THE STICK ECO RESORT | RESORT DALAM HUTAN DI SELANGOR


Dah lama rasanya tidak memanjakan diri bercuti bersama kawan-kawan ke tempat yang mempunyai sungai khususnya. Pada minggu lepas, dalam perjalanan kami ke Bukit Fraser, sempat juga kami singgah di satu lokasi dimana baru sahaja dibangunkan sebuah eco-resort yang cukup unik yang dikenali sebagai The Stick.


Untuk akses ke kawasan resort, kenderaan yang dipandu oleh pengunjung harus di parking di tepi jalan. Ini kerana, resort ini hanya boleh diakses dengan berjalan kaki menaiki jambatan gantung atau menggunakan trak 4x4 yang disediakan oleh pemilik resort untuk merentasi anak sungai. The Stick merupakan sebuah eco-resort yang terletak di dalam kawasan tanah persendirian. Semasa kehadiran kami, resort ini masih dalamproses pengubahsuaian.

keadaan penginapan yang kami stay

Secara peribadi tempat ini cukup sesuai bagi mereka-mereka yang perlukan privacy. Ini kerana resort ini boleh dikatakan terputus dari kehidupan bandar dan juga rangkaian internet. *mungkin ia masih terlalu baru untuk itu. Jom kita lihat keadaan penginapan yang kami stay pada hari tu.

keadaan dari luar 

keadaan dari dalam



keadaan bilik air dengan bumbung terbuka

Bilik kami mempunyai bilik mandi yang bersambung dengan pandangan atas bumbung terbuka yang indah. *sesuai untuk honeymoon gamaknya, pintu bilik air hanya sekadar tirai kain. hehe.

A photo posted by The Sticks (@thesticksguide) on

The Stick terdapat pelbagai jenis bilik mengikut pengunjung mahu pilih mana satu jenis penginapan yang diinginkan. Ada tu dari rumah kayu sehinggalah hanya khemah. Ada juga Tendoks (khemah + pondok) yang terletak di dalam hutan yang berhampiran sungai di mana anda boleh mendengar bunyi sungai yang mengalir.


Terdapat 2 lapisan untuk khemah di mana satu adalah kelambu dan satu lagi adalah keseluruhan penutup khemah.


Ada beberapa bilik yang tidak mempunyai bilik mandi di dalamnya. Jadi tandas luar adalah penyelesaiannya.


Jika inginkan sesuatu yang lebih mendamaikan, ringankan kaki anda untuk merasai kesejukan dan kejernihan air sungai yang terletak tidak jauh dari kawasan resort.*perlu jalan kaki sikit je. Sungai ini adalah benar-benar sejuk dan jernih air dia! kalau mandi di sini, betul-betul boleh membuatkan badan anda berasa begitu segar.
Tempat makan malam kami sangat open dan menarik. Hidangan dimasak sendiri oleh pemilik dan di hidang sendiri setiap seorang. Hidangan buffet sedikit aje tapi tampak menarik dan sedap.


Untuk info lanjut berkenaan tempat ni, korang boleh rujuk info berikut:


The Sticks Eco-Resort & Glamping Site
Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor, Malaysia
Telp.: +60 173459109
Instagram: @thesticksguide

Kredit Foto :EazyIzzuddin

Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Eat.Travel.Write Selangor 3.0 - Selangor International Culinary Adventure, iaitu lawatan media yang diadakan pada 21 hingga 24 April 2016 lalu. Acara itu telah dianjurkan oleh Gaya Travel Magazine dan Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) sempena mempromosikan Negeri Selangor.


Post a Comment

13 Comments

  1. Sukanya.... back to nature but still modern... suka tilam bawah toilet aje agak terbuka hahaha utk wanita menutup aurat kena guna dalamnya lelaki xpe kot hahahaha berapa ye seorg cajnya

    ReplyDelete
  2. Bestnyaa.... bru tahu selangor ada hutan cntik

    ReplyDelete
  3. Lawanya..bestnya..tempat tidur die tu

    ReplyDelete
  4. Terima kasih review tempat ni. Tak sangka dekat Selangor pun ada resort dan hutan macam ni. :D

    ReplyDelete
  5. Memang nampak klasik. Pagi pagi mesti sejuk sungguh ni. Dekat sungai

    ReplyDelete
  6. menarik ni.. apa pagi aktiviti yg ada disana. cuba share

    ReplyDelete
  7. Nak jua lah bercuti kat sini. Bestnye eco-tourism macam ni. :D

    ReplyDelete
  8. Nak jua lah bercuti kat sini. Bestnye eco-tourism macam ni. :D

    ReplyDelete
  9. siapa pemilik tempat ni??? muslim?

    ReplyDelete
  10. makanan under kita sendiri or mmg dah include ? about the car yg park dekat tepi jalan tu, is it safe ?

    ReplyDelete
  11. Menariknya, tapi kalau ada anak kecik risau juga masuk hutan macam ni kan.

    ReplyDelete
  12. Fuh bestnyaa... dapat bayangkan bunyi air sungai dan bunyi cengkerik malam2... kalau free memang dah pi dah

    ReplyDelete