Berita baik bagi korang yang masih lagi bergelar mahasiswa pada ketika ni. Nak pula bagi mereka yang cukup aktif dalam bidang keusahawanan. Tahun ni VEST 2017 ada menawarkan hadiah berjumlah RM50,000 pada pemenangnya. *jangan risau, ianya tidak terhad pada mereka yang mengambil kursus keusahawanan sahaja tau. Ia terbuka kepada mana-mana mahasiswa yang berminat.
APA ITU VEST | Bagi korang yang tak tahu mengenai VEST, ia merupakan singkatan kepada Varsity Entrepreneurship Skills & Talent dimana ianya dikatakan bakal melibatkan 1000 orang mahasiswa yang terpilih dari 20 Institusi pengajian seluruh negara dengan 200 idea perniagaan yang bakal dikembangkan.
V: Varsity
E: Entrepreneurship
S: Skills
T: Talents
Apa yang menarik perhatian saya sendiri, VEST 2017 ni bukan sahaja sekadar pertandingan keusahawanan. Dalam tempoh 6 bulan, setiap peserta akan diberi pendedahan dan pembelajaran tentang:
- Teknik terkini jualan
- Teknik pemasaran dan penjenamaan
- Teknik komunikasi yang berkesan
- Teknik membina rangkaian francais
- Teknik perancangan kewangan
Bukan itu sahaja, bagi mereka yang mengikuti pertandingan ini mereka juga bakal menerima kelebihan seperti berikut :
- Peluang pendaftaran pernigaan melalui SSM melalui program 1 pelajar 1 perniagaan
- Peluang membuka akaun bersama Bank Rakyat dengan hanya RM100.00 tanpa introducer
- Mendaftar hak cipta logo perniagaan melalui MYIPO pada harga istimewa
- Peluang pembiayaan perniagaan PNS, Skim Pembiayaan VES PNS
Selain kelebihan di atas, banyak kelebihan lain yang boleh didapati daripada VEST 2017 ni. Bukan sekadar kepada para mahasiswa yang mengikuti pertandingan ini tetapi juga kepada Universiti yang terlibat dalam program ni. Antara kelebihan untuk Universiti yang terlibat adalah seperti:
- Pembudayaan keusahawanan
- Merealisasikan ICGPA yang mana bertujuan membentuk graduan yang mempunyai ciri ciri keusahawanan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara
- Pendedahan keusahawanan kepada lebih 3000 mahasiswa
- Melahirkan 1000 usahawan muda yang terlatih dikalangan mahasiswa
- Mengenalpasti sebanyak 200 perniagaan baru yang boleh dibangunkan
OBJEKTIF VEST 2017 | Antara Objektif yang ingin dicapai dalam VEST ni adalah:
- Memupuk dan melahirkan usahawan dikalangan pelajar universiti awam tempatan
- Membangunkan nilai nilai keusahawanan dikalangan pelajar
- Menawarkan peluang perniagaan serta mengembangkan perniagaan yang sedia ada secara lebih sistematik
- Menyampaikan maklumat berkaitan dengan agensi keusahawanan yang menyediakan kemudahan pembiayaan, latihan, kemudahan intrastruktur dan akses kepada pasaran
- Mencipta peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor
latihan dan bimbingan di MMU
SYARAT PENYERTAAN | Bagi korang yang berminat, korang kena memenuhi kriteria yang mereka tetapkan ni dulu. Tak perlu risau kerana syarat-syarat mereka tidaklah terlalu susah. Antara syarat yang korang mesti patuhi adalah
- Merupakan mahasiswa/mahasiswi Universiti tempatan tidak kira IPTA atau IPTS
- Berumur tidak melebihi 25 tahun
- Merupakan warganegara Malaysia
- Daftar VEST di mana - mana kelab keusahawanan universiti masing - masing
Sertai sekarang dan jadilah salah seorang dari peserta VEST 2017.
Sekiranya korang berminat untuk setai VEST 2017 ni, boleh terus ke:
- Website: www.pns.com.my/vest-online-registration/ atau
- Pendaftaran melalui unit keusahawanan Universiti masing masing
- Tarikh penyertaan bermula 28 April 2017
- Keputusan adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
13 Comments
unntung pelajar zaman sekarangkan..banyak peluang untuk dorang ceburi..lelagi dalam bidang perniagaan ni haaa...... bagus KPDNKK ni bagi peluang pada pelajar sama..
ReplyDeletetau xpe, zaman dulu susah nak dapat peluang macam ni kan.
Deletemenarik ni. salah satu usaha yang baik. memang seronok la adik-adik nak berniaga. gitu
ReplyDeleteaktiviti yang cukup berfaedah dan menguntungkan
DeleteMemang bagus Pertandingan ni ditubuhkan... ia dapat melahirkan usahawan muda yang berjaya terhadap perniagaan secara sihat dan berdaya saing...
ReplyDeletebetul tu saya setuju.
DeleteWah ini bakal jadi perhelatan yang ramai dengan ide-ide segar.
ReplyDeleteyup, nanti akan muncul banyak idea-idea baru
Deletewah pelajar sekarang pun dah boleh berbisnes, baguslah kecil-kecil pandai cari duit boleh lah tampung kehidupan semasa belajar kan.
ReplyDeletekan. dah habis belajar nnti pun tak susah nak cari kerja
DeleteUntuk mahasiswa je ke? Hhmmm....
ReplyDeleteEeh... dah tukar template ye.
ya untuk mahasiswa sahaja. ya :)
Deletesangat mnenarik juga nie....
ReplyDelete200 idea perniagaan.
wow..
dapat 1 dan dikomrersialkan boleh kaya juga tu..