RAWATAN BEKAM DR HIJAMA


Sudah lama rasanya tak berbekam sejak dari 2014 lagi semasa tinggal di Bangi. Zaman sekarang ni nak berbekam tak perlu risau, teknologi pun sudah canggih seiring dengannya. Peralatan dan kemudahan berbekam juga sangat bagus dan mesra pengguna. Kalau dulu nak berbekam tu berfikir panjang jugalah. 

BEKAM

MENGAPA BERBEKAM & MANFAAT BEKAM 


Untuk pengetahuan korang semua, berbekam merupakan perkara yang baik dan mempunyai 1001 manfaat untuk kesihatan tubuh badan terutama dalam aspek pencegahan pelbagai jenis penyakit.

👉  10 KEADAAN BADAN YANG MENYEBABKAN ANDA PERLU BERBEKAM 


1. Kerap sakit kepala @ migrain
2. Sakit @ sengal-sengal di bahagian leher dan bahu
3. Lenguh-lenguh di bahagian belikat/pinggang/pinggul
4. Badan terasa lesu, letih & sering mengantuk
5. Kadar gula melebihi paras normal
6. Kadar total kolesterol & kolesterol jahat (LDL) melebihi paras normal.
7. Sakit-sakit sendi terutama kaki disebabkan gout
8. Tekanan darah tinggi
9. Haid tidak teratur/lancar @ kerap senggugut
10. Kulit wajah kusam dan jerawat melanda 

Ini hanyalah beberapa sebab kenapa anda perlu berbekam. Apa yang lebih penting, kajian ilmiah di HUSM oleh Prof. Dr. Abd Aziz Al-Safi telah menemui bekam boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (cardiovascular diseases) atau lebih dikenali penyakit 4 serangkai iaitu diabetis, darah tinggi, tinggi asid urik & tinggi kolesterol. Kami di DR Hijama komited membantu anda untuk menyelesaikan masalah tersebut melalui pakej-pakej yang kami tawarkan. 

Jika anda sihat dan tidak punya penyakit, itu lebih baik untuk anda berbekam sebagai pencegahan & 'maintainance' badan anda. Mencegah lebih baik dari mengubati.

DR HIJAMA BEKAM PROFESIONAL

👉  MENGENAI DR HIJAMA


DR Hijama adalah sebuah klinik perubatan komplementari yang diasaskan oleh doktor perubatan. DR Hijama menyediakan peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan penerangan secara ilmiah dan rawatan yang profesional khususnya rawatan bekam dan resdung.

👉  SERVIS YANG DITAWARKAN DR HIJAMA


1. BEKAM KLINIKAL DR HIJAMA 


Bekam dijalankan dengan kaedah klinikal, bersih dan selamat dari risiko penyakit berjangkit. Sesi dimulakan dengan terapi infra-red untuk meransang peredaran darah, juga dapat membantu masalah sakit-sakit otot. Seterusnya diikuti terapi bekam luncur yang berfungsi sebagai urutan dan bekam angin yang memberi efek kebas sebelum bekam darah dijalankan. Kesemua proses dijalankan dengan penuh teliti dan pelanggan tidak perlu berasa gementar kerana perawat akan sentiasa membantu anda sepanjang tempoh rawatan.



2. BEKAM KOSMETIK DR HIJAMA 


Bekam kosmetik di DR Hijama memberi peluang kepada pelanggan untuk memiliki kulit wajah yang cantik dan berseri secara semulajadi. Tidak perlu risau dengan kesan lebam bekam kerana kami menggunakan teknik khas yang dapat meminimakan kesan tersebut. 

Fungsi dan kebaikan bekam kosmetik: 

👍  Mengurangkan masalah jerawat yang teruk 

👍  Membantu mengurangkan masalah jeragat @ pigmentasi dan kulit kusam 

👍  Membantu mengurangkan masalah resdung 

👍  Meransang keanjalan kulit secara semulajadi 

👍  Menjadikan kulit lebih segar dan berseri 

3.RAWATAN RESDUNG BIOHERBS


Rawatan resdung bioherbs menggunakan teknik pengeluaran ‘stagnant mucus’ yang menjadi punca resdung menggunakan herba khas. Ianya sesuai untuk sesiapa yang mempunyai simtom-simtom alahan dan resdung seperti kerap bersin, hidung kerap berair, hidung tersumbat, gatal di kawasan sekitar muka dan telinga, kerap sakit kepala dan bahagian depan muka, dan masalah jerawat. Teknik Rawatan Resdung Bioherba 8 dalam 1, sesuai untuk pelbagai peringkat umur seawal usia 7 tahun.


👉  KELEBIHAN DR HIJAMA (APA YANG MENARIK TENTANG DR HIJAMA) 


KONSULTANSI:
Pelanggan akan diberi penerangan dan informasi berkenaan rawatan yang akan dijalankan. 

PEMERIKSAAN KESIHATAN:
Setiap pelanggan akan menjalani pemeriksaan kesihatan asas sebelum sesi rawatan bermula. 

