Korang teringin nak menjelajah dunia? Tapi tidak ada bajet yang banyak dan mungkin korang juga perlu berfikir panjang sebelum bercuti sebab takut akan menggunakan perbelanjaan yang mahal. Begitu juga yang pernah aku fikirkan sebelum ni tapi sekarang tidak lagi. Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk membuatkan impian korang menjadi kenyataan dan cara yang paling mudah ialah dengan Traveloka. *korang tahu tak Traveloka tu apa?
Kalau korang nak tahu, Traveloka adalah satu website yang boleh korang layari untuk menempah mana-mana hotel untuk penginapan dan penerbangan yang korang nak. Apa yang menarik lagi mengenai Traveloka ni, kini korang boleh gunakan Traveloka hanya dari telephone pintar korang saja. *tak kisahlah korang pengguna Android atau IOS App.
Jom kita tengok 5 kelebihan yang korang akan nikmati dengan aplikasi Traveloka ni. Mesti korang nak tahu kan?
1. HARGA YANG BERPATUTAN
Pasti korang akan rasa teruja bila melihat angka-angka di aplikasi ni kerana harga yang ditawarkan untuk tiket penerbangan dan hotel di seluruh Asia Tenggara ni tersangatlah berpatutan dan mampu milik. Tambah lagi, korang boleh menempah lebih 100 hotel yang ada di Asia Tenggara ni bermula dari hotel bajet hingga hotel mewah. Bagi penerbangan pula terdapat banyak pilihan yang disediakan oleh syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa seperti Air Asia, Malindo Air, Firefly, dan lain-lain lagi. Dan percutian korang pasti akan lebih teratur.
2. DISKAUN DAN TIADA CAJ TERSEMBUNYI
Bagi pengetahuan korang, aplikasi ini tiada caj tersembunyi yang dikenakan. Semua harga yang korang nampak, itulah yang korang kena bayar. Saya yakin korang pasti tidak akan kecewa bila membuat pembayaran di akhir nanti kerana tiada sebarang caj tambahan pun yang dikenakan. Jadi, tiada apa yang perlu korang risaukan dengan bajet percutian yang telah korang planning. Tambahan lagi, korang boleh dapat potongan harga yang ditawarkan oleh Traveloka dan dapat menikmati penjimatan yang sangat hebat.
3. LEBIH CEPAT DAN MURAH
Mungkin korang seorang yang sangat sibuk sehingga tiada masa untuk membuka laptop atau menghadap komputer bagi membuat tempahan percutian korang. Jadi dengan adanya aplikasi ni ternyata ianya sangat memudahkan urusan penempahan hotel dan penerbangan korang. Teknologi dah semakin canggih kan. Semuanya korang boleh buat hanya menekan dengan hujung jari saja. Korang nak pilih dan buat tempahan sementara tunggu kesesakan lalulintas pun boleh, sambil rehat makan-makan pun boleh, sambil guling-guling atas katil pun boleh. *pendek kata, anytime and anywhere.
4. E-TIKET DAN BAUCER TIDAK AKAN HILANG
Selepas membuat penempahan dan pembayaran, korang akan dapat e-tiket atau baucar hotel. Kini, dengan adanya aplikasi ni, korang tidak perlu mencetak e-tiket hotel lagi. Tunjukkan saja pada aplikasi Traveloka korang bila daftar masuk. Dan korang juga boleh mengakses e-tiket hotel pada bila-bila masa walaupun telephone pintar korang tidak bersambung dengan internet. Korang juga tak perlu lagi check email kerana dengan aplikasi ni secara automatiknya e-tiket korang akan terus masuk ke dalam aplikasi Traveloka . Korang sudah tidak perlu khuatiri lagi dengan kehilangn atau tertinggal e-tiket.
5. PEMBELIAN INSURAN PERJALANAN
Insurans? Macam pelik saja kan nak pergi bercuti pun nak kena beli insrusan ke? Nak kata penting atau tidak, cuba tanya pada diri korang bagaimana seandainya korang terpaksa batalkan percutian korang kerana sesuatu hal? Haaa, di sinilah pentingnya membeli insuran perjalanan kerana korang boleh mengurangkan risiko kerugian besar di mana korang boleh mendapat ganti rugi untuk tiket penerbangan dan hotel. Korang juga boleh membeli insurans perjalanan melalui aplikasi ini sebelum membuat bayaran.
Banyakkan kelebihan yang korang boleh dapat dengan menggunakan aplikasi Traveloka ni. Berbaloi dan sangat memudahkan korang. Sangat sesuai untuk korang yang terlalu sibuk dengan kerja dan urusan harian. *jadi, apa yang korang tunggu lagi? Ambil telephone pintar korang sekarang dan download aplikasi Traveloka sekarang.
Bila dah ada aplikasi Traveloka ni nanti senanglah korang nak tengok promosi yang sedang berjalan. *sambil menyelam kita minum air laa kan. Hihi. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Traveloka ni, korang juga boleh singgah di laman web https://www.traveloka.com/en-my/ .
Selamat bercuti!
9 Comments
traveloka mmg best.
ReplyDeletei kalau travel mmg slalu guna traveloka
Deletesaya pernah komen entri ni kan.
ReplyDeleteKalau tak silap saya.
ni entry baru
DeleteOwh baru tahu ada aplikasi ni. Thanks ya Tuan Mawardi info bermanfaat ni.
ReplyDeletesama2 kak
Deletesangat mudah dgn app traveloka
ReplyDeletesemua ada..
ya betol tu kak nowa
Deletesaya pun guna App Traveloka.. sgt mudah..
ReplyDelete