PRODUK BERKUALITI DENGAN HARGA LEBIH MURAH DI WATSONS


Semua sedia maklum dengan keadaan ekonomi negara kita sekarang. Saya sendiri sudah mula berkira untuk melakukan sesuatu apatah lagi untuk berbelanja. Kadang-kadang tu pening jugak berfikir macamana nak berjimat cermat. *nak-nak pula bila fikirkan untuk beli barangan keperluan harian kita. Antara KUALITI dengan HARGA agak-agak mana korang lebih utamakan? Secara teorinya kalau nak yang berkualiti kita sudah semestinya harus berbelanja tinggi. Begitu juga sebaliknya. Tak cukup modal, cukuplah kita dapat  produk dari brand yang kualitinya biasa-biasa je kan. *oh no!!! takkan takada jalan lain?

WATSON SWITCH & SAVE



Tapi korang tak perlu takut, kalau korang nak beli produk berkualiti tapi pada masa yang sama korang nak berjimat Watsons ada penyelesaiannya. Watsons kini memperkenalkan kempen Switch & Save dimana mereka telah menyediakan produk yang berkualiti tinggi dengan harga yang sangat berpatutan. *wah ni dah kira cukup menarik ni.

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN SWITCH & SAVE



Masa majlis pelancaran kempen Watson Switch & Save di Paradigm Mall tempoh hari, sempat juga saya mencuba beberapa test di Switch Test Stations untuk membuat perbandingan kualiti diantara produk keluaran Watsons dengan beberapa produk keluaran lain. Terbukti produk keluaran Watsons sangat berkualiti walupun harga yang mereka tawarkan agak murah dari jenama lain.



Tidak hairanlah Watsons mempunyai produk-produk yang berkualiti tinggi, ini kerana Watsons mempunyai program penyelidikan dan pembangunan dan proses kawalan kualiti yang sangat ketat. Setiap produk Watsons yang dibuat akan melalui ujian kawalan kualiti selama 18 bulan. *wow ini memang cukup meyakinkan pengguna seperti saya. Buka setakat itu saja, produk-produk yang melalui tempoh kawalan kualiti iti akan diuji berulang kali sepanjang proses pengeluaran untuk mamastikan produk itu selamat untuk digunakan, berkesan dan memenuhi keperluan pelanggan.

DUTA WATSONS 2016



Caryn Loh, Chief Operating Officer, Watsons Malaysia (4 dari kanan), Danny Hoh, Head of Marketing, Watsons Malaysia (3 dari kiri) bersama Watsons celebrity friends di majlis lperasmian kempen Switch and Save Watsons Brand.

Selebriti seperti Fasha Sandha, Amber Chia, Arja Lee, Fuying dan Sam juga turut hadir semasa kempen Switch & Save oleh Watsons untuk berkongsi pengalaman mereka menggunakan produk keluaran Watsons. Apa yang lebih menariknya, mereka bersama rakan-rakan media yang hadir telah membuat test di Switch Test Stations live di atas pentas.


Betol kata Fasha Sandha,
"Nak yang berkualiti tak semestinya perlu beli yang mahal".

Sempena pelancaran kempen Switch & Save oleh Watsons ni, member Watsons VIP boleh menikmati beberapa produk dengan harga yang lebih menarik apabila anda membeli di store mereka ataupun secara online.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

Website :
Facebook :

Post a Comment

0 Comments