MENGINAP 2 MALAM DI HOMESTAY AMNAHOME MURRAY STREET PERTH


MENGINAP 2 MALAM DI HOMESTAY AMNAHOME MURRAY STREET PERTH | Pertama kali saya menjejakkan kai ke bumi Perth, Australia. Dari seawal tiket dibeli lagi saya cukup teruja untuk ke sini. Mana taknya, ramai yang berpendapat, Perth ni merupakan tempat yang paling best untuk dijadikan destinasi kembara solo mahupun berkumpulan. *tapi mungkin tengok orang juga kot.


Tapi bagi saya sendiri, ianya memang tidak dinafikan. Suasana bandarnya yang biasa dengan crowd yang tidak terlalu padat menjadikan bandar Perth ni selesa dan memudahkan. *agak susah untuk diceritakan disini. Untuk pengetahuan korang, bandar Perth merupakan sebuah bandar yang bersih dan tersusun.


Lokasi yang sangat best untuk berjalan kaki walaupun berkilo meter jauh kerana kehadiran kami ke sini adalah pada awal minggu September 2016 iaitu mempertemukan kami dengan transisi musim sejuk ke musim bunga. *kadang-kadang menggigil juga dengan suhu yang jatuh sehingga ke 4 darjah celcius pada waktu paginya!


HOMESTAY AMNAHOME MURRAY STREET PERTH



*pasti ramai yang tertanya-tanya kan dimana kami stay selama kami di Bandar Perth ni. Untuk pengetahuan korang kami telah MENGINAP 2 MALAM DI HOMESTAY AMNAHOME MURRAY STREET PERTH , dimana ianya merupakan homestay yang berada di bangunan Mantra@Murray yang berada di tengah-tengah bandar Perth.


AMNAHOME di MURRAY STREET PERTH menjadi penginapan yang cukup memudahkan kami kerana ianya lokasi yang mudah akses dengan kemudahan dan tempat menarik yang korang hanya perlu berjalan kaki untuk ke tempat menarik tersebut. Antara tempat-tempat yang saya maksudkan tu ialah seperti, Bell tower, Swan River, Elizabeth Quay, Goverment house dan banyak lagi.


DEKAT DENGAN PENGANGKUTAN AWAM | Bagi korang yang ingin menaiki pegangkutan awan di sini sangat dekat dengan, train station, bus station, dan juga senang untuk mendapatkan taksi.


MAKANAN HALAL | Bagi kita yang beragama islam, untuk mendapatkan makanan halal tidak akan menjadi satu masalah besar sepertimana korang ke negara-negara lain. Restoran halal di kawasan bandar Perth ini sangat mudah untuk dicari, antara restoran hahal yang ade di bandar Perth, Insan Cafe, D'Angkasa, Love and Care semua menyediakan makan halal, malah jangan terkejut kalau di  Insan Cafe (restoran makanan halal malaysia paling murah di bandar Perth) tu dah seperti kedai nasi berlauk yang ada di Malaysia.



*pasti tak akan membuatkan korang kebulur nak makan makanan melayu di Perth. Apa yang paling penting ianya dekat dengan AmnaHome Homestay di Mantra on Murray. *jalan kaki stright je ke kanan.



MASAK SENDIRI | Bagi korang yang ingin berjimat, korang tak perlu risau kerana AmnaHome Homestay di Mantra on Murray ni lokasinya bertentangan dengan pasaraya Coles. Memandangkan AmnaHome Homestay ni lengkap dengan kemudahan dapur seperti dapur elektrik, microwave, pinggan mangkuk dan set sudu garfu dan lain-lain maka bolehlah cari barang-barang di coles untuk memasak sendirikan.


Bagi korang yang datang secara berkumpulan, dengan cara ni dapat membantu korang berjimat kerana kos makan di Perth boleh dikatakan tinggi. Paling kurang boleh mencecah sehingga AUD10 atau RM30 lebih duit kita. *itu kos minumum untuk sekali makan bagi satu kepala okay.


RUANG TIDUR YANG SELESA | Selain mempunyai ruang tamu bersofa yang selesa, AmnaHome Homestay di Mantra on Murray ni yang kami inap ini mempunyai 2 kamar tidur yang cukup selesa.


Satu darinya merupakan bilik master yang dilengkapi dengan katil bersaiz queen dan almari pakaian.


Manakala satu lagi ruang tidur dengan sliding door yang bersambung dengan ruang tamu. Ruang ni pula dilengkapi dengan 2 katil single dimana salah satunya adalah katil portable yang boleh dilipat. Selain dari itu juga mereka ada menyediakan inflatable bed jika perlu.


LENGKAP DENGAN MESIN BASUH | Bagi traveller seperti saya yang tak suka bawa pakaian yang banyak ketika travelAmnaHome Homestay dapat menyelesaikan masalah saya. Unit mereka ada menyediakan mesin basuh beserta pengering sekali bukan tu je, siap ada sabun basuh sekali. Jadi tak perlu risau kalau tidak bawa baju banyak. Basuh dan terus keringkan, tak perlu takut jugak nak pakai pakaian sama kan, bag pun jimat ruang. *serius dah rasa macam kat rumah sendiri pulak, rumah sendiri pun tak ada pengering tau. ahahaha.


Layanan staff AmnaHome yang sangat friendly. Untuk yang pertama kali ke Perth, bantuan mereka pasti amat diperlukan. Anak muda Malaysia yang bertugas di sana tidak lokek berkongsi segala macam tips dan tempat makan halal serta murah di Perth! Malah, korang boleh dapatkan bantuan mereka pada bila-bila masa. Sudah semestinya tidak akan wujud masalah komunikasi semasa korang melakukan tempahan atas talian mahupun semasa check in di sana kerana mereka juga boleh berbahasa Melayu.


Check-in time pada pukul 2 petang, dan check-out time pada pukul 12 tengah hari

Harga satu malam: AUD $165
Deposit:  AUD $200.

Alamat penuh AmnaHome at Murray:

305, Mantra on Murray,
Murray Street,
60000 Perth WA.




Untuk tempahan bilik korang boleh terus hubungi mereka di +61402 966 473 atau email ke [email protected].

Facebook Page :



Selepas proses penjenamaan semula, Amna Home kini sudah TIDAK beroperasi lagi.

Post a Comment

12 Comments

  1. bestnya..bila la dapat pergi luar negara

    ReplyDelete
  2. Bestnya jika dapat melancong ke Perth, Australia. Bertuah badan Mawardi dpt pergi ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tak lama lagi tuan pula. Aamiin

      Delete
  3. bestnyaa teringin pula nak g sana

    ReplyDelete
  4. Nice Place (y) saya suka :)

    ReplyDelete
  5. nak tanya, rumah ni muslim punye ke?sbb risau nk guna perkakas dapur

    ReplyDelete
  6. wah selesanya... feeling local je kalau ada tempat tidur macam ni. lebih suka berbanding hotel!

    ReplyDelete