STREET CHURROS | PELBAGAI MENU CHURROS HARUS CUBA

Apa lagi aktiviti yang sesuai untuk diisi oleh orang bujang macam saya ni kalau tidak keluar lepak di pusat membeli belah dengan kawan-kawan. Nak kata duit banyak tu takdelah, sekadar mampu window shopping je. Tapi bila tiba waktu makan, agaknya apa makanan yang paling sesuai untuk dicari?

Bagi saya sendiri, kalau keluar ke shopping mall, makanan yang saya cari bukanlah makanan berat seperti nasi atau sebagainya. Cukup sesuatu yang ringan dan mudah untuk saya dan kawan-kawan oder dan makan. Tapi rasa dan harga tu saya tetap kena peduli.


STREET CHURROS | PELBAGAI MENU CHURROS HARUS CUBA


Pada minggu lepas, pertama kali saya dan kawan-kawan ke pusat membeli belah MyTown. Saja jalan-jalan memandangkan lokasinya tidak terlalu jauh dari rumah kami. Sampainya waktu untuk hi-tea je, tetiba perut ni teringin nak makan churros. Dalam pada tu, tetiba teringat akan STREET CHURROS yang diceritakan oleh kawan-kawan tentang kepelbagaian dan kesedapan menu-menunya.


Churros merupakan sejenis pastri yang berasaskan doh, digoreng rangup dan dijadikan hidangan pencuci mulut dan menu ringan. Di bahagian negara Eropah dan Amerika Latin, churros ini dihidang sebagai menu sarapan pagi, di mana ia dimakan dengan cara mencelup ke dalam coklat panas dan diminum bersama cafe con leche (kopi susu).

Untuk pengetahuan korang, Street Churros yang diperkatakan ni merupakan salah satu rangkaian kafe yang menawarkan menu churros terbesar di dunia dan ia mula diperkenalkan dari negara Korea. Jadi tidak dinafikanlah Street Churros ni menghasilkan pelbagai menu churros yang berkualiti dan sedap. *wah memang terbaiklah.


Walaupun baru pertama kali makan churros dari Street Churros ni, saya cukup teruja dengan kesedapan dan fizikal bahagian dalamnya lembut manakala bahagian luarnya pula sangat rangup. Churros di Street Churros didatangkan dengan 3 perisa utama iaitu Cinnamon (kayu manis), coklat dan keju. Untuk pengetahuan korang, perisa cinnamon merupakan best seller di Street Churros ini. 

Seperti yang saya katakan tadi, Street Churros tidak hanya menyediakan menu Churros biasa sahaja malahan mereka juga ada menyediakan pelbagai jenis variasi Churros dan minuman.

STREET CHURROS | PELBAGAI MENU CHURROS HARUS CUBA

Berikut merupakan menu-menu yang korang boleh dapati di Street Churros seperti Street Churros dengan pilihan rasa cinnamon, choco dan cheese dengan pilihan sos pencicah seperti chocolate, cream cheese, bluberry dan butterscotch.

STREET CHURROS | PELBAGAI MENU CHURROS HARUS CUBA

Filling-Chu, yang mana Churros di tuang dengan chocolate cream, cream cheese dan custard sebagai inti. Yang ni paling saya suka, nak nak pula Churros dengan cream cheese tu. *yummeh

STREET CHURROS | PELBAGAI MENU CHURROS HARUS CUBA

Bagi mereka yang nakkan kelainan, bolehlah cuba Ah-Chu iaitu aiskrim Churros dengan pilihan rasa Choco-choco, Choco-Berry dan Mango. Kalau saya lebih gemar Churros dengan pilihan Choco-Berry. *wah memang terangkat!

STREET CHURROS | PELBAGAI MENU CHURROS HARUS CUBA

Selain daripada itu, pelanggan Street Churros juga boleh memesan menu air lain antaranya O'My Mango dan O'My Coconut, jus Lemon, Passionfruit, Korean Citron, Caramel Macchiato, Chocolate, Green Tea Latte dan Milk Tea.

STREET CHURROS | PELBAGAI MENU CHURROS HARUS CUBA

MENU BARU STREET CHURROS

Baru-baru ini Street Churros ada melancarkan dua menu terbarunya iaitu Stick Churros dengan pilihan rasa Choco, Cinnamon dan Cheese dan juga Churros Fries dengan pilihan rasa Sour Cream, Tomato dan Seaweed.

STREET CHURROS | PELBAGAI MENU CHURROS HARUS CUBA

STREET CHURROS | PELBAGAI MENU CHURROS HARUS CUBA

Apa yang lebih best, Street Churros ada menyajikan hidangan kombo di mana korang boleh pilih salah satu menu hidangan churros bersama iced latte contohnya seperti Street Churros bersama Latte, Filling Churros bersama Latte dan Stick Churros bersama Latte. *memang berbaloi-baloilah kan?

STREET CHURROS | PELBAGAI MENU CHURROS HARUS CUBA

Bagi korang yang nak mencuba menu yang ada di Street Churros ni, korang boleh lah ke outlet mereka yang terdekat. Masa ni la nak rasa menu Churros yang panas-panas dan sedap dari Street Churros.

One Utama Mall
Lot LG319A Lower Ground Floor, 
1 Utama Shopping Centre 1,
Lebuh Bandar Utama, 
Bandar Utama City Centre, 
Bandar Utama, 
47800 PJ
Contact : 03-89592110

IOI City Mall
LG-66A Lower Ground Floor IOI City Mall, 
62500 IOI Resort City, 
Putrajaya. 
Contact : 03-76810710

Sky Avenue
Lot No. T2-12, Level T2, Sky Avenue, 
Genting Highland Resorts, 
69000 Genting Highland, 
Pahang Darul Makmur. 
Contact : 03-61013110

Berjaya Times Square
Lot LG-36, Lower Ground Floor,
Berjaya Times Square, 
No. 1 Jalan Imbi, 
55100 Kuala Lumpur. 
Contact : 03-21106210

MyTown
Lot No. B1.046, Basement 1 Floor,
MyTown Shopping Centre 6,
Jalan Cochrane, Seksyen 90,
Taman Maluri, Cheras, 
55100 Kuala Lumpur. 
Contact : 03-92011099

Website

Post a Comment

2 Comments