SHELL OUT MURAH DAN SEDAP DI NILAI | Demam-demam mulalah nak makan macam-macam kan. Ada pulak kaki mengajak sampai ke Nilai kami cari makanaan untuk makan malam. Plan asal nak makan bubur Kak Laila di MMA Santai Corner terhalang sebab kedai Kak Laila tutup malam tu.
Memandangkan tak banyak pilihan untuk kami try, terdetik untuk cuba Shell Out Nilai yang ada di MMA Santai Corner tu. Teruslah tanya kan kot-kot mahal nanti. Maklumlah baru pertama kali nak cuba Shell Out ni. Memandangkan diorang tak tulis harga, jadi terpaksalah tanya. Kat kedai tu hanya display portion untuk makan sorang dan dua orang makan je, harga pulak entah kemana.
Sebelum kami tanya tu, sempat juga usha sekeliling kot ada yang order kan. Bukan apa nak tengok portion dia camne. Menggiurkan ke tidak. Memandangkan ianya nampak ok dan sangat mengiurkan, kami oder set untuk makan 2 orang iaitu hanya RM35 je okay. *kongsi dua orang baru RM17.50 seorang. Bahan-bahan dia 2 ekor ketam, sotong, udang, dan lala. *memang agak memuaskanlah. Portion dia memang cukup-cukup untuk 2 orang makan, tapi rasanya ok je kalau nak makan bertiga sebab banyak.
Dari segi rasa saya boleh puji, bak kata Penaberkala "kalau kat KL ni mau hari-hari datang oder Shell Out ni".
Kalau korang nak makan malam korang lagi best, boleh try air KELAPA, LEMON, LAICI ni. Hanya RM5 untuk portion gelas besar. Rasa dia memang sedap dan yang penting sihat. hehehehehe. Memang ngamlah kalau disatukan Shell Out Nilai tu dengan air KELAPA, LEMON, LAICI ni. Air ni korang boleh beli di gerai yang bertentangan dengan gerai Shell Out Nilai ni.
Alamat:
MMA Santai Corner
Jalan BBN 1/1F, Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi:
12 Comments
pernah pergi makan dekat kedai kak laila ritu tp tak makan plak shell out ni.. boleh cuba nanti.. mcm sedap jerr
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeletehuwarghhhhh. Nak repeat lagi makan sini
ReplyDeletetak pernah lagi makan kat shellout
ReplyDeleteOh kak Laila dah buat shell out juga ya, dah lama juga tak pergi makan kat kedai dia tu
ReplyDeleteni bukan kedai kak laila. ni kedai sebelah hehe
Deletenak try gak la nanti... hihi
ReplyDeleteterbaik....memang murah harganya
ReplyDeleteboleh try ni nanti ,selalu malas nak order sebab nak makan benda lain hehehee
ReplyDeletewahhh..sedapnya
ReplyDeleteterbaik tuan...info yang berguna untuk para pengunjung yang baru pertama kali mengunjungi Nilai
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteAd no tel.restoran ni x?