Kaum lelaki di Malaysia khususnya amat memberi perhatian yang tinggi kepada kulit wajah mereka. Bagi mereka yang mempunyai misai atau jambang, bercukur dengan pisau cukur pakai buang biasa selalu memberikan masalah dengan menjejaskan kulit dan biasanya meninggalkan kesan kemerahan dan kerengssan.
Kini, ia tidak lagi menjadi masalah kepada kaum lelaki di luar sana kerana Gillette, peneraju global dalam penjagaan pencukuran global dan perintis industri telah menaikkan tahap inovasi sekali lagi dengan rangkaian Mach3® yang baru.
Rangkaian Gillette Mach3® baru ini telah hadir dengan bilah pencukur yang lebih tajam dan jalur pelincir yang dipertingkatkan untuk memberi hasil cukuran dan kulit yang hebat. Rangkaian Gillette Mach3® terdiri daripada Gillette Mach3®, Mach3® Sensitive dan Mach3® Turbo, dipertingkatkan untuk memberikan hasil cukuran dan kulit yang hebat, walaupun pada cukuran yang ke-10.
Sebuah acara ala rancangan bual bicara yang telah dihoskan oleh Nadia Heng telah berlangsung pada 17 Ogos 2016 yang lepas sempena perasmian Rangkaian Gillette Mach3® baru ini di Talent Lounge, Menara Mustapha Kamal PJ Trade Centre. Dalam acara tersebut, Nadia Heng telah digandingkan dengan selebriti terkenal tempatan iaitu Fahrin Ahmad.
Fahrin Ahmad juga berkongsi cerita mengenai cabaran merias diri untuk lelaki dan bagaimana beliau mengatasinya dengan Gillette Mach3® baru. Fahrin Ahmad bersetuju bahawa penampilan yang menarik dengan kulit yang hebat boleh meningkatkan keyakinan.
“Saya percaya alat pencukur yang betul boleh memberikan kulit yang hebat. Kita perlu mendapatkan pisau cukur yang sesuai untuk hasil yang terbaik. Apabila anda memulakan hari dengan kulit yang hebat, minda anda juga akan memfokus untuk melakukan perkara yang hebat!” kata Fahrin Ahmad.
Selain dari itu, beberapa aktiviti menarik bersama tetamu juga telah didilakukan seperti demo bercukur menggunakan Gillette Mach3 dan permainan perkataan.
Ong Yuh Hwang, Country CEO, MSB (Malaysia Singapore Brunei)
“Gillette faham bahawa kulit yang hebat bermula dengan cukuran yang hebat, terutamanya apabila sedang bersiap untuk acara yang penting di mana kita perlu memberikan penampilan yang terbaik. Kami juga faham bahawa kesan kemerahan dan kerengsaan akibat bercukur dengan pisau cukur pakai buang yang murah boleh menghalang anda dari mendapat kulit yang hebat,” kata Ong Yuh Hwang, Ketua Pegawai Eksekutif Procter & Gamble Malaysia, Singapura & Brunei.
“Di Gillette, kami faham mengenai keperluan ini dan kini memperkenalkan rangkaian Mach3® baru untuk membolehkan para lelaki di luar sana mendapatkan kulit yang kelihatan lebih baik. Bercukur adalah langkah pertama di dalam rutin penjagaan kulit lelaki dan anda tidak sepatutnya menghadapi kerengsaan.”
3 Manfaat Utama Gillette Mach3® Turbo
|
1. Bilah lebih tajam yang menggunakan daya potongan
yang lebih rendah, memberikan pengalaman bercukur yang lebih selesa dan mengurangkan
kerengsaan dan kesan kemerahan selepas bercukur.
|
2. Teknologi salutan bilah pencukur yang maju,Teknologi
Thin Uniform Telomer (TUT) memberikan kekuatan yang tinggi kepada bilah pencukur
yang halus dan mengurangkan daya potongan.
Setakat ini, teknologi ini hanya boleh didapati pada Mach3® Turbo.
|
3. Bar gel yang dipertingkat kini 30% lebih lebar, direka
untuk sentuhan yang lebih baik dengan kulit, dan mengandungi lebih “pelincir pengalas”
untuk member pelinciran dan luncuran yang lebih baik.
|
7
Ciri-Ciri Utama Rangkaian Gillette Mach3® Baru
|
||
1.
|
3 bilah berbanding 2 bilah
pencukur
|
Apabila mencukur dengan
pencukur pelbagai bilah, ia menggunakan fleksibiliti rambut di dalam folikel dan
proses ini dikenali sebagai “histeresis” yang memberikan hasil cukuran yang
lebih kemas dan tahan lama.
|
2.
|
Bilah yang disambung dengan spring
|
Dalam rangkaian Mach3®, setiap bilah dipasang
secara individu pada pemegang spring. Iaber gerak ke atas dan ke bawah dan melaras
secara automatic tekanan pencukuran dan jenis kulit yang berbeza lalu menambahkan keselesaan cukuran.
|
3.