MEMENTINGKAN KEBERSIHAN & STERILITI ALATAN:
DR Hijama sangat mementingkan steriliti alatan dan kebersihan tempat rawatan untuk mengelakkan risiko penyakit berjangkit yang berbahaya sepert HIV & Hepatitis B. Alatan akan dicuci mengikut prosedur yang ketat seperti menggunakan cecair nyah kuman khas 

MENYEDIAKAN PERAWAT LELAKI & WANITA:
Kami mempunyai tim perawat lelaki dan wanita yang terlatih dan professional. 

TEMPAT RAWATAN:
Mempunyai bilik rawatan khas untuk lelaki dan wanita. Bersih, selesa dan menenangkan. Juga menyediakan ruang menunggu dan ruang solat. 

HARGA YG BERPATUTAN 

👉  TESTIMONI DR HIJAMA


Berikut merupakan beberapa testimoni dari pelanggan mereka berkenaan service dari Dr Hijama.



👉  INFO DR HIJAMA 


HOTLINE: 013-6245430 

WEBSITE: www.drhijama.com

FACEBOOK: DR Hijama Bekam Profesional (https://www.facebook.com/drhijamaMY/

INSTAGRAM: drhijama_ 

CAWANGAN: 

💥  DR Hijama Seri Kembangan
A-9-1, Blok A, Jln. PP 25,
Putra Walk, Taman Pinggiran Putra,
43300 Seri Kembangan, Selangor. 

Landmark:
Atas MyMydin, berhadapan Jusco Equine & berhampiran Pasar Borong Selangor 

💥  DR Hijama Meru
NO 21A, Jalan Meranti Sutera,
1/KU 10, Pekan Meru, Klang. 

Landmark: Atas PENKO, berhadapan NSK Meru 

WAKTU OPERASI:

Setiap hari kecuali Selasa (10 pagi – 10 malam) *rawatan dengan temujanji 


BERITA GEMBIRA, PROMOSI TERKINI DR HIJAMA!!



Diskaun 20% untuk rawatan di DR Hijama sempena ulang tahun ke -2. Jangan lupa untuk buat temujanji anda sekarang!

Post a Comment

36 Comments

  1. sunah nabi memang banyak kebaikannya

    ReplyDelete
  2. bestnya berbekam ni. Rasa macam nak cuba sekali :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus cuba. mmg best. saya pernah buat sekali dulu

      Delete
  3. Dah lama nak cuba bekam ni. Tengok macam agak menakutkan tapi confirm badan lebih sihat dan ringan kalau dah buat.

    Boleh la cuba dekat cawangan Seri Kembangan tu. Thank you sebab kongsi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnti kalau nak kesana buatlah booking awal. ajak ramai2 team gaya. ahahahahah

      Delete
  4. Xde la mahal sgt ye harga bekam... Nice sharing... :)

    ReplyDelete
  5. Islam boleh check ni sebab dia pon tengah cari tempat nak buat bekam. hehehe

    ReplyDelete
  6. Lea singgah sini.. Rupanya tak follow lagi blog hebat ni.. Adeh.. Done follow..

    Ramai cakap bekam ni bagus.. Tapi lea mmg seram nak berbekam.. hehehe.. penah tengok org berbekam, kecut perut tgk darah keluar... adehh...

    ReplyDelete
  7. sedapnya kalau dapat berbekam..

    jemput singgah http://mrspuex.blogspot.my/2017/03/program-outdoor-remaja-2017.html

    xoxo,
    mrspuex

    ReplyDelete
  8. Bagus no..boleh surih husband buat...bagi ringan sikit badan dia

    ReplyDelete
  9. tak pernah buat lagi bekam..teringin nak try..hehe

    ReplyDelete
  10. teringin nak bebekam... uhu sakit tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xdelah sakit sangat. mcm kna gigit semut je hehe

      Delete
  11. Teringin nak buat bekam. Tapi takut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. xperlu takut . semua alat dah moden sekarang

      Delete
  12. Replies
    1. xsakit pun. biasa2 je macam kna gigit semut

      Delete
  13. Bestnya berbekam, Alja penah berbekam di muka, jerawat sampai malu nak naik, muka pun ada nampak seri. Takde dah blackhead whitehead, jerawat batu semua. Mmg nampak bersih. Berbekam ni best, darah kotor keluar. Badan pun jadi ringan tak sakit-2 dah. Sesengal badan pun takde. InsyaAllah blh try kat sini pulak.

    ReplyDelete
  14. berbekam bagus sebenarnya.. pergh cuba lega badan..

    ReplyDelete
  15. Mummy tak pernah try sebab ngeri tgk darah tu... Maybe one day bila dah ada keberanian.. Anw tq for the sharing..

    ReplyDelete
  16. Berbekam memang dituntut. Sunnah nabi tu. Jom berbekam

    ReplyDelete
  17. Last berbekam rasanya dah 10 tahun lepas. Lepas ni boleh buat kat sini lah. Bekam kosmetik tu macam menarik!

    ReplyDelete