Apa perkara yang mencabar boleh dilakukan pada malam hujung minggu korang jika bukan ke Night Of Fright 4 !!! Seperti tahun-tahun sebelum ni, Night Of Fright ini telah menjadi "month festival" yang paling dinanti-nantikan oleh kami. *memang buang tabiat kan. huhu
Artikel Berkaitan : Night Of Fright 3
Night Of Fright 4
Bermula dari 7 Oktober sehingga 31 Oktober 2016 ni, Sunway Lagoon sekali lagi akan dipenuhi dengan roh-roh dan penampakan kelibat yang sudah semestinya akan membuatkan korang meremang bulu roma. Pintu akan dibuka tepat pada jam 7.30 petang sehingga lewat 11.30 malam dan hanya pada hari jumaat, sabtu dan ahad sepanjang Oktober ini.
Rumah Hantu Night Of Fright 4
Terdapat banyak tarikan Rumah Hantu yang pasti membuatkan korang puas menjerit. Apa yang sempat saya dan kawan-kawan masuk ialah MALAYA HIGH-SCHOOL, CHAONEI No. 81, Ghosbusters Adventure Live, Zombie Apocalypse, KEVIL Hill dan beberapa lagi.
Selain dari rumah-rumah hantu yang saya nyatakan tadi, ada juga beberapa 'Scare Zone' yang anda bakal tempuhi seperti Ah Wing's Butcher Shop, Tanah Perkuburan Bukit Lang, The Clown , Zombie Walk dan banyak lagi.*yang ni sangat mencabar dan cukup mendebarkan. Bukan setakat itu je, korang juga boleh mencabar diri dengan 11 rides yang dibuka untuk semua pengunjung Night Of Fright 4.
Ketakutan korang bukan hanya terhad hanya pada rumah-rumah hantu yang korang bakal masuk, tapi korang juga bakal berjumpa dengan roh-roh dan hantu yang cukup mengerikan di sekitar luar rumah-rumah hantu. *makin kita tunjuk ketakutan pada mereka, semakin diorang akan ganggu dan kejar kita.
Macam-macam hal jugalah terjadi pada kitaorang semasa kat Night Of Fright 4 tempoh hari. Dinasihatkan pergilah beramai-rami max 8 orang untuk pergerakan kumpulan korang. Pastikan salah seorang dari korang itu BERANI !!!! *bukan apa, mudah untuk lead pergerakan korang semasa tempuh rumah-rumah hantu. Dan pastikan orang yang berani itu tidak rabun untuk mengelakakn beliau bawa kumpulan korang ke jalan yang salah. hahahahahaha.
AWAS!!!! korang dilarang sama sekali untuk menyentuh mana-mana hantu yang menghampiri korang kerana mereka juga tidak sama sekali akan menyentuh korang.
Pengalaman kami pada minggu lepas memang cukup best, keseraman yang kami lalui tu memng mencapai tahap maximum dan tak pasal-pasal ada hantu kena azan oleh kami. hahahah. Walaupun sampai tahap tu, serius nak cerita kat korang yang kami akan repeat lagi minggu depan.
Maklumat Night Of Fright 4
Lokasi
Sunway Lagoon
Tarikh
7 Oktober - 31 Oktober 2016
Waktu Beroperasi Nights Of Fright 4
7.30 malam - 11.30 rnalarn
Hari Beroperasi Nights Of Fright 4
Jumaat, Sabtu dan Ahad Sepanjang Bulan Oktober
Harga Tiket Nights Of Fright 4
- RM58 (Harga Biasa)
- RM50 (Harga Pelajar)
- RM120 (Pass masuk Sunway Lagoon berserta 1 tiket Night Of Fright 4)
- RM80 (2 tiket untuk kemasukan pada hari Ahad sahaja)
Untuk maklumat laniut :
Tel : 03-5639 0000
Website : sunwaylagoon.com
Facebook : Sunway Lagoon Malaysia
2 Comments
kita memang penakut..hahaa..tapi nak sangat masuk
ReplyDeleteharap lagi seram lagi tahun depan
ReplyDelete