Philea Mines Beach Resort, julunhg-julung kalinya hadir dengan pakej buffet ramadan kerana ianya baru beroperasi lebih kurang setahun lalu. Lokasinya betul-betul berhampiran Mines Shopping Mall dan bersebelahan dengan MIEC (Mines International Exibitionist Center).
Mungkin agak pelik bagi sesetengah orang kenapa ianya digelar sebagai Philea Mines Beach Resort sedangkan lokasinya berada agak jauh dari mana-mana pantai di negeri Selangor. Untuk pengetahuan korang, jika berpeluang untuk berkunjung ke sini korang pasti akan teruja dengan keindahan konsep persekitaran mereka yang cukup unik. Philea Mines Beach Resort juga mempunyai pemandangan pantai buatan yang sangat cantik.
Buffet Ramadhan di Philea Mines Beach Resort yang bertemakan Sajian Nostalgia ini bermula pada 29 Mei 2017 sehingga 22 Jun 2017 bertempat di restoran Abdul & Charlie. Sajian buffet Ramadan di Philea Mines Beach Resort ini menyajikan menu-menu masakan tradisi masyarakat tempatan dan juga diselitkan menu-menu kegemaran Asia seperti ulam-ulaman, pelbagai jenis makanan berasaskan sup, makanan laut, live action stall dan menu pencuci mulut yang cukup menyelerakan.
Antara menu-menu yang ada di hidang bersempena buffet Ramadan di Philea Mines Beach Resort adalah Siput Sedut Masak Lemak Cili Api, Ikan Patin Masak Tempoyak, Gulai Ikan Masak Asam Pedas Johor, Gulai Tulang Rusuk Lembu, Sup Tulang Rawan, Nasi Kempuli, Serawa Durian, Satay, Kambing Golek bersama Nasi Arab Mandy dan macam-macam lagi.
Di buffet Ramadan Philea Mines Beach Resort juga turut menyediakan menu masakan panas yang ada ditempatkan di beberapa gerai antaranya Mee Sup, Mee Hailam dan Laksa, Keropok Lekor dan Pisang Goreng, Spaghetti dan Carbonara, Roti John, Murtabak dan Roti Canai dan pelbagai lagi juadah yang lain.
Korang juga boleh mencuba pelbagai jenis menu pencuci mulut yang berwarna warni, dari puding, pelbagai jenis kek dan biskut yang sangat menyelerakan. Yang menariknya sempena buffet Ramadhan ini, pihak pengurusan Philea Mines Beach Resort ada menyediakan pelbagai rasa Aiskrim Malaysia kepada pengunjung yang menikmati hidangan berbuka di sana. *ini pasti memberikan kenangan yang cukup baik kepada mereka yang datang. Selain daripada itu mereka juga menyediakan pelbagai jenis air sama ada yang sejuk dan panas.
HARGA BUFFET RAMADAN 2017 PHILEA MINES BEACH RESORT | Harga bagi dewasa adalah RM75 nett, manakala untuk kanak-kanak dari 5 hingga 12 tahun dan juga warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas pula RM40 bersih. Untuk maklumat lanjut berkenaan Philea Mines Beach Resort atau tempahan buffet Ramadhan, boleh la rujuk maklumat yang tertera di bawah :
Alamat:
Philea Mines Beach Resort
Jalan Dulang, Mines Resort City
43300 Seri Kembangan
Selangor
Email:
Tempahan :
0196001558
2 Comments
daging besar banget yah jadi pengen
ReplyDeletesedap2 makanan dekat sini kan..
ReplyDelete