GLAMPING : BERKHEMAH KONSEP GLAMOUR DI LOST WORLD OF TAMBUN


Korang pernah dengar atau terbaca mengenai "GLAMPING" tak? Tak hairan kalau korang tak biasa dengan perkataan ni kerana di Malaysia ianya baru sahaja mula popular.

APA ITU GLAMPING ?
Glamping : Satu gabungan glamor dan perkhemahan, wujud di peringkat antarabangsa dan telah merentasi Atlantik sejak sedekad yang lalu. Konsep ini telah membawa kelainan dalam dunia perkemahan dengan menawarkan aspek positif perkhemahan tanpa negatif (tidak selesa). Glamping memberi tumpuan kepada keselesaan yang lengkap untuk tetamu. Kemudahan didapati di destinasi Glamping jauh melebihi dari apa-apa rekreasi pengalaman berkhemah lain.

Untuk pengetahuan korang, pada tahun 2015 jumlah carian untuk kata kunci, "Glamping" sahaja telah mencapai sehingga 260,000 dalam pencarian bulanan (lebih 3 juta carian tahunan). _sumber Glamping.com.

GLAMPING DI MALAYSIA


Menurut www.sgmytaxi.com ada beberapa tempat yang menyediakan perkemahan "GLAMPING" seperti yang di bincangkan dan antaranya ialah seperti di Caravan SeraiCanopy Tribes, JohorSailor’s Rest Resort, Janda BaikJapamala Resorts, Tioman IslandTanah Aina Fahad in Ulu Dong, Raub, PahangWalai Penyu Resort, SabahTadom Hill Resorts, Selangor dan yang terbaru ialah di Lost World of Tambun, Ipoh.


PENGALAMAN GLAMPING DI LOST WORLD OF TAMBUN


Pasti ramai tertanya - tanya dimana kedudukannya Lost World Glamping yang di heboh-hebohkan? Haaa. ini yang menarik untuk saya bercerita kat korang. Lost World Glamping yang diperkatakan terletak di dalam taman tema yang berlokasi di LOST WORLD ADVENTURE PARK yang dekat dengan landmark batu "Needle of Tambun" dan kawasan LOST WORLD TIN VALLEY.


Kedudukan Lost World Glamping di dalam taman tema ini menjadikan pakej ini cukup istimewa dengan layanan dan kelebihan terbaik yang mana pengunjung dan penyewa Hotel Lost World sendiri tidak dapat. *dengan unit GLAMPING yang tidak banyak, tidak hairan korang bakal menerima layanan terbaik dari diorang.


Buggy akan bersiap sedia untuk bawa korang ke lokasi LOST WORLD ADVENTURE PARK dari lobi hotel dimana tempat korang mendaftarkan diri.

BETUL KE SELESA GLAMPING NI ?


Bagi korang yang tidak pernah berkhemah secara biasa, mungkin anda akan kurang selesa sedikit kerana perlu berkongsi tandas dan bilik air dengan orang lain. Tapi jika korang pernah mengalaminya ianya akan menjanjikan sesuatu yang cukup hebat.


Apa yang hebatnya? Giler ada katil queen siap berbantal dan tilam hotel kot, siap ada kipas dow. Ni nak honeymoon pon tak ada masalah ni. *tapi kena pandai pilih khemah la kan ada yang menyuluh ekekekeke.


Khemah sebesar ni boleh memuatkan lebih dari 4 orang. Tapi untuk keselesaan pihak Lost World Of Tambun menetapkan hanya sehingga 4 orang sahaja, dengan 1 katil queen dan 2 katil single. Nak solat pun senang sebab ada kemudahan sejadah dan arah kiblat. Kat luar pula ada tempayan dan batuk untuk memudahkan korang basuh kaki sebelum masuk ke dalam khemah.


Kalau nak charge bateri phone atau kamera, power socket diorang ada sediakan, cuma kalau rasa phone korang tu banyak, bawaklah extention plug sendiri. Kang nanti ada bergaduh tarik-tarik rambut plak rebut soket tu. hahahaha.


*Macamana dengan nyamuk? mesti banyak kan? Eh hallow, sepanjang kami berglamping kat Lost World Of Tambun tu kami ibarat dilindung dan kawasan khemah kami bebas dari nyamuk. Pihak Lost World sendiri telah mengambil kira dari setiap sudut dan menanam serai wangi di sekitar khemah. *so jangan risau, no mosquito.


Memandangkan bilik air kat luar, kalau terjaga pukul 3 pagi tu pandai-pandai la korang ya. hehehehe. Kemudahan toiletries seperti sabun, shampoo ada disediakan. Berus gigi dan ubat gigi tu korang kena bawah sendiri lah.

AKTIVITI SEMASA BERGLAMPING DI LOST WORLD OF TAMBUN


Apa yang saya boleh jamin, korang boleh mencuba semua aktiviti yang ada di Lost World Of Tambun termasuk aktiviti advanture, mandi di hotspring, aktiviti di taman tema dan macam-macam lagi. Any time taman tema dibuka korang boleh akses. Dan yang paling bestnya, kalau rasa penat bermain air, korang boleh balik ke khemah dan tidur seketika sebelum menyambung balik aktiviti di dalam taman tema. *amacam best tak?




Itu kalau di siang hari, kalau malamnya selain merehatkan diri di hotspring, korang boleh ke petting zoo untuk melihat haiwan-haiwan comel yang aktif di waktu malam. *pengalaman sangat best wei.


HARGA PAKEJ GLAMPING DI LOST WORLD OF TAMBUN

*sila rujuk pada website LWOT untuk rujukan harga semasa!!



For reservation kindly contact Lost World Hotel Reservation.
Tel:05-5408801/02 or email: [email protected]

Tents are subject to availability upon reservation.

Post a Comment

13 Comments

  1. ada tilam dlm kemah...perhhh

    ReplyDelete
  2. Belum pernah try lagi glamping ni...macam menarik je.. :D

    ReplyDelete
  3. rindu lak aku nak berglamping ni weh

    ReplyDelete
  4. wah... Very Interesting ya. Keren!

    ReplyDelete
  5. wah... Interesting ya... Keren!

    ReplyDelete
  6. Bestnye dapat bekemah kat sini.

    ReplyDelete
  7. kalau camni tak berani gak, tandas dia kat luar. hahah

    ReplyDelete
  8. utk pertama kalinya menegnali perkataan GLAMPING....kalo la selesa mcm ni mmg seronok la bawa budak...hihihiih

    ReplyDelete
  9. WoW! Memang menarik gabungan glamour dan camping ni. Tak sangka ada juga idea nak buat macam ni kan

    ReplyDelete