HIASAN DIY YANG CANTIK DAN MUDAH


HIASAN DIY YANG CANTIK DAN MUDAH

Pernah tak korang terfikir untuk membuat hiasan dinding terutama untuk rumah anda dengan tangan korang sendiri? Tapi saya sendiri yakin bahawa ramai juga menjadikan alasan tiada skill dalam bertukang menjadi sebab utama tidak mencuba untuk bertukang.

Untuk entry kali ni, saya nak kongsikan satu tutorial ringkas cara membuat satu hiasan dinding DIY yang cukup senang dan ringkas. Tutorial ni saya telah rujuk di laman sesawang craft.ideas2live4.com.

Bahan-bahan

Skru - keluli tahan karat / luaran
Tape - untuk memegang templet
Paku - untuk membuat tanda

Alatan

Tukul
Pemutar skru


Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu korang ikut untuk membuat HIASAN DIY YANG CANTIK DAN MUDAH.

1. Pilih design font yang inginkan. Gunakan perisian seperti Adobe Photoshop atau Adobe Illustrator untuk menindih rekaan font korang pada grid. Titik bersilang di dalam grid adalah di mana skru korang bakal di tanam, jadi saiz square grid yang dicipta perlu bergantung kepada saiz kepala skru anda.

HIASAN DIY YANG CANTIK DAN MUDAH

2. Sebaik sahaja selesai membuat rekaan illustrasi di komputer, anda perlu mencetak di atas kertas dan meletakkannya di atas permukaan papan atau kayu yang mana korang ingin jadikannya sebagai base atau background. Bagi memastikan kertas tersebut tidak bergerak dan berada statik di atas papan yang dipilih sebelum paku diketuk, korang boleh menggunakan tape atau double tape. Langkah ini dibuat adalah bertujuan untuk membuat tanda di mana korang akan menggerudi skru.

HIASAN DIY YANG CANTIK DAN MUDAH

3. Selepas anda selesai membuat tanda, anda boleh terus menggerudi skru anda mengikut tanda-tanda yang telah dibuat. *berhati-hati ketika menggerudi skru. Tenggelam setiap skru hanya separuh sahaja - cukup supaya skru-skru tidak gugur. *pastikan kedalaman skru adalah sama.

HIASAN DIY YANG CANTIK DAN MUDAH

4. Bila sudah selesai menggerudi mengikut rekabentuk yang korang nak, bolehlah korang letak dimana-mana tempat yang sesuai sebagai hiasan. Design bernombor boleh juga diletakkan di hadapan rumah sebagai penunjuk no rumah.

HIASAN DIY YANG CANTIK DAN MUDAH

Macamana cantik bukan hasil dia. Apa yang penting, ia mudah untuk dibuat. Yang penting, kat rumah kenalah ada alatan yang sesuai untuk kerja-kerja sebegini. *tak perlu alatan yang memerlukan kilang pun. Sekadar alatan yang boleh dibeli dan disimpan di dalam rumah. Kalau korang tak tahu nak beli kat mana, saya cadangkan untuk beli alatan jenama Metabo.

Untuk pengetahuan korang Metabo ni merupakan satu jenama "power tools" yang mana sekarang diedarkan di Malaysia oleh Jasa Kita. Jenama Metabo bukan sahaja sesuai untuk pengguna profesional tetapi, ia juga boleh dijadikan alatan untuk kerja-kerja di rumah juga. Terdapat banyak jenis produk Metabo. Apa yang bestnya, anda boleh menikmati faedah daripada alat tanpa wayar yang menggunakan pek bateri yang boleh dibawa ke mana-mana. Tambahan pula Metabo memberi jaminan selama 36 bulan pada pek bateri mereka, dimana ianya merupakan jaminan paling lama darijenama-jenama lain yang ada .

Kalau korang nak tahu lebih lanjut dan apa alatan-alatan yang Metabo tawarkan untuk korang, bolehlah rujuk laman sesawang diorang di www.metabo.com.


Post a Comment

0 Comments