dan RM69 net untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun. Promosi ini boleh didapati pada hari Jumaat dan Sabtu dari 6.30 malam hingga 10.30 petang bermula 7 Julai 2017. Untuk tempahan dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Promosi ini, sila hubungi (60)3-27231188 atau layari www.aloftkualalumpursentral.com.
6 Comments
memang sesuai untuk penggemar seafood seperti Momi ni.
ReplyDeleteah gitu haha
memamg terbaik dan berbaloi-baloi ..
ReplyDeletesiapa yang ada peluang tu..wajib mencuba
Seafoods heaven laa.. semuanya nampak sedap2
ReplyDeletenampak sedap semua
ReplyDeletealamak.. mengancamnya semua!!!
ReplyDeleteMashaAllah! Nak menangis rasa tengok menu yang ada. Ketam tu semua, fav!
ReplyDelete