MENU BARU DI NANDOS


Kalau dulu, saya akui saya tak pandai sangat nak makan di Nandos. Bukan sebab apa, cuma mungkin ramuan mereka sendiri jauh berbeza dari ramuan makanan melayu biasa. Tapi memang saya sendiri akui, ramai juga di kalangan member-member saya sendiri merupakan peminat Nandos. Sekarang, oleh kerana sudah terbiasa ikut kawan-kawan makan di Nandos saya sendiri mula tertarik dengan makanan-makanan mereka.


Apa yang saya dapat perhatikan mengenai Restoren Nandos ni, mereka cukup kreatif dalam menyampaikan konsep sebenar mereka. Semua dekorasi interior outlet Nandos memang tidak pernah mengecewakan peminat-peminat mereka. *saya tak rasa yang saya seorang je sedar akan hal ni.


NANDO'S PARTY


Beberapa hari lepas, saya dan beberapa orang blogger telah dijemput oleh pihak Nandos Malaysia untuk menghadiri Nando’s Party (Nando's tribe feasts and fun) yang diadakan di Nando's Atria.


MENU BARU NANDOS


Menu baru pertama yang korang kena cuba ialah menu Thigh & Mighty Sandwich, iaitu dengan dua peha ayam yang lazat diapit di antara dua keping Portuguese Rolls yang dibakar sempurna.



SaucyTenders, Veg & Rice pula merupakan menu yang menampilkan kepingan ayam PERi-PERi yang sudah cukup terkenal di kalangan peminat Nandos sendiri. Ianya disajikan bersama beras wangi berempah dan sayur- sayuran.


Bagi mereka yang sukakan kepak ayam, pilihan Wing Platter pasti akan memberi kepuasan kepada korang. *ada 10 keping kepak ayam PERi-PERi 



Bagi mereka yang sukakan pada salad dan sayur, Nando’s juga ada menyediakan 2 pilihan premium yang lebih sihat dengan sajian sampingan Fino Side iaitu Caesar Salad & Algarve Salad.


Untuk maklumat lanjut mengenai menu baharu di Nando’s, korang boleh rujuk di :

Website:

Facebook:

Post a Comment

7 Comments

  1. ane suka banget makanan ala2 portugis gitu, kapan2 mau lah main ke nanos

    ReplyDelete
  2. baru jer gi makan nandos semalam, tak sedar la pulak pasal menu baru ni. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya kena pergi lagi lah tu kan hehehehe

      Delete
  3. sampai sekarang aku tak pandai makan nandos ni haha

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. aku tau ko ada curi bawa balik ritu kan hehehhe

      Delete