Penantian kini berakhir dengan pengumuman para pemenang Anugerah Pengguna Guardian (PCA) 2016 yang telah berlangsung di Nexus, CCEC Bangsar South City pada minggu lepas. MALAM ANUGERAH PILIHAN PENGGUNA GUARDIAN ini telah dilangsungkan bersempena sambutan Ulangtahun ke-49 Guardian, dan mengumpulkan jenamaa-jenama ternggul di bawah satu bumbung bagi menerima anugerah untuk praduk-praduk hebat merangkumi penjagaan peribadi hingga ke kosmetik dan penjagaan kesihatan serta manisan.
ANUGERAH PILIHAN PENGGUNA ini adalah untuk menganugerahkan produk-produk yang telah melampaui batasan inovasi dan kualiti produk di samping menyediakan platform untuk para pengguna berkongsi produk kegemaran mereka di kalangan pelbagai jenama di pasaran. Selain daripada pengiktirafan ke atas jenama dan produk terunggul di Malaysia, peraduan ini juga membantu meningkatkan integriti jenama kerana pemilik jenama akan sentiasa berusaha memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah dari masa ke semasa.
"Sejak dari edisi pertama pada tahun 2001, ANUGERAH PILIHAN PENGGUNA telah mengekalkan objektif untuk mengiktiraf jenama-jenama yang sentiasa membangunkan produk unggul bagi memenuhi keperluan harian kita. Usaha yang pada asalnya bertindak sebagai sebuah platform untuk penilaian jenama yang adil oleh para pelanggan telah berkembang menjadi sebuah panduan jenama berkualiti yang boleh dipercayai. Kejayaan jenama-jenama ini telah membantu membentuk reputasi Guardian sebagai salah satu daripada farmasi runcit terkemuka di Malaysia." kata Cik Anna Houl, Pengarah Dagangan Guardian Health Beauty.
Acara malam itu sungguh meriah kerana syarikat-syarikat utama serta rakan Guardian telah bersuka ria beramai-ramai. Para tetamu telah dihidangkan dengan sajian yang menyelerakan, persembahan khas dan peluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah dengan cabutan bertuah.
Malam penuh keceriaan telah dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh pemain biola elektrik berbakat Dennis Lau, yang mempesonakan para hadirin dengan kemahiran serta kesenian muzik beliau. Syarikat-syarikat besar dalam industri kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal menerima penghargaan untuk produk paling Popular, di mana pemenang kategori telah membawa pulang trofi Anugerah Guardian PCA.
Selain daripada menganugerahkan ANUGERAH PILIHAN PENGGUNA kepada pemenang, jenama terkemuka turut diiktiraf atas kejayaan luar biasa dengan Anugerah Pengiktirafan Khas Guardian.
GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn. Bhd. terbukti sebagai petanding tahun ini dan telah menerima Anugerah Pembekal Terbaik untuk Penjagaan Peribadi serta Anugerah Ulung Pembekal Terbaik Keseluruhan.
Abbon Laboratories (M) Sdn Bhd, yang terkenal untuk penyediaan rangkaian terbaik makanan tambahan berkhasiat di pasaran telah membawa pulang Anugerah Pembekal Terbaik untuk Kesihatan. Anugerah Pembekal Terbaik untuk Kecantikan telah dimenangi oleh juara bertahan, Ginvera marketing Ent. Sdn. Bhd. Masih kekal di ingatan dan hati orang ramai, Anugerah Inovasi Terbaik telah dimenangi oleh Reckitt Benckiser (Malaysia) Sdn. Bhd. untuk Dettol.
Memesuki tahun ke-16, Guardian memperkukuhkan kedudukannya mereka sebagai rangkaian farmasi, kesihatan dan kecantikan terunggul di Malaysia dengan memperkenalkan sistem pengundian berasaskan dalam talian baharu untuk ANUGERAH PILIHAN PENGGUNA. Sistem ini membolehkan akses mudah dan ringkas untuk orang ramai membuat undian dalam 57 kategori penyertaan, di mana peserta dengan padanan paling tepat akan memenangi hadiah mingguan yang menakjubkan. Peraduan ini telah berlangsung dari 28 April hingga 25 Mei 2016 dan mengetengahkan hanpir 250 buah produk daripada jenama - jenama terkenal seperti Maybelline, Johnson & Johnson, Nivea, dan banyak lagi.
Peraduan Menangi Sebuah Rumah
Guardian turut mangundang para konsumer untuk meraikan sambutan ulangtahun mereka dengan menganjurkan peraduan Menangi Sebuah Rumah di mana pemenang bertuah Hadiah Utama akan menerima sebuah rumah kembar dua tingkat di Eurema, D'Mayang Sari oleh Seri Pajam bernilai RM 489,000 serta produk Guardian bernilai RM9,000 untuk menyerikan kediaman baharunya!
Peraduan ini yang berlangsung dari 28hb Julai hingga 28 September 2016 turut melancarkan Jerayawara Menangi Sebuah Rumah di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai ANUGERAH PILIHAN PENGGUNA GUARDIAN, sila layari www.guardian com.my.
3 Comments
nice sharing
ReplyDeleteFuh! meriah nau. lagi satu dapat rumah tuh memang durian runtuh la..
ReplyDeletewow rumah tu
ReplyDelete