Pengalaman berbuka puasa saya di hotel lima bintang iaitu The Westin Hotel Kuala Lumpur yang berada betul-betul di hadapan pusat membeli belah popular Pavilion KL cukup menerujakan. *yela sapa tak teruja dapat menjamu selera di hotel bertaraf 5 bintang kan?
The Westin Hotel Kuala Lumpur menawarkan sajian hidangan tradisional Malaysia menu 14 buah negeri yang berlainan di Malaysia. Selain dari itu, The Westin Hotel Kuala Lumpur juga ada menyediakan menu masakan antarabangsa moden dari seluruh dunia.

JOM! BERBUKA PUASA BUFFET
Antara menu yang harus korang cuba di sini ialah Ayam Bakar Percik Sri Kelantan, Ikan Patin Masak Tempoyak, Signature Westin Biryani (Rice Briyani with "Mamak" Omelette and tumis Spice nanas Timun Sesame Seed) dengan Roasted Whole Lamb dengan Mint Sauce dan Lamb Jus dan banyak lagi!
The Westin Hotel Kuala Lumpur ada menyajikan Nasi Kandar Utara Mai dengan pilihan daripada Keting Kambing Kandar, Daging Kandar, Ayam Kandar dan Sos Hitam (Lamb, Ayam dan Daging Masak dengan rempah India). Tidak lupa sentuhan pemanis mulut dengan lebih 50 hidangan pelbagai kuih tradisional Melayu, kek, ais cream dan banyak lagi.

Harga:
RM158 nett seorang
Kanak-kanak 4 tahun ke bawah makan secara PERCUMA
Kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun menerima 50% diskaun
Tempoh:
29 Mei untuk 23 Jun 2017
3 Comments
OMG! Bestnya, Westin tu. Hmm confirm meriah buffet dia kan!
ReplyDeleteye banyak pilihan makanan kat sini
Deleteseronoknya , nak terjah juga lah nanti :)
ReplyDelete