COSTA CRUISES RAIKAN ULANG TAHUN KE-10 DI ASIA


Sempena ulang tahunnya yang ke 10, Costa Cruises ada menawarkan pelbagai aktiviti dan slot menarik bagi meraikan ejen dan pelanggannya, Antaranya adalah ejen pelancongan berpeluang memenangi hadiah pas pelayaran selama 10 tahun di Asia.*wow menarik bukan.


Costa Asia meraikan ulang tahun ke-10 syarikat kapal persiaran antarabangsa pertama yang menyelusuri Asia dengan jalinan kerjasama industri di Kuala Lumpur, Malaysia. Sejak pelayaran sulungnya pada Julai 2006, Costa Asia seringkali mengecapi pelbagai pencapaian untuk muncul perintis dalam industri. Ia menjadi syarikat kapal persiaran antarabangsa pertama yang berlabuh di sepenuh tahun di Asia. Sehingga kini, bagi pasaran Asia sahaja, ia sudah mencatat 2 juta penumpang.



Menyelusuri selama sedekad itu, Costa Asia terus mengekalkan prinsip yang mengutamakan kepuasan pelanggan selain fokus dalam inovasi dan keunggulan untuk menikmati pengalaman pelayaran penuh kreatif dengan memberikan sentuhan ‘Pelayaran Itali’ / Italy at Sea.

A photo posted by Muhamad Mawardi (@mawardiyunus) on

Daripada pelayaran awal, Costa Allegra (2006), Costa Classica (2009) dan Costa Romantica (2010), dengan yang terkini Costa Victoria (“The Ship of Fashion”, 2012), Costa Atlantica (“The Ship of Art”, 2013), Costa Serena (“Ancient Rome at Sea”, 2015) dan Costa Fortuna (“Museum at Sea”) pada April 2016, Costa Asia menampilkan ‘Pelayaran Itali’ / Italy at Sea, yang memberikan pengalaman percutian dengan gaya sebenar pelayaran Eropah. “Sepanjang sedekad, kami melabur dalam pasaran pelayaran di Asia dengan memberikan sentuhan ‘Pelayaran Itali’ / Italy at Sea.

A photo posted by Muhamad Mawardi (@mawardiyunus) on

Kami ingin merakamkan penghargaan kepada semua komuniti setempat atas sokongan yang tidak berbelah bahagi,” jelas Buhdy Bok, Presiden Costa Group Asia. “Kami juga berterima kasih kepada warga kerja kami yang penuh dedikasi dan sumbangan mereka yang tidak ternilai untuk dihargai syarikat dan juga penumpang,” tambah Bok lagi. Armada Costa Asia bakal menerima ketibaan Costa neoRomantica pada tahun 2017, juga pada tahun 2019 dan 2020, iaitu dua kapal persiaran berkapasiti 4,200 penumpang yang khusus rekaannya bagi pasaran Asia. Selain itu, syarikat pelayaran terulung Jerman, AIDA Cruises akan menyertai Costa Asia menjelang 2017 untuk pertama kalinya, dengan menempatkan sebuah kapal persiarannya di Asia, sepanjang tahun.

Costa Cruises adalah syarikat kapal pelayaran mewah antarabangsa pertama memasuki Asia Pasifik pada tahun 2006. Sejak 10 tahun yang lalu, Costa Cruises mengutamakan prinsip berorientasikan pelanggan dan memfokuskan kepada inovasi, kualiti produk terbaik dan juga kreativiti kepada tetamu Asia dan China dengan sentuhan pengalaman ‘Pelayaran Itali’ / ”Italy at Sea” . Ketika ini, 4 daripada 14 buah kapal armada Costa sering menyelurusi dan belayar di China dan juga negara Asia.

‘Pelayaran Itali’ / Italy at Sea'



Pelayaran dari Pulau Pinang dan Pelayaran Costa Victoria Antara Oktober 2016 dan Januari 2017, Costa Victoria akan menawarkan rangkaian pelayaran untuk 3 hingga 5 malam bermula dari Singapura, Phuket di Thailand, termasuk di Melaka, Langkawi dan Pulau Pinang di Malaysia. Untuk memberikan keselesaan, bagi pelayaran bermula Oktober dan November 2016, penumpang yang berada di Malaysia, dapat menaiki dan kembali di Pulau Pinang. Ia memberikan kemudahan kepada warganegara Malaysia merasai keunikan ‘Pelayaran Itali’ / Italy at Sea secara terus di negara sendiri.


Armada Costa Asia menerapkan perincian setiap aspek kapal persiaran Costa Victoria yang menampilkan gaya rekaan asli Itali yang elegan. Dekorasi pada lounge memperlihatkan keunikan seni, seperti yang dilihat pada Capriccio Bar, dengan penggunaan dekorasi mozek karya Emillio Tadini. Dengan sentuhan rekaan gaya tersendiri yang menjadi identiti Costa Victoria, ia manjadi, kapal persiaran berstatus fesyen pertama di Asia.


Lima restoran yang terdapat di Costa Victoria menampilkan menu hidangan kulineri ala Itali, yang khusus bagi selera orang Asia. Kapal persiaran mewah ini memberikan kepelbagaian dalam pengalaman menikmati hidangan, dari sajian buffet, restoran pizza hinggalah kepada fine dining. Terdapat juga 10 bar dan kelab malam, yang boleh dikunjungi tetamu dewasa pelbagai peringkat umur dengan hiburan dan persembahan setiap malam.


Untuk memberikan pengalaman lebih sebenar ‘Pelayaran Itali’ / Italy at Sea, tetamu akan dibawa untuk melihat persembahan terkenal dunia iaitu “Carnival of Venice” di atas kapal persiaran. Pesta yang dimulakan dengan persembahan muzik ‘live’ dikuti perarakan di Atrium. Tetamu akan menyelami kepelbagaian festival ini dengan persembahan budaya dan tradisi dengan suasana dikelilingi “Carnival of Venice”.



Yang menariknya juga, kalangan yang terlibat dengan persembahan akan mengenakan busana Venetian sebagai pengalaman tradisi Itali. Tetamu juga boleh turut serta menari bersama-sama ketika sesi Round Dancing. Untuk menghiburkan tetamu juga, segmen khas memperingati Michael Jackson dengan persembahan ‘Feel the beat’ menampilkan variasi rentak seluruh dunia dengan sentuhan moden. Tetamu juga diajak bergelak ketawa dengan komedi jenaka “Duo Lafracci”, termasuk juga “Sapori d’ Italia”, yang bakal menampilkan seleksi lagu dan tarian popular Itali.

Post a Comment

2 Comments

  1. belum pernah merasa lagi naik cruises. nak ajak khaleesi mini date atas cruise la

    ReplyDelete
  2. Costa Cuises mungkin kurang dapat sambutan bagi golongan kebanyakkan, tapi nampak dari gambar ni pelayarannya pasti ekslusif dan menyeronokkan. :D

    ReplyDelete