|
Pelindung kulit
|
Pelindung kulit Mach3® terdiri daripada microfin lembut dan fleksibel
yang meregang kulit dengan lembut untuk menyediakan permukaan yang lebih licin
kepada bilah pencukur lalu menambah keselesaan kulit dan mengurangkan kerengsaan.
|
4.
|
Pangsi hadapan
|
Pemegang Mach3® disambung di hadapan katrij untuk
mengalihkan 50% daya ritangan agar menjauhi bilah pencukur untuk meningkatkan
keselesaan kulit dan memastikan katrij mengikut kontur wajah lelaki.
|
5.
|
Binaan terbuka
|
Pangsi hadapan juga
menghasilkan “binaan terbuka” yang membolehkan katrij dibilas dan dibersihkan
dengan lebih mudah.
|
6.
|
Pemegang ergonomik
|
Mach3® mempunyai pemegang ergonomic dengan titik
pegangan elastomer untuk memberikan pegangan yang selamat da nkawalan yang
bagus dalam keadaan basah.
|
7.
|
Sistem cantuman tunggal
|
Sistem cantuman tunggal
menyambung pemegang kekatrij bilah pencukur berputar untuk menempatkan pencukur
pada posisi yang optimum di atas kulit.
|
Untuk makluman anda semua, rangkaian produk Rangkaian Gillette Mach3® yang baru ini boleh didapati dimana-mana pasaraya yang terdekat dengan seleksi harga yang mampu milik bermula daripada RM15.90 untuk Mach3® Classic , RM17.90 untuk Mach3® Sensitive dan RM18.50 untuk Mach3® Turbo.
PERADUAN Gillette Mach3®
Berita baik untuk korang yang sudi datang dan baca entry ini, ada 10 Gillette Mach3® untuk dimenangi.
Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan berkongsi dengan saya tentang rutin mengcukur anda ketika ini dan bagaimana Gillette Mach3® baru bakal mengubah segala masalah dan memberi anda pengalaman baru kelak.
Cukup mudah, bukan?
Jadi tunggu apa lagi? Tinggalkan komen anda di entry ini dan sila semak semula penyertaan anda pada awal September ini untuk melihat jika anda telah menang!
-------------------------
Untuk maklumat lanjut mengenai Gillette Mach3® ini, korang boleh terus layari mana-mana medium dibawah:
Facebook :
Laman Web :
16 Comments
tah..tak nampak apa yang bestnya..haha..aku dah malas nak guna yang ada mata ni..guna elektrik je, beli kat Lelong dalam RM60 je, dah takpayah pening..caj bateri je..setel..cukuran pun licin gak :P
ReplyDeleteyg 4 blade ada kan. jambang i ni kena pkai byk blade.. huhuhu.. tabah ja
ReplyDeleteSelalunya bercukur setiap kali pagi sebab selain kemasan rambut, bercukur pun merupakan tips penjagaan diri yang penting bagi lelaki. Kalau dapat guna Gillette Mach 3 ni pasti dapat cukuran yang lebih mantap sebab tadi ada baca Mempunyai 3 bilah pisau dan pemegang egornomic. terbaiklah!
ReplyDeleteBiasanya, pi bercukur di kedai alang-alang pi gunting rambut. Nampak gaya Gillette Mach3 ni stylo habis. Nak cuba la satu! Confirm jadi kacak macam Fahrin Ahmad lepas ni, keh3
ReplyDeleteG Gaya tampan seorang lelaki pastinya dengan Gillette Mach3
I Impikan cukuran licin dan kulit selamat itu pasti
L Lengkap dengan 3 bilah pisau
L Lagi best tampil dengan pemegang ergonomik
E Eksklusif dan tampil degan teknologi terkini
T Tampilkan bilah dengan spring untuk fleksbikiti
T Tonjolkan binaan pangsi hadapan dan binaan terbuka untuk mudah dicuci
E Elegan ciptaanya, Efektif hasil cukurannya, itulah Gillette Mach3
Saya selalu nya bercukur jambang dan misai di kedai gunting rambut. Tetapi lepas membaca 7 Ciri-Ciri Utama Rangkaian Gillette Mach3® Baru saya rasa berminat untuk mencuba selepas ni...
ReplyDeleteSejujurnya patik hanya menggunakan jenama yang "biasa-biasa" utk bercukur dan kadang tu menggunakan pencukur pakai buang.
ReplyDeletePencukur yang tu akan memberikan rasa pedih-pedih pada kulit muka berkemungkinan cukuran yang tidak sekata atau mata pisau yang mungkin tumpul.
Bila terbaca entri ni, rasa teruja dengan kehebatan Gillette Mach 3 terbaru ni. Memang tak sabar utk merasai pengalaman bercukur yg hebat !!
Suami saya selalu cukur jambang dengan misai dia dgn menggunakan pencukur biasa. Selepas cukup mesti berbirat darah sampai berbekas habis muka dia yang hensem tu.. hahahah.
