OHARA MATSURI | PENGALAMAN SEPERTI DI NEGARA JEPUN DI CITTA MALL


OHARA MATSURI | PENGALAMAN SEPERTI DI NEGARA JEPUN DI CITTA MALL | Negara jepun, merupakan sebuah negara yang sangat kaya dengan culture dan tempat menarik. Memandangkan negara ini juga mempunyai 4 musim, ia juga sangat digilai oleh kaki-kaki travel di seluruh negara.

Kalau korang nak tahu, sekarang merupakan musim dimana dalam proses peralihan iaitu musim luruh ke musim sejuk. Oleh kerana itu, Citta Mall mengambil peluang ini untuk bersama meraikannya di Malaysia.

BLOGGERS DAY OUT "OHARA MATSURI"


Sempena Blogger Day Out, saya sendiri diberi berpeluang untuk rasa sendiri pengalaman di event “Ohara Matsuri” ni. Tapi sebelum tu jom kita tengok apa yang ada disekitar Citta Mall ni.


Sebelum kami merasai culture sebenar Jepun, kedatangan kami telah disambut mesra dengan pembuka selera di Jom Bali. Sempat juga kami cuba menikmati “Coconut Ice Cream” yang mana dikatakan menjadi makanan paling laris disini.


MEMAKAI YUKATA DI SNOWMAN VILLAGE


Selepas semuanya selesai mengisi perut, kami terus ke lavel Citta Mall untuk memulakan penjelajahan kami sempena Ohara Matsuri ni.  Lokasi pertama kami ni dipanggil sebagai "Snowman Village". Apa yang bestnya kat sini, kami diberi peluang untuk merasai sendiri suasana budaya jepun dengan memakai pakaian tradisi mereka.

A photo posted by Muhamad Mawardi (@mawardiyunus) on


3D WALL ART PERCUMA


Selain dari tarikan "Snowman Village" ni, korang juga boleh bergambar dengan 3D Wall Art di sekitar Citta Mall. 3D wall art yang mereka ada semuanya berkonsepkan Jepun. *jadi pilih je yang mana berkenan. Kalau ada masa lebih, cubalah dengan semua 3D Wall art yang ada. *yang pasti semuanya percuma.



HIDANGAN JEPUN DI TOKYO KITCHEN


Selepas penat bergambar disekitar Citta Mall, kami dibawa ke Tokyo Kitchen untuk menikmati hidangan makan malam berkonsepkan Jepun.








A BEAUTY SECRET STUDIO SALOON


Selepas menikmati makan malam di Tokyo Kitchen, sempat kami ke sebuah saloon kecantikan yang mana dikatakan menggunakan produk-produk import khas dari jepun.



Bagi korang yang ingin mencuba sesuatu yang baru, tak salah untuk datang relaxkan diri di sini. 

OHARA MATSURI DI CITTA MALL


Bagi korang yang berada berdekatan dengan Citta Mall ni boleh singgah ke Citta Mall 
bermula dari 26 November sehingga 27 November. *kenapa? Sebabnya korang tak boleh terlepas peluang untuk merasai sendiri suasana hebat Ohara Matsuri seolah-olah korang berada di negara Jepun. Jangan lupa bawak suami/isteri anak-anak dan kawan kawan untuk memeriahkannya. Banyak aktiviti-aktiviti menarik tau antaranya:
26 November 2016:
11:00 am – Japanese Dance Along Session
11:30 am – Ohara Matsuri Colouring Contest
2:00 pm – Japanese Dance Along Session
2:30 pm – Kendama Culture Workshop
4:00 pm – Sushi Rolling Workshop
5:00 pm – Ramen Challenge
27 November 2016:
11:00 am – Japanese Dance Along Session
11:30 am – Kendama Competition
4:00 pm – Sushi Rolling Workshop
5:00 pm – Ramen Challenge

Untuk maklumat lanjut mengenai acara Ohara Matsuri, sila layari laman web http://www.citta.com.my/

Ohara Matsuri Citta Mall

Date: Saturday, 26th – Sunday, 27th November 17
Time: 11am – 6pm.
Venue: 1st Floor, Citta Mall

Citta Mall
No.1, Jalan PJU 1a/48
Pusat Perdagangan Dana 1,
47301, Petaling Jaya
Tel:  +603- 7662 5000

Operations hours:
Mon – Sun: 10am -10pm

Facebook : CITTAMall
Instagram : @cittamall

Post a Comment

1 Comments