RYMBA HAVEN | LOKASI BERBUKA DI NILAI PERDANA 2016


Nilai merupakan salah sebuah daerah di Negeri Sembilan yang merupakan destinasi paling dekat dengan negeri Selangor. Jika perjalanan kami dari Bangi, hanya memakan masa kurang dari satu jam. Jadi tidak terlalu jauh untuk kami mengambil peluang berbuka puasa di sekitar sana.


Lokasi berbuka puasa hari kedua saya pada tahun ini ialah di Rymba Haven yang terletak di Nilai Perdana. Untuk pengetahuan korang, Rymba Haven ni merupakan private venue yang sangat sesuai untuk buat event, majlis perkahwinan, makan-makan dan sebagainya. Lokasinya sangat strategik dan mudah dijejaki dengan menggunakan aplikasi waze di telefon bimbit korang. Memang cantik sangat tempat ni kerana lokasinya yang terletak atas bukit Nilai Perdana.

Antara fasiliti yang ada di Rymba Haven ni ialah kemudahan tempat tinggal, Rymba Haven Santai Cafe, kolam, audio PA sound system, VIP room, balkoni untuk lepak bersama keluarga, karaoke, wifi, parking yang cukup luas untuk semua, dan juga kemudahan surau turut disediakan. Dewan dan anjung dengan kemudahan penghawa dingin.



Sempena bulan Ramadhan ni, Rymba Haven ada menyediakan pakej Buffet Ramadan yang best untuk setiap pelanggannya. Dari apa yang saya dapat lihat, mereka banyak menfokuskan kepada masakan kampung, masakan Nogori yang sudah semestinya akan buat korang meleleh air liur bila melihatnya.




Sambil makan, semua orang akan dihiburkan pulak dengan persembahan Cak Lempong oleh Kumpulan Bonang. Memang sedap je alunan lagu -lagu tradisi khususnya lagu tradisi nogori yang didendangkan terus menghidupkan lagi suasana beerbuka anda.



Harga Buffet Ramadhan Rymba Haven:

Weekdays: RM55 (dewasa) dan RM30 (kanak-kanak)
Weekend: RM60 (dewasa) dan RM35 (kanak-kanak)

Pada hari Weekend, menu  kambing golek menanti kehadiran anda. Menu ni cuma ada Sabtu dan Ahad je.


Maklumat lanjut :

Rymba Haven
Jalan Nilai Perdana 14, 
Taman Nilai Perdana, 
71800 Nilai, Negeri Sembilan 

Phone: +606 799 1314 
Mobile: +6012 393 6442

Website: www.rymbahaven.com 
Facebook : Rymba Haven
Instagram : @rymbahaven

Post a Comment

5 Comments