BENANG HIJAU DAN MCC BUAT DISKAUN HARGA GILER



Beruntung bagi peminat Butik pakaian muslimah jenama popular Benang Hijau kerana mereka bakal bergabung dengan Butik MCC untuk membuat jualan gudang secara besar-besaran pada 25 & 26 Februari 2017 (Sabtu & Ahad) ini di Bangi.

JUALAN GUDANG BESAR-BESARAN BENANG HIJAU X MCC


Benang Hijau dan MCC menawarkan lebih 50 jenis tudung dengan harga paling murah iaitu serendah RM5 bagi penghabisan stok. *datang awal-awal tau kalau tak nak melepas.


Selain itu, sebanyak 100 jenis blouse, jubah dan palazzo boleh didapati dengan harga serendah RM35 dan RM50 pada hari istimewa berkenaan.


Bukan itu sahaja, pengujung yang datang juga berpeluang mendapat hadiah cabutan beruah, hamper dan baucar tunai untuk setiap pembelian sehingga RM150. *tak rugi kalau berbelanja banyak kan.


Selain itu, Benang Hijau dan MCC turut memperkenalkan tudung rekaan terbaru mereka dan dijual dengan harga istimewa khas untuk hari itu sahaja.



Lebih menarik lagi, pelbagai aktiviti disediakan untuk kanak-kanak antaranya hiburan bersama watak animasi Didi & Friends, pertandingan mewarna dan banyak lagi. *jadi ibu-ibu tak perlu risau kalau bawa anak sekali untuk berbelanja nanti.




Bagi korang yang tak banyak cash, tak perlu risau kerana perkhidmatan Debit & Credit Card disediakan untuk anda. Tak perlulah takut kurang duit untuk berbelanja nanti. *swap jer. eh


Jadi apa tunggu lagi, siap sedia semua askar-askar korang dan pergi beramai-ramai ke jualan gudang Benang Hijau dan Butik MCC yang berlangsung pada 25 & 26 Februari ini di HQ MCC Bangi yang beralamat di No. 3, Perindustrian Suntrack, Seksyen 13, Bandar Baru Bangi, Selangor.


Selamat membeli belah.

Post a Comment

1 Comments