SEKITAR MAHA 2016 | Setakat jam 3 petang tadi dikatakan MAHA 2016 telah menerima lebih dari 3 juta orang pengunjung. Ini memang benar-benar membuatkan saya cukup teruja. Kalau dilihat pada media social pun memang tak habis orang duk bercerita mengenai MAHA 2016 ni. *takkan nak tengok je kan? Sempat juga saya dan kawan-kawan blogger turun padang untuk melihat sendiri kemeriahan MAHA 2016 tu.
Apa yang saya boleh nasihatkan kat korang yang berkeinginan ke MAHA 2016 ni, buatlah persediaan yang baik untuk menerima sebarang kebarangkalian. Bukan apa, untuk memudahkan urusan korang kat sana. Kalau korang nak tahu tips lebih lanjut untuk ke MAHA 2016 ni, boleh rujuk entry berikut: Merancang Untuk Ke MAHA 2016, Tip Ini Boleh Membantu Anda Dalam Memudahkan Kunjungan Anda Ke Sana [klik]
NAFAS CUBE @ MARDI
Sebelum memulakan jelajah kami di sekitar MAHA 2016 sempat juga kami mengisi perut di cafe yang berada di Nafas Cube@MARDI. Untuk pengetahuan korang Nafas Cube@MARDI ini merupakan tapak penginapan yang berkonsepkan santai. Tiga konsep utama dalam pembinaan Nafas Cube@MARDI ialah kontena, culvert dan khemah bagi memberikan suasana santai dan sentuhan kontemporari.
Nafas Cube@MARDI menempatkan tujuh buah kontena, 10 culvert dan 10 khemah yang mampu menempatkan 56 pengunjung pada satu-satu masa.
Harga penginapan satu malam bagi kontena kenamaan (VVIP) adalah RM350, kontena eksekutif RM180, culvert RM150 dan khemah RM120.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersama blogger-blogger tempatan memeriahkan suasana MAHA 2016 di Nafas Cube@MARDI.
LAMAN PERIKANAN
Pelbagai jenis teknologi terkini dan hebat telah dicipta dan dipamerkan di ruangan pameran di Laman Perikanan MAHA 2016.
Demonstrasi salah satu teknologi berkaitan di ruangan pameran laman perikanan
Ikan Empurau merupakan antara ikan termahal di pasaran Malaysia
LAMAN PADI
Semua tahu, beras merupakan makanan ruji bagi kita yang tinggal di Malaysia. Beras terhasil dari padi yang telah diproses dan dibuang kulitnya. Untuk pengetahuan korang, padi sawah yang ditanam di Malaysia sekarang merupakan hasil kacukan dan penyelidikan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan benih padi yang sanagt bermutu.
Teknologi yang cukup canggih bukan sahaja pada kacukan pada anak benih, ia juga dari teknologi jentera yang digunakan pada masa sekarang yang membantu memudahkan proses penanaman sehingga penuaian padi.
Pelbagai jenis beras yang dipamerkan di ruang pameran
Permainan bola sawah di laman padi MAHA 2016
Demonstrasi pembuatan bedak sejuk dari beras
LAMAN NANAS
Laman Nanas ni merupakan antara laman yang cukup popular dikalangan para pengunjung. Apa yang menjadi tarikan disini adalah buah nanas dari jenis MD2.
Antara prop bergambar yang boleh disewa dengan hanya RM2 di ruang pameran laman nanas
Saya sendiri sempat ke booth Jus Bob Nanas yang berada di bahagian luar sebelah kiri dewan pameran yang ada menjual jus asli nanas MD2.
Rakan blogger yang kini aktif dalam perniagaan Nanas MD2
LAMAN ARMADA JENTERA
Lokasi laman armada ni cukup membuatkan saya dan rakan blogger teruja. Bukan apa, bagi kita yang menetap di bandar ni mungkin tidak sedar akan kewujudan petani-petani moden yang cukup modern dan lengkap dengan teknologi canggih.
Pelbagai jentera dan peralatan yang canggih khas untuk membantu dalam bidang pertanian ada dipamerkan di laman ini. *tidak kiralah dari sekecil peralatan sehingga sebesar jentera.
LAMAN TERNAKAN
Laman ternakan merupakan lokasi paling popular di MAHA 2016. Lembu Sado dari baka Belgian Blue menjadi haiwan paling di disebut-sebut oleh setiap pengunjung MAHA 2016. 11 ekor lembu hibrid sado yang dipamer di MAHA 2016 dikatakan mencecah berat 1.4 tan.
Selain dari laman-laman yang saya lawat di atas ini, ada banyak lagi laman yang tak sempat saya dan rakan-rakan terjah. Mudah kata, sehari memang tak cukup kalau nak pusing seluruh check point MAHA 2016 ni. Bagi korang yang belum berkesempatan untuk ke MAHA 2016, (11/12/2016) merupakan tarikh terakhir untuk MAHA 2016.
KEJAYAAN MAHA 2016
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata "MAHA kali ini mencatat sambutan luar biasa dan berdasarkan bilangan pengunjung yang masih bertali arus, kita yakin bilangannya akan terus meningkat beberapa jam sebelum MAHA 2016 melabuhkan tirai," katanya pada sidang media di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini.
Dengan kehadiran pengunjung 3.7 juta, nilai jualan pada MAHA 2016 juga sangat memberangsangkan apabila mencapai RM380 juta dicatat dalam tempoh 11 hari pameran itu berlangsung.
8 Comments
Masuk kene bayar tak? Macam best je, esok plan nak pegi la gini.
ReplyDeletefree je
DeleteAkk pun gerammm je tgok lembu sado tu..rasa nk gigit2 je..hahaha
ReplyDeletehahahhaa kan nasib baik dalam kandang
DeleteBesarnye ikan!
ReplyDeletetu ikan tuna bro
Deletekenapa awak tak selfie ngan lembu sado tu?
ReplyDeletejauh uolls
Delete