ReplyDeleteKalau dia guna Gillete Mach 3 ni saya boleh bagi hadiah kat dia kompom lepas ni dia cukur takder berbirat darah kat muka sebab pencukur Gillete Mach 3 ni hebat, selamat dan berteknologi tinggi lagi.
Sebenarnya bagus guna Gillette Mach3 ni.. cukuran lancar dan licin je.. kalau nak ikutkan tak perlu pakai shaver foam pon sebab pelincir dia dah ada pada pelekat biru pada atas mata Gillette Mach3 ini.. di tambah lagi dengan 3 bilah mata yg tajam yg boleh di guna berulang kali... mcm saya kalau bercukur ni mmg kena tiap2 hari sebab mmg cepat tumbuh... dengan guna Gillette Mach3 ni senang... boleh je buat cukuran kering dalam kereta atau dalam tandas tempat kerja.... Gillette Mach3 9 star of 10. tq
ReplyDeletenikita nak juge dong... mau bikin cukuran pelipat ayam... hikhik
ReplyDeleteSebagai seorang lelaki saya hari2 memastikan bahawa wajah saya tampak kemas dan bergaya. Jadi memang setiap pagi saya kena bercukur untuk menjaga penampilan dikalayak ramai. Sebelum ni saya bercukup dengan pencukur biasa tapi kerena muka saya yang ada jerawat menjadikan cukuran tidak mudah dan kadang2 luka disesetengah bahagian muka.
ReplyDeleteTapi setelah baca produk baru dari Gillette March 3 ini saya yakin masalah cukuran tidak rata dan luka2 dimuka dapat diatasi dan masa bercukur saya lebih cepat. Saya yakin dengan Gillette March 3 dan saya mahu memilikinya.
Saya memang guna razor dan shaving foam dari Gillette. Tapi yang biasa je la, Gillette Nacet dengan Gillette Blue. Setakat ni memang tak pernah mengecewakan lagi. Haa, dah ada yang baru ni, macam menarik pula. Boleh try yang ni kalau terjumpa kat bandar nanti.
ReplyDeleteMemang banyak kali dah sebelum ini aku guna pencukur jenis pakai buang dari jenama Gillatte juga dan kadang2 terlupa buang dan pakai semula lagi dan lagi sampailah tumpul pisaunya. Dari itu akibatnya kerap gunakanya, kulit pada bahagian berkenaan sudah terangsa,kemerahan dan pedih. Tak sanggup dah kalau ada yang baharu dan best aku tak lepas peluang. Aku rasa macam tak sabar nak dapatkan pencukur Gillatte March 3 untuk tampak lebih selesa selepas bercukur dan kelihatan bergaya dengan senyuman ceria. Yeah Gillette March 3.. aku akan dapatkanmya.
ReplyDeleteRazor pilihan suami tercinta..
ReplyDeletetentulah dari Gillette Mach3 jenamanya,
Pencukuran kemas lebih tampil segak bergaya,
tahan lasak dan mesra pengguna...
Harganya berpatutan penjimatan berganda,
kelengkapan penjagaan diri yang wajib ada,
diri tampil berpersonaliti menyerlahkan lagi aura,
Nah! inilah suami yang diidami sentiasa berwajah kemas dimata isteri tercinta.
Sebagai lelaki bekerjaya yang mementingkan penampilan, penjagaan wajah amat saya titikberatkan. Rutin saya mencukur dalam lingkungan 3 hari sekali, selalunya saya menggunakan pencukur pakai biasa untuk mencukur janggut dan misai. Pencukur biasa memang agak memedihkan bila digunakan, dan kadang-kadang mendatangkan kecederaan.
ReplyDeleteKehadiran Gillette Mach3 sangat megujakan saya kerana ia memberi hasil cukuran yang lebih kemas dan tahan lama selain menambah keselesaan semasa bercukur. Gillette Mach3 memang pilihan terbaik.
Ok aku pengguna tegar Gillette sampai sekarang. Aku pernah cuba tukar pencukur jenama lain tapi tak tahan lama. Bilahnya cepat tumpul dan luka kat muka jangan cakaplah. Sentiasa nak kena berhati hati. Sumpah sangat menyusahkan.
ReplyDeleteLepas aku guna Gillette Mach3, aku rasa masa aku banyak jimat sewaktu mencukur. Sekali lalu je, tak perlu ulang berkali kali pada tempat yang sama untuk mendapatkan cukuran yang bersih. Mudah digunakan dan senang dibersihkan. Tak perlu nak risau lagi kawasan kawasan yang tak sekata dan tak tercapai.
Serius produk terbaik untuk lelaki yang mementingkan penampilan.
Penampilan seorang lelaki tu dilihat pada wajahnya.. walaupun berjambang tapi kena pastikan ianya perlu kemas.. dengan gillette penampilan kemas seseorang lelaki itu boleh ditonjolkan...
ReplyDeleteApa yang uniknya alat pencukur ini adalah, ia boleh saya bawa kemana saja terutama ketika travel... kekemasan yang dihasilkan juga tarikan utama..
Memang dah tak tukar yg lain..