Pertama dalam sejarah hidup saya untuk cuba tempah baju customade. Kebiasaannya hanya beli yang dah siap di kedai je. Tapi faham-faham lah, tak semua menepati citarasa kita, tambah lagi untuk sut atau blazer. Memandangkan baru-baru ni ada seorang tukang jahit ternama Mr. Vik dari Bangkok datang ke Kuala Lumpur, jadi saya tak lepaskan peluang untuk cuba servis beliau. *dengar khabar beliau juga pernah jahit pakaian untuk pelkon terkenal Jackie Chan.
Tanpa membuang masa yang ada, temujanji telah saya aturkan dengan beliau melalui personal message (PM) di Facebook Mr Vik di fb.com/sartodimoda . *temujanji perlu dibuat untuk mengelakkan sebarang masalah seperti clash masa dengan clien beliau yang lain.
Temujanji dibuat untuk memudahkan Mr. Vik mengambil ukuran badan kita dan memberi pandangan dalam kesesuaian tempahan kita. Memandangkan saya tidak pernah melalui situasi membuat tempahan baju sendiri dengan mana-mana tukang jahit, saya merasakan Mr. Vik cukup membantu saya dalam membuat keputusan termasuk memilih jenis style sut dan material yang sesuai dengan kehendak dan keperluan saya. Mr. Vik juga memberikan saya beberapa cadangan yang sangat berguna berkaitan style pemakaian untuk dipadankan dengan keadaan.
Agak pening jugak untuk memilih material dan colour yang sesuai. Tambah pula, koleksi material yang Mr. Vik ada terlalu banyak dan pelbagai, sampaikan ada dari sample kainnya tak sempat untuk saya tengok pun.
Atas bantuan dan nasihat dari Mr. Vik, akhirnya saya telah memilih code colour di bawah ni. *pilihan kena tepat supaya sut yang saya buat ni sesuai untuk di pakai untuk pelbagai majlis dan situasi kan. Nak termeninggal jugak pilih material and colour yang sesuai dengan diri ni.
Selesai dengan memilih material, kemudian butiran terperinci seperti kolar, lengan, butang, singkatan dan lain-lain, Mr.Vik akan bawa semua maklumat spesifikasi tersebut pulang ke Bangkok untuk di realisasikan di sana. *jadi saya perlu tunggu untuk beberapa ketika sebelum ianya siap dan di pos ke Kuala Lumpur.
Akhirnya, barang yang ditunggu sudah sampai ke tangan saya fresh dari Bangkok.*apa lagi, belum sempat apa-apa saya dah mula cuba. Memang tidak mengecewakan, ianya sangat selesa dan yang penting potongannya sangat kemas. Sempat juga pakai untuk sambut Timbalan Perdana Menteri semasa majlis penutup NBOS di PICC tempoh hari.*serius tak tipu, ramai yang puji. Lepas ni saya akan cuba pakai dengan style tak formal pula.
TERIMA KASIH SARTO DI MODA
Jadi sekiranya korang ingin menempah suit, baju, seluar atau skirt anda boleh mengunjungi Butik Sarto di Moda yang berlokasi di Bangkok, Thailand atau bertemu dengannya dalam kunjungan beliau yang akan datang di Malaysia iaitu pada Mac 2017.
Sarto di Moda
2, Soi 11 Sukhumvit Road
Bangkok 1010, Thailand.
Hubungi:
+ 66-081-906 9310 (Vik) + 66-089-812 0081 (Prem)
E-mel:
Facebook:
www.facebook.com/sartodimoda
Laman Web:
www.sartodimoda.com
2 Comments
fuyyoooooo semart jetak abam madi kito hehehhehe
ReplyDeleteteringin juga nak pakai sut ni..tapi tak tahu bila nak pakai..takda majlis yang sesuai..hehhe..
ReplyDeletewww.ceritaejoy.com